Pergi ke kandungan

Frederick I, Maharaja Suci Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maharaja Frederick Barbarossa
Sebuah patung hulu Maharaja Frederick I, diberi kepada ayahanda pembaptisan baginda, Count Otto dari Cappenberg pada tahun 1171. Ia digunakan sebagai sebuah relikuari di Biara Cappenberg dan dikatakan sebagai perbuatan anugerah dibuat "serupa dengan maharaja".
Maharaja Suci Rom
Pemerintahan2 Januari 1155 – 10 Jun 1190
Kemahkotaan18 Jun 1155, Rom
Didahului olehLothair III
Diikuti olehHenry VI
Raja Itali
Pemerintahan1155–1190
Kemahkotaans. 1155, Pavia
Didahului olehConrad III
Diikuti olehHenry VI
Raja Jerman
secara rasmi Raja Rom
Pemerintahan1152–1190
Kemahkotaan9 Mac 1152, Aachen
Didahului olehConrad III
Diikuti olehHenry VI
Raja Burgundy
Pemerintahan1152–1190
Kemahkotaan30 Jun 1178, Arles
Keputeraan1122
Kemangkatan10 Jun 1190 (berumur 67–68)
Sungai Saleph, Armenia Cilicia
PemakamanGereja St Peter, Antioch
Pasangan
Anakanda
more...
KerabatHohenstaufen
AyahandaFrederick II, Duke dari Swabia
BondaJudith dari Bavaria
AgamaRoman Katolik

Maharaja Frederick I (Jerman: Friedrich; 1122 – 10 Jun 1190), juga dikenali sebagai Maharaja Frederick Barbarossa, merupakan Maharaja Suci Rom sejak tahun 1155 sehinggalah kemangkatan baginda. Baginda dinobatkan Raja Jerman di Frankfurt pada 4 Mac 1152 dan ditabalkan di Aachen pada 9 Mac 1152. Baginda menjadi Raja Itali pada tahun 1155 dan dimahkotakan Maharaja Rom oleh Paus Adrian IV pada 18 Jun 1155. Dua tahun kemudian, istilah sacrum ("suci") pertama muncul dalam sebuah dokumen yang berkaitan dengan Empayar baginda.[1] Baginda kemudian secara rasmi dimahkotakan Raja Burgundy, di Arles pada 30 Jun 1178. Baginda dinamakan Barbarossa oleh bandar-bandar Itali utara yang baginda cuba takhluki: Barbarossa bermaksud "janggut merah" dalam bahasa Itali;[2] dalam bahasa Jerman, baginda juga dikenali sebagai Kaiser Rotbart, dengan makna yang sama.

Sebelum penobatan maharaja baginda, Maharaja Frederick mewarisi Duke dari Swabia (1147–1152, sebagai Frederick III). Baginda merupakan paduka anakanda putera kepada Duke Frederick II daripada dinasti Hohenstaufen dan Judith, paduka anakanda puteri kepada Henry IX, Duke dari Bavaria, daripada Dinasti Welf saingan. Oleh itu, Maharaja Frederick diwariskan daripada dua kerabat terkemuka di Jerman, menjadikan baginda pilihan yang dapat diterima sebagai putera pemilih Empayar.

Sejarawan menganggap baginda sebagai maharaja zaman pertengahan Empayar Suci Rom yang teragung. Baginda menggabungkan kualiti yang menjadikan baginda seakan-akan sangat luar biasa berbanding orang yang hidup sezaman dengan baginda: kepanjangan usia baginda, cita-cita baginda, kemahiran penyusunannya yang luar biasa, kebijaksanaan medan perang baginda dan kejelasan politik baginda. Antara sumbangan baginda kepada masyarakat dan budaya Eropah Tengah termasuk penubuhan semula Corpus Juris Civilis, ataupun undang-undang Rom hukum, yang mengimbang balas kuasa paus yang menguasai negeri-negeri Jerman semenjak pengikatan Tengkarah Penobatan.

