Pergi ke kandungan

Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet merupakan jawatankuasa bertaraf kabinet atau badan eksekutif dalam kerajaan Brunei. Majlis ini terdiri daripada Sultan sebagai Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri. Walau bagaimanapun, oleh kerana kerajaan Brunei adalah pemerintahan beraja mutlak, yang mana Sultan sebagai raja mempunyai kuasa penuh dalam memerintah negara, kabinet ini hanya mempunyai peranan sebagai penasihat ke hadapan Sultan dalam menjalankan pentadbiran negara, termasuk dalam meluluskan dasar-dasar yang dibuat.[1] Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet adalah sebuah jawatankasa di bawah Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat iaitu salah satu jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.[2]

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]

Bermula 30 Januari 2018, Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet telah dirombak yang mana ahli-ahli kabinet yang baru adalah seperti berikut:[3]

Jawatan Penyandang
Sultan
Perdana Menteri
Menteri Kewangan
Menteri Pertahanan
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah ibni Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia (bertaraf Menteri)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Awang Isa bin Awang Ibrahim
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Abu Bakar bin Apong
Menteri Hal Ehwal Ugama Badaruddin bin Othman
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Ali bin Apong
Menteri Pertahanan II Halbi bin Mohammad Yussof
Menteri Kesihatan Md Isham bin Jaafar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Mokti bin Mohd. Daud
Menteri Kewangan II Mohd. Amin Liew bin Abdullah
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Erywan bin Mohd. Yusof
Menteri Pembangunan Suhaimi bin Gafar
Menterian Tenaga Mat Suny bin Mohammad Hussein
Menteri Pendidikan Hamzah bin Sulaiman
Menteri Perhubungan Abdul Mutalib bin Mohammad Yusof
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Aminuddin Ihsan bin Abidin

Timbalan Menteri

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Penyandang
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Pengiran Bahrom bin Pengiran Bahar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Elinda binti C.A. Mohamed
Timbalan Menteri Kewangan Ahmaddin bin Abd. Rahman
Timbalan Menteri Pendidikan Romaizah binti Mohd. Salleh
Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian Matsatejo bin Sokiaw

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Unit Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet". www.councils.gov.bn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-04. Dicapai pada 2018-01-03. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Gambaran Keseluruhan". www.councils.gov.bn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-04. Dicapai pada 2018-01-03. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Asgar, Abdullah (2018-01-30). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-01-31. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)