Milan Škriniar
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 11 Februari 1995 | ||
Tempat lahir | Žiar nad Hronom, Slovakia | ||
Ketinggian | 1.87 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Bek tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Paris Saint-Germain | ||
Nombor | 37 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007–2012[1] | Žilina | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012–2016 | Žilina | 77 | (12) |
2013 | → ViOn Zlaté Moravce (pinjam) | 7 | (0) |
2016–2017 | Sampdoria | 38 | (0) |
2017–2023 | Inter Milan | 193 | (10) |
2023– | Paris Saint-Germain | 4 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011 | Slovakia B17 | 3 | (0) |
2012–2013 | Slovakia B18 | 5 | (0) |
2013–2014 | Slovakia B19 | 3 | (0) |
2012–2017 | Slovakia B21 | 19 | (3) |
2016– | Slovakia | 60 | (3) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:27, 14 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:11, 20 Jun 2023 (UTC) |
Milan Škriniar (sebutan Slovak: [ˈmilan ˈʃkɾiɲɪ̯aɾ]; lahir 11 Februari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Slovakia yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Slovakia. Pada tahun 2016, beliau telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak bawah-21 Slovakia terbaik dengan meraih Anugerah Peter Dubovský.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]MŠK Žilina
[sunting | sunting sumber]Škriniar memulakan kariernya bersama kelab remaja FK Žiar nad Hronom sebelum menyertai kelab MŠK Žilina di peringkat remaja semasa berusia 12 tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Liga Super Slovakia untuk skuad senior pada 27 Mac 2012 ketika berusia 17 tahun dan 49 hari menentang pasukan ViOn Zlaté Moravce. Pada 23 November 2012, beliau menjaringkan gol sulungnya dalam aksi Corgoň Liga ketika menentang ViOn yang berkesudahan MŠK Žilina menang 4–1.[2]
Pada Februari 2013, beliau telah dipinjam ke kelab ViOn Zlaté Moravce untuk menimba banyak pengalaman bersama pasukan besar.
Sampdoria
[sunting | sunting sumber]Pada 29 Januari 2016, Sampdoria telah mengumumkan pembelian Milan Škriniar dan beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya ketika pasukannya menumpaskan Lazio 2–1 pada lewat bulan April.[4] Ketika musim seterusnya, Škriniar memainkan peranan penting dalam menjayakan perancangan Marco Giampaolo dengan menjadi pemain pertahanan termuda yang telah tampil beraksi dalam sekurang-kurangnya 35 perlawanan di Serie A.
Inter Milan
[sunting | sunting sumber]Pada 7 Julai 2017, Škriniar melakukan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan semasa jendela perpindahan dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[5] Inter dilaporkan telah membayar jumlah sebanyak €20 juta termasuk untuk penyerang Gianluca Caprari.[6] Perpindahan tersebut telah menandakan Škriniar merupakan pemain Slovakia termahal sepanjang zaman.[7] Beliau telah dipersembahkan empat hari kemudian dan menyarung jersi bernombor 37. Škriniar melakukan penampilan sulungnya untuk Inter dalam perlawanan pembukaan Serie A menentang Fiorentina yang menyaksikan Inter meraih kemenangan 3–0 di San Siro.[8] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 16 September ketika menentang Crotone sekali gus memberikan kelebihan kepada Inter untuk mengekalkan rekod kemenangan berturut-turut.[9] Beliau menjaringkan gol keduanya pada perlawanan liga yang ke-10 dalam aksi menentang kelab lamanya, Sampdoria pada 24 Oktober yang berkesudahan Inter menang 3–2.[10] Škriniar telah dilihat sebagai salah satu pemain terbaik Inter dalam kempen musim itu.[11][12] Secara keseluruhannya, Škriniar mengakhiri kempen 2017–18 dengan beraksi dalam setiap perlawanan Inter di Serie A serta berjaya membantu Inter menghuni tangga keempat sekali gus menempah tiket ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah setelah enam tahun tidak menonjol.[13]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Škriniar melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Slovakia dalam perlawanan persahabatan menentang Georgia pada 27 Mei 2016.[14] Pada akhir tahun 2016, beliau telah beraksi dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan menjadi tonggak penting dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di mana beliau sering diletakkan di posisi pemain tengah bertahan.
Setelah persaraan Ján Ďurica pada November 2017, Škriniar telah mengisi ruang bagi posisi bek tengah untuk bergandingan dengan Martin Škrtel dalam pasukan Slovakia meskipun usia jauhnya lebih muda berbanding dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman seperti Peter Pekarík dan Tomáš Hubočan).
