Bintang Hati (filem)
Bintang Hati | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis |
|
Berdasarkan | idea asal oleh Amy Mastura |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif) |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
Disunting oleh | Aziz M. Osman |
Muzik oleh | Azman Abu Hassan |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 103 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bintang Hati ialah sebuah filem komedi muzikal romantik Malaysia 2004 arahan Aziz M. Osman terbitan Tayangan Unggul. Filem ini dibintangi oleh Amy Mastura yang memegang dua watak, Syakila dan Tasha. Dinamakan sempena tajuk album keempat Amy dengan judul sama yang dikeluarkan pada 2000, ia mengisahkan tentang kehidupan dunia artis.[2][3] Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2004.[4][5]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Walaupun bergelar penyanyi terkenal, Syakila tidak berpuas hati kerana belum dapat mengatasi populariti penyanyi Jelly. Lagu-lagu nyanyian Jelly mengatasi lagu nyanyian Syakila dalam carta lagu top ten. Sikap ego dan tidak berdisiplin Syakila sering mendatangkan masalah pada Tasya, pengurus Syakila. Tasya terpaksa mengatasi dan menutup kelemahan Syakila untuk tidak menjejaskan kedudukkannya sebagai penyanyi kesayangan. Satu ketika Jun, seorang penggubah, dipertanggungjawab menyiapkan sebuah lagu untuk Syakila. Malangnya Syakila enggan bekerjasama sedangkan Jun perlu menyerahkan pita lagu pada penerbit album Fazli secepat mungkin. Untuk mengatasi kebuntuan, Jun terpaksa merakamkan lagu mengunakan suara Tasya. Sebaik saja mendengar rakaman demo, Fazli mengarahkan anak buahnya mengedarkan lagu terbaru Jun itu (berjudul Sesedang) serta merta. Jun tidak berkesempatan memberitahu lagu tersebut sebenarnya adalah nyanyian Tasya, bukan Syakila. Lagu Sesedang berjaya memasuki carta lagu popular dan akhirnya mengatasi lagu nyanyian Jelly. Anehnya Syakila sendiri percaya lagu Sesedang adalah hasil rakaman suaranya. Fazli mengarahkan Tasya mengatur promosi road tour ke seluruh Malaysia untuk Syakila. Walau dalam dilema, Tasya cuba mengatur strategi agar pembohongan tidak terbongkar.
Sepanjang pertunjukkan promosi, Syakila mengunakan teknik suara latar (tanpa perlu menyanyi secara langsung). Road tour 'Sesedang' turut disertai seorang wartawan hiburan bernama Izad. Syakila mengambil kesempatan untuk memikat Izad. Di dalam salah satu acara promosi, Syakila telah dikerumuni para peminatnya yang fanatik. Syakila menyalahkan pengurusan Tasya yang tidak menyediakan bodyguard untuk mengawal keselamatannya. Izad membantu dengan menawarkan anak-anak buahnya (kumpulan Spider) untuk menjadi bodyguard Syakila. Mulai detik itu, road tour 'Sesedang' berjalan lancar dan terkawal. Hubungan Izad dan Tasya juga menjadi semakin mesra. Syakila cemburu dengan keintiman mereka dan mahu pastikan Tasya tersingkir dari road tournya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Amy Mastura sebagai Syakila dan Tasha[1][6]
- Anuar Zain sebagai Izad[1]
- Umie Aida sebagai Jelly[1]
- Jaafar Onn sebagai Fazli[1]
- Fasha Sandha sebagai Jun[1]
- M. Rajoli sebagai Bapa Tasha[1]
- Rosnah Mat Aris sebagai Ibu Tasha[1]
- Spider sebagai Penjual Burger[1]
- Saiful Apek sebagai Pengurus Pusat Beli-Belah[1]
- Erma Fatima sebagai dirinya sendiri[1]
- Khairil Rashid sebagai DJ Radio[1]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Bintang Hati diarahkan oleh Aziz M. Osman yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem termasuk XX Ray, Femina, Baginda, Puteri Impian dan Senario The Movie. Tajuk filem ini diperoleh daripada tajuk album dan lagu nyanyian Amy Mastura dengan judul sama.[7][8]
