Pergi ke kandungan

Django Unchained

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Django Unchained
PengarahQuentin Tarantino
Lakon layarQuentin Tarantino
Dihasilkan olehReginald Hudlin
Stacy Sher
Pilar Savone
DibintangiJamie Foxx
Christoph Waltz
Leonardo DiCaprio
Kerry Washington
Samuel L. Jackson
Walton Goggins
SinematografiRobert Richardson
Disunting olehFred Raskin
Syarikat
penerbitan
A Band Apart
Columbia Pictures
Diedarkan olehThe Weinstein Company
Columbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 11 Disember 2012 (2012-12-11) (Ziegfeld Theatre)
  • 25 Disember 2012 (2012-12-25) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
165 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$100 juta[2]
Pecah panggung$425.368.238[2]

Django Unchained ialah filem aksi cereka sejarah Amerika Syarikat 2012 arahan Quentin Tarantino dan diterbitkan oleh Reginald Hudlin, Stacy Sher dan Pilar Savone. Skrip filem ini ditulis oleh Tarantino. Filem ini dibintangi oleh Jamie Foxx, Christoph Waltz, Leonardo DiCaprio, Kerry Washington, Samuel L. Jackson dan Walton Goggins.

Ini merupakan filem kolaborasi kedua Jamie Foxx dan Kerry Washington setelah selepas Ray. Filem ini ditayangkan secara perdana di Teater Ziegfeld pada 11 Disember 2012 dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 25 Disember 2012.[3][4] Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik.

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Pada musim sejuk tahun 1858 di Texas, Ace (James Remar) dan Dicky (James Russo) Speck membawa sekelompok hamba berkulit hitam berjalan kaki ke tempat penjualan mereka - Django (Jamie Foxx) antara hamba yang dibelenggu ini. Kedua-dua Ace dan Dicky tersempak dengan Dr. King Schultz (Christoph Waltz), dokter gigi dan pemburu upahan dari Düsseldorf, Jerman yang mahu membeli salah satu hamba itu. dia menanyakan Django informasi tentang Brittle bersaudara, sekelompok penjahat di luar hukum di mana Dr. King membawa surat perintah untuk menangkap mereka. Ketika Ace curiga, Dr. King, seorang pemburu bersenjata yang unggul, membunuh Ace dengan hasil imbang yang cepat, lalu menembak kuda Dicky, menjepit Dicky ke tanah dan menghancurkan kakinya. Dr. King bersikeras untuk membeli Django dengan harga yang pantas dan terhormat kepada Dicky sebelum meninggalkannya atas belas kasihan para hamba yang baru dibebaskan, yang membunuhnya dan mengikuti Bintang Utara mencari jalan keluar.

Django ditawarkan King suatu peluang membebaskan diri dengan membantunya mencari Brittle bersaudara. Oleh itu, mereka ke Tennessee di mana adanya suatu ladang kapas milik Spencer "Big Daddy" Bennett (Don Johnson) yang kaya di mana mereka berjaya membunuh Brittle bersaudara; Django terus dibebaskan atas kerjanya lalu menjadi murid Dr. King dan menjadi muridnya. Pada malam hari sama, mereka diburu oleh suatu kelompok berkuda dan bertopeng putih diketuai Big Daddy, tetapi Dr. King berjaya menumpaskan geng ini menggunapakai dinamit sambil Django membunuh Big Daddy. Dr. King merasa bertanggungjawab mahu mmembebaskan isteri Django, Broomhilda "Hildi" von Shaft (Kerry Washington), sebagai membalas budi kesudian Django - Django setiap hari dilatih sebaik-baiknya menjadi handalan, dia mengumpulkan hadiah pertamanya dan menjaga hadiah tersebut demi keuntungan.

Pada tahun 1859, Django dan Dr. King pergi ke Mississippi yang diketahui sebagai tempat tuan baharu Hildi, "Monsieur" Calvin J. Candie (Leonardo DiCaprio) - Calvin pemilik ladang Candyland yang tampan namun kejam memaksa para hambanya bergusti sampai mati dalam pertarungan "Mandingo". Django dan Dr. King bertemu dengan Monsieur di kelab peribadinya di Greenville dengan pura-pura mahu membeli salah satu petarung terbaiknya - Django dan King sebaliknya mahu membeli Hilda. Monsieur yang mula penasaran mengajak mereka ke rumah agamnya di Candyland.

Dalam perjalanan ke Candyland, mereka melewati sekelompok konco Monsieur yang menyudutkan salah satu petarung Mandingo, D'Artagnan (Ato Essandoh), yang mencuba melarikan diri karena tidak ingin bertarung lagi. Monsieur memberitahu hal itu karena dia membeli D'Artagnan seharga $500 dan D'Artagnan (yang hanya bertarung tiga kali) harus bertarung minimal lima kali. Ketika Django dan Dr. King menawarkan untuk mengganti rugi Monsieur dan kemudian mengubah fikiran mereka, Monsieur memerintahkan konco utamanya, Mr. Stonecipher (David Steen), untuk melepaskan beberapa anjing penyerang yang melahap D'Artagnan hidup-hidup.