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 26 Mei 2019.[15]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah[nb 1] | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Žilina | 2011–12 | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 |
2012–13 | 10 | 1 | 3 | 0 | 0 | 0 | 13 | 1 | |
2013–14 | 15 | 1 | 1 | 0 | 1 | 0 | 17 | 1 | |
2014–15 | 32 | 6 | 3 | 2 | 0 | 0 | 35 | 8 | |
2015–16 | 18 | 4 | 1 | 1 | 8 | 0 | 27 | 5 | |
Jumlah | 77 | 12 | 9 | 3 | 9 | 0 | 95 | 15 | |
ViOn Zlaté Moravce | 2012–13 | 7 | 0 | 0 | 0 | — | 7 | 0 | |
Sampdoria | 2015–16 | 3 | 0 | 0 | 0 | — | 3 | 0 | |
2016–17 | 35 | 0 | 0 | 0 | 35 | 0 | |||
Jumlah | 38 | 0 | 0 | 0 | — | 38 | 0 | ||
Inter Milan | 2017–18 | 38 | 4 | 2 | 0 | — | 40 | 4 | |
2018–19 | 35 | 0 | 2 | 0 | 9 | 0 | 46 | 0 | |
2019–20 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
Jumlah | 73 | 4 | 4 | 0 | 9 | 0 | 86 | 4 | |
Jumlah kerjaya | 195 | 16 | 13 | 3 | 18 | 0 | 226 | 19 |
- ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 11 Jun 2019.[16]
Pasukan kebangsaan Slovakia | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2016 | 7 | 0 |
2017 | 7 | 0 |
2018 | 9 | 0 |
2019 | 3 | 0 |
Jumlah | 26 | 0 |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Žilina
Individu
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Peter Dubovský: 2016
- Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah Bawah-21: 2017[17]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Milan Škriniar: Je na nás ako sa chopíme šance Diarkibkan 2013-05-11 di Wayback Machine 14.02.2012, talenty-info.sk
- ^ ŽILINA VS. ZLATÉ MORAVCE 4 - 1 23.11.2012, soccerway.com
- ^ Sampdoria je dôležitým krokom v mojej kariére, hovorí Škriniar 30.01.2016, sport.sme.sk
- ^ "Sampdoria vs. Lazio 2 – 1". Soccerway. 24 April 2016. Dicapai pada 24 April 2016.
- ^ "SKRINIAR JOINS INTER". Inter Milan. 7 July 2017. Dicapai pada 7 July 2017.
- ^ Joe Wright (7 July 2017). "Inter complete €20m signing of Sampdoria star Skriniar". Goal.com. Dicapai pada 7 July 2017.
- ^ Rhod Cannon (14 February 2018). "Inter Milan's Milan Skriniar reveals 'breathtaking' January offer amid Manchester United interest". International Business Times. Dicapai pada 14 February 2018.
- ^ "INTER 3-0 FIORENTINA". Inter Milan. 20 August 2017. Dicapai pada 20 August 2017.
- ^ Brian Homewood (16 September 2017). "Crotone 0-2 Inter Milan: Ivan Perisic and Milan Skriniar score late goals to maintain perfect start in Serie A". Daily Mail. Dicapai pada 16 September 2017.
- ^ "THE NERAZZURRI MARCH ON: INTER 3-2 SAMPDORIA". Inter Milan. 24 October 2017. Dicapai pada 24 October 2017.
- ^ Adam Digby (23 December 2017). "Is Milan Skriniar Ready for One of Europe's Elite Clubs?". Bleacher Report. Dicapai pada 23 December 2017.
- ^ "Slovak footballer Škriniar named one of the best players of the season". Spectator. 3 January 2018. Dicapai pada 3 January 2018.
- ^ "Stunning Inter Comeback Breaks Lazio Hearts and Seals Champions League Qualification". Sports Illustrated. 20 May 2018. Dicapai pada 23 May 2018.
- ^ "Slovakia vs. Georgia 3 – 1". Soccerway. 27 May 2016. Dicapai pada 27 May 2016.
- ^ "Slovakia - M. Škriniar - Profile with news, career statistics and history". Soccerway. Dicapai pada 12 March 2018.
- ^ (Inggeris) Profil Milan Škriniar di National-Football-Teams.com
- ^ "The official Under-21 Team of the Tournament". UEFA.com (dalam bahasa Inggeris).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Milan Škriniar |
- Inter Milan official profile
- Biodata Milan Škriniar di Soccerway