Mancis
Mancis (Jawi: منچيس ), pancis, macis, pantik api atau korek api adalah perkakasan pakai buang bagi menghasilkan api dalam keadaan terkawal apabila diperlukan. Mancis mudah didapati dan dijual di merata kedai. Mancis jarang dijual sebatang; ia dijual sebungkus, dibungkus dalam kotak mancis atau buku mancis. Mancis biasanya merupakan batang kayu (biasanya dijual didalam kotak mancis) atau batang kertas keras (biasanya dijual dalam buku mancis) diselitupi di satu hujung (kepala mancis) dengan bahan yang sering kali memiliki unsur fosforus yang akan menyala akibat haba dari geseran sekiranya digesek dengan permukaan yang bersesuaian.[1]
Terdapat dua jenis mancis: mancis keselamatan, yang hanya boleh dinyalakan sekiranya diguris pada permukaan yang disediakan khas; dan mancis guris dimana sahaja, yang boleh diguris pada mana-mana permukaan kasar.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Mancis atau macis menyerap dari ungkapan bahasa Inggeris matches[2] kata ganda match serapan kata Perancis lama mèche yang bermaksud sumbu lilin[3] yang kemudiannya dilanjutkan juga kepada sumbu nyalaan senjata api seperti yang ada pada senapang atau bedil meriam (yakni matchlock).[4]
Istilah lain yang didapati serata alam Nusantara merujuk kepada bahan ini termasuk:[5][2]
- korek (di Riau)
- korek api (di Singapura dan dalam baku Indonesia, juga kerek api di Johor)
- gores api (di Kedah)
- geretan atau keretan (di Johor)
- pancis (di Riau)
- pencolek api atau penggesek api (di Kelantan)
Sejarah mancis moden
[sunting | sunting sumber]Asal sebelum mancis merupakan batang kayu pokok tusam kecil yang diresap dengan belerang, yang dicipta di Mesir pada 3500 B.C..
Mancis moden nyala sendiri dicipta pada 1805 oleh K. Chancel, pembantu kepada Profesor Louis Jacques Thénard dari Paris. Kepala mancis terdiri daripada campuran kalium klorida, belerang, gula, dan getah. Ia dinyalakan dengan mencelup hujung mancis ke dalam botol asbestos kecil yang mengandungi asid sulfirik. Mancis sebegini agak mahal dan bahaya digunakan, oleh itu mancis Chancel tidak pernah menjadi popular.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Concise Oxford
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "machis". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 83-84 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Whiter W (1825). Etymologicon universale: or, Universal etymological dictionary. 2. m/s. 428. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2017.
- ^ Sawyer, C. W. (1910). Firearms in American history 1600–1800. m/s. 5.
- ^ "korek". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 210.
Sumber utama
[sunting | sunting sumber]- Beaver, Patrick, (1985). The Match Makers: The story of Bryant & May. London: Henry Melland Limited. ISBN 0-907929-11-7.
- Emsley, John, (2000). The Shocking History of Phosphorus: A biography of the Devil's element. Basingstoke: Macmillan Publishing. ISBN 0-333-76638-5.
- Threlfall, Richard E., (1951). The story of 100 years of Phosphorus making: 1851 - 1951. Oldbury: Albright & Wilson Ltd.
- Oxford (1999). Concise Oxford Dictionary. Tenth Edition. Oxford: Oxford University Press.
- Steele, H. Thomas (1987). Close Cover Before Striking: The Golden Age of Matchbook Art. Abeville Press.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mancis. |
- "History of Chemical Matches". Chemistry.about.com.
- "The History of Matches". Inventors.about.com.
- "History of matchbooks". Matchcovers.com/first100.htm. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-16. Dicapai pada 2007-09-26.
- "The Rathkamp Matchcover Society". Matchcover.org.
- A site demonstrating jet propulsion using matches and foil