Perkahwinan pertama Maharaja Frederick dengan Adelheid dari Vohburg tidak mempunyai zuriat dan dibatalkan.[3]

Daripada perkahwinan kedua beliau dengan Beatrice dari Burgundy,[3] beliau mempunyai anak-anak seperti berikut:

  1. Beatrice (1162–1174). Baginda ditunangkan Raja William II dari Sicily namun mangkat sebelum patik-patik tersebut dapat berkahwin.
  2. Frederick V, Duke dari Swabia (Pavia, 16 Julai 1164 – 28 November 1170).
  3. Henry VI, Maharaja Suci Rom (Nijmegen, November 1165 – Messina, 28 September 1197).[3]
  4. Conrad (Modigliana, Februari 1167 – Acre, 20 Januari 1191), kemudian dinamakan Frederick VI, Duke dari Swabia setelah kemangkatan kakanda baginda.[3]
  5. Gisela (Oktober/November 1168 – 1184).
  6. Otto I, Count dari Burgundy (Jun/Julai 1170 – terbunuh, Besançon, 13 Januari 1200).[3]
  7. Conrad II, Duke dari Swabia dan Rothenburg (Februari/Mac 1172 – terbunuh, Durlach, 15 Ogos 1196).[3]
  8. Renaud (Oktober/November 1173 – dalam buaian).
  9. William (Jun/Julai 1176 – dalam buaian).
  10. Philip dari Swabia (Ogos 1177 – terbunuh, Bamberg, 21 Jun 1208) Raja Jerman pada tahun 1198.[3]
  11. Agnes (1181 – 8 Oktober 1184). Baginda ditunangkan Raja Emeric dari Hungary namun mangkat sebelum patik-patik tersebut dapat berkahwin.

Kerabat diraja

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  •  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Frederick I., Roman Emperor". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  1. ^ Peter Moraw, Heiliges Reich, in: Lexikon des Mittelalters, Munich & Zurich: Artemis 1977–1999, vol. 4, pp. 2025–28.
  2. ^ Canduci (2010), m/s. 263
  3. ^ a b c d e f g Gislebertus (of Mons), Chronicle of Hainaut, transl. Laura Napran, (Boydell Press, 2005), 55 note245.
  4. ^ Kershaw (2001), m/s. 335

Sumber primer

[sunting | sunting sumber]

Sumber sekunder

[sunting | sunting sumber]
  • Brady, Charles Townsend (1901). Hohenzollern; a Story of the Time of Frederick Barbarossa. New York: The Century Co.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Brown, R. A. (1972). The Origins of Modern Europe. Boydell Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bryce, James (1913). The Holy Roman Empire. MacMillan.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Canduci, Alexander (2010). Triumph & Tragedy: The Rise and Fall of Rome's Immortal Emperors. Pier 9. ISBN 978-1-74196-598-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cantor, N. F. (1969). Medieval History. Macmillan and Company.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Comyn, Robert (1851). History of the Western Empire, from its Restoration by Charlemagne to the Accession of Charles V. I.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Crowley, John William (2006). Little, Big. New York: Perennial. ISBN 978-0-06-112005-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Dahmus, J. (1969). The Middle Ages, A Popular History. Garden City, NY: Doubleday.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Davis, R. H. C. (1957). A History of Medieval Europe. Longmans.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Falco, G. (1964). The Holy Roman Republic. New York: Barnes and Co.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Freed, John (2016). Frederick Barbarossa: The Prince and the Myth. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN 978-0-300-122763.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jarausch, K. H. (1997). After Unity; Reconfiguring German Identities. New York: Berghahn Books. ISBN 1-57181-041-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2001). Hitler, 1936–45: Nemesis. Penguin.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Le Goff, J. (2000). Medieval Civilization, 400–1500. New York: Barnes and Noble.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Leyser, Karl J. (1988). Frederick Barbarossa and the Hohenstaufen Polity. University of California Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Munz, Peter (1969). Frederick Barbarossa: a Study in Medieval Politics. Ithaca and London: Cornell University Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Novobatzky, Peter; Shea, Ammon (2001). Depraved and Insulting English. Orlando: Harcourt.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Walford, Edward; Cox, John Charles; Apperson, George Latimer (1885). "Digit folklore, part II". The Antiquary. XI: 119–123.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikisource
Wikisource
Frederick I, Maharaja Suci Rom
Tarikh keputeraan: 1122 Tarikh kemangkatan: 1190
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Conrad III
Raja Jerman
formally Raja Rom

1152–1190
Diikuti oleh:
Henry VI
Raja Itali
1155–1190
Didahului oleh
Lothair III
Raja Arles
1152–1190
Maharaja Suci Rom
1155–1190
Didahului oleh
Frederick II
Duke dari Swabia
1147–1152
Diikuti oleh:
Frederick IV
Didahului oleh
Beatrice I
sebagai pemerintah tunggal
Count Palatine dari Burgundy
1156–1190
bersama Beatrice I
Diikuti oleh:
Otto I