Pergi ke kandungan

Misha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Misha
Album studio oleh
Dilancarkan pada28 Oktober 2002
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
Azlan Abu Hassan
Tohpati
Kronologi Misha Omar
- Misha
(2002)
Aksara
(2004)
Single daripada Misha
  1. "Bunga-bunga Cinta"
    Dikeluarkan: 28 Julai 2002
  2. "Lilitan Asmara"
    Dikeluarkan: 30 Oktober 2002
  3. "Halaman Cinta"
    Dikeluarkan: 6 Januari 2003
  4. "Terpana"
    Dikeluarkan: 20 April 2003
  5. "Semoga Abadi"
    Dikeluarkan: 17 Julai 2003
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Misha adalah album studio pertama oleh penyanyi Malaysia Misha Omar yang dirakamkan pada tahun 2002 ketika beliau berusia 20 tahun. Album ini menerima 3 pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2002 dan berjaya meletakkan nama Misha sebagai penyanyi paling popular dalam masa yang singkat. Ia berjaya mencecah kedudukan nombor 1 di Carta RIM pada 8 Januari 2004 selepas kejayaan besar Misha dan komposernya Adnan Abu Hassan di Anugerah Juara Lagu ke-18 menerusi lagu hits Bunga-bunga Cinta.

Pra-produksi

[sunting | sunting sumber]

Bakat Misha dikesan oleh Adnan ketika beliau menjadi juri dalam pertandingan Bintang RTM 2001. Menyedari potensi besar yang dimiliki penyanyi amatur bernama Samihah Aisah binti Omar ini, Adnan bertindak melamar Misha untuk menyertainya di syarikat rakaman besar BMG Music Malaysia selepas berakhirnya pertandingan tersebut. Biarpun Misha tidak memenanginya, di bawah bimbingan Adnan Misha berjaya menjelma menjadi penyanyi profesional yang baik. Misha mengikat kontrak bersama BMG pada bulan Mei, 2002 menerusi demi lagu pertama yang dirakamkan Misha adalah lagu Bunga-bunga Cinta (BBC). Lagu berkenaan terlebih dahulu diperkenalkan di dalam album kompilasi Pasti Hits Adnan vs Azlan pada 28 Julai 2002. Seperti yang diduga oleh Adnan, lagu tersebut meledak di corong-corong radio biarpun penyanyinya belum cukup terkenal.

Ekoran sambutan yang sangat menggalakkan, BMG bertindak mengarahkan Adnan dan adiknya Azlan Abu Hassan untuk menerbitkan secara segera album solo debut untuk Misha. Hasil gabungan dua beradik ini akhirnya album ini dibikin dengan penuh eksperimen bagi memastikan bakat Misha digunakan secara sepenuhnya.

Adnan turut mengundang komposer terkenal Indonesia yang juga gitaris jaz, Tohpati Ario Utomo untuk sama-sama menerbitkan album Misha. Tohpati membawakan dua buah lagu ciptaan Imaniar Noorsaid iaitu Semoga Abadi dan Jangan Berakhir yang berentak pop R&B untuk dirakamkan Misha. Ketika dalam proses rakaman Misha menunjukkan kebolehannya sebagai penulis lirik melalui lagu ciptaan Adnan bertajuk Kau Yang Amat Ku Sayang dan Lilitan Asmara. Lirik itu penuh bermakna kerana dihasilkan secara spontan dan dalam waktu yang singkat ketika berada dalam studio rakaman. Misha pernah tinggal sementara waktu di rumah keluarga Adnan Abu Hassan di Kajang, Selangor sepanjang proses rakaman album sulungnya.

Belum berkesempatan mencipta nama, namun bakat Misha dalam arena seni suara mula menjadi perhatian komposer dan penyanyi jazz luar negara, Jim Brickman, yang sanggup memberikan lagu untuk dirakamkan semula oleh Misha selepas dia mendengar demo tape yang dihantar pihak BMG Music tidak lama sebelum itu. Namun, peluang Misha memperkenalkan namanya agak terhad kerana dia masih menuntut. Kebanyakan undangan persembahan yang ditawarkan terpaksa tolak kerana mengganggu kuliah. Sesi fotografi bersama media pun banyak yang tidak dilaksanakan memandangkan Kota Bahru dan Kuala Lumpur jauh. Kesempatan mengadakan persembahan hanya di hujung minggu saja. Atas sebab itu, tidak hairan kalau orang hanya kenal lagu BBC , tapi tak tahu bagaimana rupa penyanyinya. Misha mengakui sambutan hangat lagu tersebut ada kalanya membuatkannya berbelah bagi antara pelajaran dan kerjaya. Tambahan pula teman-teman dan pensyarah di tempat pengajiannya memberi sokongan penuh bergiat aktif dalam bidang seni.

Berkat kesabaran biarpun merakam album sulungnya disaat namanya disebut-sebut ekoran fenomena BBC, Misha berjaya juga menyudahkan rakaman penuh 14 buah lagu untuk album ini yang menemui pendengar pada 28 Oktober 2002 dengan susulan single kedua berjudul Lilitan Asmara.

Kredit album

[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh dari sisipan kecil album Misha.

