HNoMS Stord (G26)
HNoMS Stord adalah sebuah kapal pembinasa dari kelas “S” yang berkhidmat semasa Perang Dunia II.
HNoMS Stord menggunakan nombor pengenalan G 26 dan dibina oleh J. S. White & Co, di Cowes, England. Kerja pembinaan bermula pada 25 Februari, 1942 dan ia dilancarkan pada 3 April, 1943. Kapal ini ditauliahkan pada 6 September, 1943. Kapal ini mempunyai berat penuh 2400 tan dan pada asalnya dilancarkan sebagai HMS Success, tetapi dipindah khidmat kepada Tentera laut Diraja Norway pada 26 Ogos 1943.
HNoMS Stord terlibat dengan penenggelaman kapal Scharnhorst dalam tahun 1943 semasa Pertempuran North Cape. Pada satu ketika, kapal ini mendekati kapal Scharnhorst sehingga jarak 1,500 ela untuk menembak kapal itu dengan meriam. Pegawai Pemerintah HMS Duke of York Kapten Guy Russell berkata, “… kapal pembinasa Norway Stord menjalakan serangan paling berani semasa pertempuran ..’
Dalam tahun 1944, kapal ini bersama-sama menyokong operasi penaklukan Normandy semasa pendaratan pada D-Day pada 6 Jun 1944. Dalam tahun 1946, kapal ini dibeli secara rasmi oleh Norway dan berkhidmat sehingga tahun 1969. Kapal ini dijadikan besi sekerap di Belgium.