Ketua Turus Am (United Kingdom)
Ketua Turus Am | |
---|---|
Kementerian Pertahanan Tentera Darat British | |
Singkatan | CGS |
Lapor kepada | Ketua Turus Pertahanan |
Bidang kuasa | United Kingdom |
Institusi | General Staff (en) |
Penama | Setiausaha Negara bagi Pertahanan |
Dilantik oleh | Raja Atas nasihat Perdana Menteri, tertakluk pada kelulusan rasmi dari Raja dalam Majlis Mesyuarat |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh tetap |
Pelopor | Panglima Besar Ketumbukan |
Dibentuk | 1904, 1964 |
Pemegang pertama | Sir Neville Lyttelton |
Timbalan/naib | Timbalan Ketua Turus Am |
sunting · sunting di Wikidata |
Ketua Turus Am atau Chief of the General Staff (CGS) adalah gelaran ketua profesional Tentera Darat British selepas tahun 1964. CGS ialah seorang ahli Jawatankuasa Ketua Turus dan Lembaga Tentera Darat. Sebelum tahun 1964, gelaran tersebut dikenali sebagai Ketua Turus Am Imperial atau Chief of the Imperial General Staff (CIGS). Dari tahun 1959, jawatan tersebut berada dibawah Ketua Turus Pertahanan, iaitu ketua profesional Angkatan Tentera British.
Gelaran tersebut juga digunakan selama lima tahun diantara pemansuhan jawatan Panglima Besar Ketumbukan pada tahun 1904 dan pengenalan Ketua Turus Am Imperial pada tahun 1909. Jawatan tersebut kemudian disandang oleh Jeneral Sir Neville Lyttelton dan, secara singkat, oleh Fil Marsyal Sir William Nicholson.
Disepanjang kewujudan jawatan tersebut, Ketua Turus Am telah menjadi Anggota Tentera Pertama Lembaga Tentera Darat.
Ketua Turus Am terkini ialah Jeneral Sir Patrick Sanders – yang menggantikan Jeneral Mark Carleton-Smith pada Jun 2022 dan jawatan ini setaraf dengan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat dan Panglima Tentera Darat Malaysia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Pertahanan
- First Sea Lord/Ketua Turus Tentera Laut
- Ketua Turus Udara
- Panglima Medan Tentera Darat
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ketua Turus Am (United Kingdom) |