Amy diberikan dua peranan, iaitu Syakila dan Tasha; beliau juga berkhidmat sebagai penulis cerita.[9] Kumpulan rock Spider, yang sebelum ini membintangi telefilem Gosok memegang peranan penjual burger.[10][11] Penyanyi Anuar Zain, memegang watak Izad, seorang wartawan hiburan; Bintang Hati merupakan filem keduanya selepas Soal Hati (2001).[12] Jaafar Onn memegang watak Fazli, seorang pengurus studio. Beliau mengatakan seronok berada di lokasi penggambaran kerana Aziz bertimbang rasa dan memahami kehendak barisan pelakon.[13] Pelakon lain termausk Saiful Apek, Fasha Sandha dan Umie Aida serta penampilan khas daripada Erma Fatima. Lagu "Sesedang" diterbitkan khas untuk filem ini, namun tidak dimuatkan dalam album Bintang Hati. Penggambaran dijalankan selama dua bulan bermula 20 Januari 2003 sehingga 13 Mac 2003.[14][15][16]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Bintang Hati dikeluarkan pada 25 Mac 2004[17][18] hingga kejayaan komersial.[19]
Akmal Abdullah dari Berita Harian menulis bahawa Bintang Hati "boleh digolongkan sebagai karya komersial yang menggunakan pendekatan popular dari segi tema, olahan, konsep dan bentuk lakonan".[2]
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Bintang Hati" — Amy Mastura
- "Sesedang"[a] — Amy Mastura
- "Gosok" — Spider
- "Nazraku" — Spider
- "Andai" — Amy Mastura & Anuar Zain
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sesedang" tidak dimuatkan dalam album Bintang Hati, sebaliknya ia diterbitkan khas untuk filem ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l "Catatan penerbitan Bintang Hati". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2008. Dicapai pada 8 November 2012.
- ^ a b Akmal Abdullah (25 Mac 2004). "Bintang Hati sindir dunia artis". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2019.
- ^ Li Shen (12 Februari 2004). "Bintang Hati on the move" [Bintang Hati bakal tiba] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 5 Mac 2018.
- ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 8 November 2008.
- ^ "Bintang Hati - Isyarat kejayaan". Utusan Malaysia. 4 April 2004. Dicapai pada 8 November 2008.
- ^ Abdul Aziz Itar (26 Mac 2004). "Amy Mastura - Antara Tasha dan Syakila". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-05. Dicapai pada 8 November 2008.
- ^ Akmal Abdullah (5 Mac 2004). "Bintang Hati papar hipokrasi dunia hiburan". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2019.
- ^ Meor Shariman (15 April 2004). "Hits and misses". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Januari 2019.
- ^ "Amy & Anuar kejar Bintang Hati". Berita Harian. 6 Mac 2004. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Ellyna Ali (27 Februari 2003). "Spider sibuk dengan Bintang Hati". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Ramlah Zainal (24 Mac 2004). "Spider hargai lakon Bintang Hati". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2019.
- ^ Norhadiani Baharom (19 Februari 2003). "Anuar jadi wartawan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Nor Akmar Samudin (6 Mac 2003). "Jaafar tak cari musuh". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ "Amy, Anuar bergandingan". Berita Minggu. 12 Januari 2003. Dicapai pada 3 Mac 2019.
- ^ Hartati Hassan Basri (16 Mac 2003). "Secubit adegan Bintang Hati". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Ramlah Zainal (31 Mac 2003). "Pelakon, krew Bintang Hati lega". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Sharifah Arfah (10 April 2004). "Double dose of Amy in romantic comedy". New Straits Times. Dicapai pada 3 Januari 2019.
- ^ Abie Abdullah (17 Mac 2004). "Filem ibarat sarkas". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2019.
- ^ Rudy Syareme Sherifuddin (1 April 2004). "Gelagat spontan M. Rajoli, Tam cuit hati". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.