Dzo
Dzo | |
---|---|
Seekor dzo mengangkut barang ke Gunung Everest | |
Dibelajinakkan
| |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Bovidae |
Tribus: | Bovini |
Genus: | Bos |
Spesies: |
Dzo (Tibetan མཛོ་ mdzo) (juga dieja zo, zho atau dzho) merupakan hasil kacukan yak dan lembu ternak. Perkataan dzo sebenarnya memaksudkan jantan, manakala betina dipanggil dzomo atau zhom. Dalam bahasa Mongolia ia dipanggil khainag (хайнаг).
Dzomo adalah subur sedangkan dzo mandul. Oleh sebab merupakan hasil fenomena genetik kacukan heterosis (kecergasan kacukan), haiwan ini lebih besar dan kuat daripada yak dan lembu setempat.[1] Di Mongolia dan Tibet, khainag dikira lebih produktif daripada lembu atau yak dari segi penghasilan susu dan daging.[2][3]
Dzomo boleh kacuk balik. Oleh itu, boleh jadi bahawa kebanyakan yak atau lembu yang kononnya jati membawa bahan genetik satu sama lain. Di Mongolia dan Tibet, hasil kacukan khainag dengan lembu atau yak jantan dipanggil ortoom (baka tiga suku) dan ortoom yang dikacukkan dengan lembu atau yak jantan menghasilkan usan güzee (baka satu perlapan).[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ David B. Madsen; Fa-Hu Chen; Xing Gao (3 July 2007). Late Quaternary Climate Change and Human Adaptation in Arid China. Elsevier. m/s. 207. ISBN 978-0-444-52962-6. Dicapai pada 3 June 2012.
- ^ Bataagiin Bynie: Mongolia: The Country Refort (sic!) On Animal Genetic Resources, Ulaanbaatar 2002, p. 11
- ^ Tsering, Diki (2002). Dalai Lama, My Son. Penguin Books. ISBN 0-7865-2260-7.
- ^ Takase Hisabumi, Kh. Tumennasan et al., Fertility Investigation in F1 Hybrid and Backcross Progeny of Cattle (Bos taurus) and Yak (B. gruniens) in Mongolia. : II. Little variation in gene products studied in male sterile and fertile animals, in: Niigata journal of health and welfare Vol.2, No.1, pp. 42-52