Kapal latihan
Kapal latihan adalah sejenis kapal yang digunakan untuk melatih para pelajar sebagai kelasi. Istilah ini digunakan pada kapal-kapal yang digunakan oleh pasukan tentera laut untuk melatih bakal para pegawai. Terdapat dua jenis kapal latihan, iaitu kapal-kapal yang digunakan untuk latihan di laut dan kapal-kapal lama yang digunakan untuk menempatkan bilik-bilik darjah.
Latihan amali disediakan melalui latihan pelayaran yang juga digunakan sebagai platform untuk apa-apa sahaja bermula dari sidang semester di laut untuk para pelajar ijazah oceangrafi dan biologi, sains marin dan sains fizik untuk para pelajar sekolah tinggi, dan membina karekter untuk para remaja yang berisiko.
Di Kor Kadet Laut, kesemua unit-unit menggunakan satu awalan kapal, "T.S.", diikuti dengan nama kapal. Sebagai contoh, nama kapal Kadet Laut Fishguard adalah T.S. Skirmisher. Awalan T.S. digunakan oleh kerana para kadet laut bukan sebahagian daripada Tentera Laut Diraja, dan tidak boleh menggunakan awalan "HMS".
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Kapal latihan di Wikimedia Commons