Jalan Tun Razak
Penampilan
Jalan Tun Razak di Alor Setar, Kedah, dinamakan bagi memperingati Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang berasal dari Pahang. Jalan ini menghubungkan Muzium Negeri Kedah-Stadium Darulaman dan berakhir di Kompleks Al-Bukhary. Nama beliau turut diabadikan pada jalan-jalan lain seperti Jalan Tun Razak di ibu negara dan Jalan Tun Abdul Razak di Kota Kinabalu, Sabah.