Pergi ke kandungan

Farming Simulator

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Farming Simulator
Logo yang dipakai keluaran Farming Simulator 14, ke-15, ke-16, ke-17, ke-18, ke-19, ke-20, ke-22, dan ke-23
GenreSimulasi pertanian
PembangunGIANTS Software (2008–sehingga kini)
Penerbit
PlatformiOS, iPadOS, Android, Kindle, Microsoft Windows, Mac OS, PlayStation 3, PlayStation Vita, Xbox 360, Nintendo 3DS, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PlayStation 5, Xbox Series X/S, Commodore 64,[1] Stadia
Keluaran pertamaFarming Simulator 2008
14 April 2008; 16 tahun yang lalu (2008-04-14)[2]
Keluaran terkiniFarming Simulator 23
23 Mei 2023; 17 bulan yang lalu (2023-05-23)

Farming Simulator ialah siri permainan video simulasi pertanian yang dibangunkan oleh GIANTS Software. Permainan mengambil tempat di persekitaran Amerika Utara dan Eropah sehingga pemain hanya dapat menanam tumbuhan yang sesuai bagi iklim 4 musim seperti: gandum, oat dan lain-lainnya.

Moda utama dalam permainan ini ialah moda kotak pasir. Pemain boleh memilih jika mereka ingin moda asal, moda arena ataupun moda kempen. Pada moda asal dan moda kempen pemain diberi kebebasan tanpa perlu dicabar atau terhad oleh misi jika ingin merayau ke tempat-tempat dalam peta atau memulakan ladang, menebang pokok di hutan, membiakakan haiwan ternak, menanam gandum, memindahkan barangan hasil kebun dengan truk angsun, menghantarkan hasil pengetaman mengguna lori bagi dijual. Wang yang didapat dari hasil berladang dapat diguna bagi membeli hartanah atau alat-alat berladang lain semisal dozer.

Permainan ini telah laris lebih daripada 25 unit jika semua ansurannya digabungkan, serta melampaui hampir 100 juta dimuat turun pada platform mudah alih.[3] Permainan ini pada asalnya dikemas, dikembangkan kemudian dikeluarkan semula setiap dua tahun, (tidak termasuk ansuran paling baharu mereka) dengan grafik yang lebih baik, pelbagai kenderaan yang beragam dan misi atau matlamat yang lebih menarik bagi dilakukan oleh pemain.

Siri permainan video Farming Simulator mempunyai pelbagai macam ulasan yang bercampur, baik positif maupun negatif pada setiap tajuk terbitannya. Lazimnya ahli kritik memuji permainan ini mekanikalnya yang realistik dan berbeza dengan permainan video lain yang selalu memusat pada misi atau tugasan.[4] Beberapa pemain memberikan kritik-kritik negatif dengan helah bahawa permainan ini membuat jenuh dan selalu memperbuat hal yang sama dengan mekanikal lambat, beberapa sampai berbalah bahawa permainan bergenre simulasi semaja seperti itu. Biarpun pasaran permainan ini ialah pemain yang mempunyai pengetahuan dalam industri pertanian, siri ini pada amnya disukai oleh pemain yang bekerja sebagai petani maupun bukan petani.

Farming Simulator 2013
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
PCPS3Xbox 360
Eurogamer30[5]
IGN7.1[6]
Markah agregat
GameRankings65[8]40[9]30[10]
Metacritic65[2]40[12]29[13]
Farming Simulator 19
Markah agregat
Metacritic73[2]
  1. ^ Farming Simulator (November 13, 2018). "Farming Simulator C64 - First look". Diarkibkan daripada yang asal pada November 29, 2018. Dicapai pada November 13, 2018 – melalui YouTube.
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MC PC
  3. ^ "Giants Software on the quiet, surprising success of Farming Simulator". VentureBeat. January 10, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada May 29, 2020. Dicapai pada May 4, 2020.
  4. ^ Tapper, James. "How a video game has revolutionised the way farmers are buying tractors". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2023. Dicapai pada 25 March 2023.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EuroG X360
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IGN PC review
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GR IOS
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GR PC
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GR PS3
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GR X360
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MC IOS
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MC PS3
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MC X360