Mohd Daud Tarihep
Mohd Daud bin Hj Tarihep (lahir 18 Februari 1952 - 3 April 2018 ) [1][2][3][4][5][6] ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor selama sepenggal (2004-2008) dan mantan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Mohamed Rahmat.
Yang Berhormat Dato' Mohd Daud Tarihep | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Selangor | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Mohamed Sayuti Said |
Digantikan oleh | Dzulkefly Ahmad |
Majoriti | 13,662 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 18 Februari 1952 Kampung Sepakat, Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia) |
Mati | 3 April 2018 (66 tahun) Hospital Seri Manjung, Manjung, Perak |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Aziefah Jins Jaafar |
Anak | Mohd Haminar Rashid Puteri Nur Azlinda Dayana Puteri Nur Azlina Dayana Putera Muhammad Darwish Putera Muhammad Danial Nur Shafira Adila Muhammad Amierul Shafiq |
Bidang pengkhususan | Ahli Politik |
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Daud Tarihep bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan (1959-1964). Kemudian di Sekolah Menengah Seri Tanjong,Kuala Selangor (1965-1969).Seterusnya sambung pelajaran Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya dan Tingkatan 6 Sekolah Tengku Ampuan Rahimah , Klang (1971).Kemudian di Universiti Pertanian Malaysia(UPM) ,Serdang (1974-1978) dalam jurusan perniagaan pertanian.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Daud Tarihep menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa ,Jeram, Kuala Selangor (1972-1973), guru di Sekolah Kebangsaan Teluk Gadung, Klang.Beliau juga sempat menjadi guru tuisyen Sekolah Agama Jeram, Kuala Selangor (1972-1978).Seterusnya menjadi Pegawai Kerani di Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA) (1973-1974).Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Klang (Mac 1978 -Okt 1978).Kemudian sebagai Penolong Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri Selangor (Sept 1979-Ogos 1982). Pada Sept 1982 hingga Feb 1983 menjadi Ketua Penolong Setiausaha,kerajaan negeri Selangor(Bahagian Pentadbiran dan Protokol).Menjadi Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak (Mac 1983 -Dis 1986) Seterusnya menjadi Ketua Penolong Pengurus [[Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS)(Jan-Jun 1987). Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pertanian (Bahagian Ekonomi Pertanian)(Julai 1987-Dis 1990).Kemudian dilantik menjadi Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Penerangan Malaysia (Mei 1991-Mac 1998).
Politik
[sunting | sunting sumber]Pada 1998 beliau bersara awal dan menyertai perniagaan sendiri dan menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor (2001-2004)dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kuala Selangor (2001-2006).Pada 2001, dalam pemilihan Bahagian UMNO beliau berjaya menewaskan Dato Hanafi Suliman dan Haji Jahaya Ibrahim.
Beliau menang pilihan raya pada 2004 dan menjadi ahli parlimen Kuala Selangor (1999-2004-2008).Beliau menewaskan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid dari Keadilan dengan majoriti 13,662 undi.
Daud Tarihep menjadi Yangf DiPertua Gagasan Suara Rakyat Selangor (Suara) dan Pengerusi Yayasan Sepakat Kuala Selangor.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Former Kuala Selangor MP Daud Tarihep dies
- ^ Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep meninggal dunia
- ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia
- ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia
- ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Meninggal Dunia
- ^ "Former Kuala Selangor MP dies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-05. Dicapai pada 2018-04-22.