Setelah menemukan Hildi dan menceritakan rencananya, Dr. King mengaku terpesona olehnya dan menawarkan untuk membelinya juga. Saat makan malam, hamba setia dan penjaga rumah Monsieur, Stephen (Samuel L. Jackson), curiga. Menyimpulkan bahawa Django dan Hildi saling mengenal satu sama lain dan bahawa penjualan petarung Mandingo adalah tipu muslihat, Stephen memperingatkan Monsieur, yang mengubah kesepakatan sehingga Hildi akan dijual dan bukan petarung Mandingo. Dr. King setuju, dan surat-surat untuk kebebasannya disusun dan ditandatangani. Monsieur yang sombong bersikeras bahawa kesepakatan itu disegel dengan bersalaman; King asalnya menolak namun akhirnya menghulur tangan dengan berat hati - King segera membunuhnya dengan sepucuk pistol Derringer tersembunyi. Stephan segera meratapi tuan Calvin sambil pengawalnya, Butch Pooch (James Remar) membunuh Dr. King dengan menembaknya dengan senapang, Django membalas dendam dengan menembak mati Butch dan seberapa konco Monsieur, namun di amenyerah kalah saat Hildi diambil sebagai tebusan.

Keesokan paginya, Stephen memberitahu Django bahawa kakak Monsieur, Lara Lee Candie-Fitzwilly (Laura Cayouette), yang sekarang bertanggung jawab, dan Django akan dijual ke sebuah lombong dan bekerja sampai mati. Dalam perjalanan ke lombong tersebut, Django membuktikan kepada pendampingnya bahawa dia adalah pemburu hadiah dengan menunjukkan kepada mereka hadiahnya. Pengawal melepaskannya dan memberinya pistol, yang segera dia gunakan untuk membunuh mereka sebelum mencuri seekor kuda dan kembali ke Candyland dengan sekantong dinamit. Di perkebunan, Django membunuh lebih banyak konco Monsieur, termasuk Mr. Stonecipher, mengambil surat kebebasan Hildi dari saku Dr. King yang meninggal, dan membebaskan isterinya dari pondok terdekat. Ketika pengiring mayat Monsieur kembali dari pemakamannya, Django membunuh Lara dan konco yang tersisa, melepaskan dua hamba setia yang tersisa dan menembak kaki Stephen sebelum menyalakan dinamit yang telah ditanamnya di rumah besar. Django dan Hildi melihat dari kejauhan saat rumah besar tersebut meledak, membunuh Stephen, sebelum mereka pergi bersama.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]
  • Jamie Foxx sebagai Django Freeman, seorang bekas hamba yang menjadi penembak handalan
  • Christoph Waltz sebagai Dr. King Schultz, bekas doktor gigi dari Düsseldorf yang bersahabat dengan Django serta mengajarnya menembak
  • Leonardo DiCaprio sebagai "Monsieur" Calvin J. Candie
  • Kerry Washington sebagai Broomhilda "Hildi" von Shaft, isteri Django yang dibeli Calvin
  • Samuel L. Jackson sebagai Stephen, orang kanan Calvin yang berpura-pura bodoh
  • Walton Goggins sebagai Billy Crash
  • Don Johnson sebagai Spencer "Big Daddy" Bennett
  • James Remar sebagai Ace Speck dan Butch Pooch
  • Dennis Christopher sebagai Leonide "Leo" Moguy
  • James Russo sebagai Dicky Speck
  • David Steen sebagai Mr. Stonecipher
  • Tom Wopat sebagai Marsyal Gill Tatum
  • Dana Gourrier sebagai Cora
  • Nichole Galicia sebagai Sheba
  • Laura Cayouette sebagai Lara Lee Candie-Fitzwilly, kakak Calvin
  • Ato Essandoh sebagai D'Artagnan
  • Sammi Rotibi sebagai Rodney
  • Clay Donahue sebagai Fontenot
  • Escalante Lundy sebagai Big Fred
  • Miriam F. Glover sebagai Betina
  • Quentin Tarantino sebagai Frankie
  • Omar Dorsey sebagai Chicken Charlie
  • Franco Nero sebagai Amerigo Vessepi

Penerimaan kritis

[sunting | sunting sumber]

Django Unchained menerima ulasan positif dari pengkritik. Berdasarkan Rotten Tomatoes, filem ini memiliki penarafan 87%, berdasarkan 262 ulasan, dengan penarafan rata-ratanya sebanyak 8/10.[5] Berdasarkan dari Metacritic, filem ini mendapatk skor 81 dari 100, berdasarkan 42 kritik, menunjukkan "pengakuan sejagat".[6] Berdasarkan CinemaScore pula, filem ini mendapat nilai "A-" dari penonton filem untuk skala A+ sehingga F.[7]

Kutipan panggung

[sunting | sunting sumber]

Django Unchained mendapat kutipan $162.805.434 di Amerika Utara dan $262.562.804 di negara lain. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $425.368.238, melebihi anggaran kos penerbitan $100 juta.[2]

Pada pembukaan akhir tayangan, filem ini mendapat $30.122.888, menempati kedudukan kedua pecah panggung mingguan di belakang filem The Hobbit: An Unexpected Journey.[2]

  1. ^ "Django Unchained (18)". British Board of Film Classification. December 17, 2012. Dicapai pada December 17, 2012.
  2. ^ a b c d "Django Unchained (2012)". Box Office Mojo. Dicapai pada March 3, 2018.
  3. ^ Raup, Jordan (June 14, 2011). "Quentin Tarantino's 'Django Unchained' Sets 2012 Release Date". TheFilmStage.com. Dicapai pada February 2, 2012.
  4. ^ Brevet, Brad (14 Jun 2011). "Tarantino's 'Django Unchained' Set for Christmas Day 2012 Release". RopeofSilicon.com. Rope of Silicon LLC. Dicapai pada 2 Februari 2012.
  5. ^ "Django Unchained (2012)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada March 3, 2018.
  6. ^ "Django Unchained reviews". Metacritic. Dicapai pada March 3, 2018.
  7. ^ "CinemaScore". cinemascore.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]