Letupan Avalon
Letupan Avalon, diberi nama berdasarkan fosil-fosil jejakan fauna Prakambria yang ditemui pada Semenanjung Avalon di Newfoundland, timur Kanada, merupakan sejenis sinaran evolusi haiwan prasejarah yang dicadang berlaku kira-kira 575 juta tahun dahulu (jtd) sewaktu tempoh Ediakara. Letupan evolusi haiwan tersebut merupakan salah satu daripada tiga era yang dikumpulkan dalam tempoh masa ini.[3] Peristiwa evolusi ini dipercayai berlaku kira-kira 33 juta tahun lebih awal berbanding letupan Kambria, yang lama dianggap sebagai permulaan kehidupan kompleks di muka Bumi ini.
Ahli-ahli sains masih kurang pasti sejauh mana jangkauan perkembangan letupan Avalon,[3] yang mengakibatkan peningkatan pesat dari segi biodiversiti metazoa, termasuk kemunculan pertama beberapa infraalam/superfilum metazoa yang masih wujud seperti knidaria dan bilateria. Kebanyakan haiwan yang wujud sejak letupan Avalon merupakan organisma bertubuh lembut serta tidak bergerak yang hidup dalam persekitaran lautan dalam,[4] dan beberapa peringkat terawal letupan Avalon diperhatikan melalui kewujudan beberapa spesies yang agak minimum bilangannya.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Porter, S.M. (1 June 2007). "Seawater Chemistry and Early Carbonate Biomineralization". Science. 316 (5829): 1302. Bibcode:2007Sci...316.1302P. doi:10.1126/science.1137284. PMID 17540895.
- ^ Wade, M. (1972). "Hydrozoa and Scyphozoa and other medusoids from the Precambrian Ediacara fauna, South Australia" (PDF). Palaeontology. 15: 197–225. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 April 2011.
- ^ a b c Shen, Bing; Dong, Lin; Xiao, Shuhai; Kowalewski, Michał (4 January 2008). "The Avalon Explosion: Evolution of Ediacara Morphospace". Science (dalam bahasa Inggeris). 319 (5859): 81–84. Bibcode:2008Sci...319...81S. doi:10.1126/science.1150279. ISSN 0036-8075. PMID 18174439.
- ^ "Two Explosive Evolutionary Events Shaped Early History Of Multicellular Life" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Virginia Tech. January 4, 2008. Dicapai pada 2018-03-06.