Pergi ke kandungan

Lie Tek Swie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lie Tek Swie
Kelahiran
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPengarah filem

Lie Tek Swie (Cina tradisional: 李德水pinyin: Lǐ Dé-shuǐ; fl. 1929–1940) merupakan seorang pengarah filem Cina Indonesia yang aktif dalam perfileman awal Hindia Timur Belanda. Beliau mula menceburi bidang perfilemam sebagai pekerja pejabat penggagih filem sebelum mengarahkan filem pertamanya, Njai Dasima, pada tahun 1929. Nyai Dasima juga merupakan adaptasi novel pertama yang diarahkannya; dua novel lain juga diadaptasi. Tiga filem lainnya, dua di antaranya yang digarap untuk Tan's Film, merupakan cerita asli. Pada tahun 1941 Lie menjadi salah satu pengasas Standard Film Company, yang ditutup pada tahun 1942.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]
Poster filem untuk Njai Dasima, arahan sulung Lie

Menurut Bachtiar Effendi, pelakon yang kemudiannya menjadi pengarah filem yang bekerja dengan Lie beberapa kali, Lie telah bekerja di pejabat pengedaran filem sebelum menyertai Tan's, mengendalikan pengedaran dan kadangkala menyunting import Hollywood.[1][2] Sejarawan filem Indonesia Misbach Yusa Biran mengaitkan ini sebagai memberikan Lie pandangan meluas dan lebih sensibiliti moden semasa mengarah.[2] Pada 1929 Lie mengarahkan filem pertamanya, Njai Dasima, untuk Tan's Film.[3] Filem dua bahagian yang berkisarkan seorang wanita yang telah terpedaya dengan meninggalkan kekasihnya yang kaya-raya untuk bersama seorang delman, merupakan satu kejayaan kritikal;[4] ia merupakan adaptasi pertama Lie bagi karya sastera, telah diperoleh dari novel Tjerita Njai Dasima, ditulis oleh G. Francis pada 1896.[5]

Ini diikuti oleh kesinambungannya, Nancy Bikin Pembalesan pada 1930, yang berkisarkan tentang anak perempuan Dasima, Nancy yang ingin membalas dendam terhadap kematian ibunya; karya ini juga merupakan satu kejayaan.[6] Menurut Biran, sepanjang masa ini, Lie membangunkan minat dalam etnografi dan mula memasukkan dokumetasi tabiat kebudayaan.[7] Pada tahun berikutnya beliau mengarahkan Si Ronda untuk Tan's, sebuah filem aksi yang berkisarkan seorang penyamun bernama Ronda.[8] Lie mengarahkan satu lagi adaptasi, dua bahagian Melati van Agam, pada 1931; karya asal ini telah ditulis oleh Parada Harahap di bawah nama pena "Swan Pen" pada 1923.[3]

Pasca Tan's

[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat didapati mengenai aktiviti Lie antara 1932 dan 1941.[3] Beliau meninggalkan Tan's pada 1932, dilaporkan sebagai pendekatan beliau tidak lagi sepadan dengan sasaran kelas rendah penonton Tan dan menyebabkan karya-karya untuk pergi lebih bajet;[7] Syarikat itu sendiri telah ditutup antara tahun 1932 dan 1938.[9][10] Lie muncul semula pada tahun 1941 apabila beliau menyertai dengan Tan Bersaudara - pemilik Tan's Film -. Untuk menubuhkan Syarikat Filem Standard, di bawah pengurusan Touw Teng Iem British terlatih.[11]

Lie mengarahkan dua daripada tiga penerbitan syarikat. Dua filem itu ialah Ikan Doejoeng dan Siti Noerbaja.[3] Ikan Doejoeng merupakan pegerbitan asal yang berkisarkan seorang gadis yang menjadi duyung setelah menetapkan antara lelaki yang dia suka dan seorang lelaki yang dia terpaksa berkahwin,[12] sementara Siti Noerbaja merupakan adaptasi novel novel berjudul sama karya Marah Roesli yang diterbitkan pada 1923 yang berkisarkan tentang seorang wanita – yang dibunuh oleh suaminya yang tamak – dan bekas kekasihnya – yang berdendam atas kematiannya.[13] Yang terakhir, Selendang Delima (1941), diarahkan oleh bekas dramatis Henry L. Duarte sebelum Standard ditutup pada 1942 berikutan pendudukan Jepun.[14]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Petikan daripada filem Siti Noerbaja, yang disutradarai Lie pada tahun 1941

Semuanya sebagai pengarah filem[15]

Tahun Filem
1929 Njai Dasima (dalam dua bahagian, separuh lagi dikeluarkan pada 1930)
1930 Nancy Bikin Pembalesan
1930 Si Ronda
1931 Melati van Agam (dalam dua bahagian)
1941 Ikan Doejoeng
1941 Siti Noerbaja
Catatan kaki
  1. ^ Said 1982, m/s. 138, 142–143.
  2. ^ a b Biran 2009, m/s. 99.
  3. ^ a b c d Said 1982, m/s. 142–143.
  4. ^ Biran 2009, m/s. 102.
  5. ^ Biran 2009, m/s. 99–100.
  6. ^ Biran 2009, m/s. 106.
  7. ^ a b Biran 2009, m/s. 111.
  8. ^ Filmindonesia.or.id, Si Ronda.
  9. ^ Jakarta City Government, Tan's Film.
  10. ^ Biran 2009, m/s. 174.
  11. ^ Biran 2009, m/s. 235–236.
  12. ^ Filmindonesia.or.id, Ikan Doejoeng.
  13. ^ Filmindonesia.or.id, Siti Noerbaja.
  14. ^ Biran 2009, m/s. 238.
  15. ^ Filmindonesia.or.id, Filmografi.
Bibliografi
  • Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa. Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Ikan Doejoeng". filmindonesia.or.id. Jakarta: Perpustakaan Nasional Indonesia dan Sinematek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-26. Dicapai pada 26 July 2012.
  • "Filmografi". filmindonesia.or.id. Jakarta: Perpustakaan Nasional Indonesia dan Sinematek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-28. Dicapai pada 28 August 2012.
  • Said, Salim (1982). Profil Dunia Film Indonesia. Jakarta: Grafiti Pers. OCLC 9507803.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Si Ronda". filmindonesia.or.id. Jakarta: Perpustakaan Nasional Indonesia dan Sinematek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-22. Dicapai pada 22 July 2012.
  • "Siti Noerbaja". filmindonesia.or.id. Jakarta: Perpustakaan Nasional Indonesia dan Sinematek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-26. Dicapai pada 26 July 2012.
  • "Tan's Film". Ensiklopedi Jakarta. Pemerintah Kota Jakarta. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-19. Dicapai pada 19 July 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]