Penerbit Eksekutif: Clive Gardiner & Mohd Firhad Ahmad
Penerbit: Adnan Abu Hassan
Penerbit Bersama: Azlan Abu Hassan & Tohpati
Penerbit khas lagu Destiny: Dane Deviller & Sean Hossein
Artiste & Repertoire: Edrie Hashim
Penata vokal: Adnan Abu Hassan & Azlan Abu Hassan
Susunan Muzik: Adnan Abu Hassan untuk semua lagu kecuali Azlan Abu Hassan untuk lagu Kembali Ceria & Seiring , Syed ENV (Terpana)
Pemuzik: Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Syed ENV (Keyboards), Ujang Exist (Dram), Eddie Marzuki (Bass, Mandolin & Gitar), Sham Kamikaze, Bode (Gitar)
Penyanyi Latar: Adnan, Azlan, Azlina Abu Hassan, Teja, Samihah Omar, Hazami, & Sri Temenggong
Jururakam: Azlan Abu Hassan & Rahmat
Studio Rakaman: Grooveworks Studio & Babyboss Studio, Kuala Lumpur
Mastering: Fauzi Marzuki @ Sonic Mastering Lab, Don Bartley - Studio 301 - Australia
Jurumekap & Rambut: Addin
Mekap: M.A.C
Konsep: Nizam Rahmad - AD.Verse
Jurugambar: Bustamam @ Jubang Sutajio
Aksesori: Bonita
Pengurus Promosi: Mukhlis
Promosi: Rina Baharin, Shahrin, Razak, Mimi Omar, Lan Mansur & Sham Safri
Pengurusan: Mimi Omar

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Lilitan Asmara"Misha Omar & Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan4:12
2."Hingga Ke Akhir Nanti"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan5:09
3."Bunga-bunga Cinta"Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan5:05
4."Tak Ku Percaya"Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan3:44
5."Semoga Abadi"Jossie HitijahubessyAte M & Imaniar Noorsaid4:19
6."Untukmu Selamanya"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:29
7."Halaman Cinta"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:01
8."Jangan Berakhir"Imaniar NoorsaidImaniar Noorsaid4:42
9."Seiringan"UcuAzlan Abu Hassan4:04
10."Terpana"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan3:47
11."Destiny"Dane Deviller & Sean HosseinJim Brickman3:48
12."Kembali Ceria"Azlan Abu HassanAzlan Abu Hassan3:32
13."Kau Yang Amat Ku Sayang"Misha OmarAdnan Abu Hassan5:21
14."Permainan Hati"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:27


Lagu "Bunga-bunga Cinta" adalah single daripada album himpunan "Pasti Hits Adnan vs Azlan" yang diterbitkan 3 bulan lebih awal daripada album solo Misha. Secara teknikalnya, "Lilitan Asmara" adalah single pertama yang diterbitkan bersempena pengedaran album pertama ini.

Petunjuk
Lagu yang layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu
1 Lagu nombor satu dalam carta
Carta belum diwujudkan atau ditamatkan
TD Tarik diri di peringkat pencalonan
Tahun Tajuk Posisi tertinggi
RIM MY Spotify MUZIK ERA Red
104.9
XFresh HOT Suria RIA SG Baik Banget ID MM
2002

Bunga-bunga Cinta

1 2 2 3 10 1

Lilitan Asmara

5 - 1 6 - -
2003

Halaman Cinta

1 11 3 - - 1

Terpana

7 13 - - - -

Single Sisipan (Promosi)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Nota
2002 Destiny Side B (Lilitan Asmara) / MTV

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Album sulung Misha berjaya mencatat jualan 10,000 unit dalam 4 bulan pertama sekaligus berjaya memasuki Carta RIM. Pun begitu populariti Misha sedikit dibayangi oleh pencapaian membanggakan penyanyi Sarah Raisuddin yang juga pernah menyertai Bintang RTM 2001. Sarah mengeluarkan album sulungnya 3 bulan lebih awal daripada Misha dan meraih populariti menerusi lagu-lagu hitsnya. Pemerhati muzik mula membandingkan kemampuan Misha dan Sarah.

Sebagai usaha untuk terus memperkenalkan lagi jenama Misha Omar, pada 12 Januari 2003, Misha telah membuat persembahan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-17 (2002). Pada 25 Januari pula, Misha diberi peluang untuk membuat persembahan penutup bersama Sarah & Elyana dalam majlis Anugerah Media Hiburan. Misha juga menjengah pasaran Singapura apabila diberi peluang membuat persembahan di Anugerah Pesta Perdana, anjuran saluran Suria. Misha meraih lebih publisiti untuk dirinya ketika lagu Halaman Cinta merajai carta-carta radio pada awal 2003.

Ketika ini nama Misha sering dibandingkan dengan Sarah sementelah Sarah ternyata lebih popular daripada beliau. Persaingan sihat diantara Misha & Sarah diteruskan dalam penganugerahan Anugerah Planet Muzik apabila kedua-duanya dicalonkan untuk kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Pun begitu, tuah menyebelahi Sarah. Walaubagaimanapun, kemunculan Misha di atas pentas anugerah berprestij itu mengalunkan BBC ternyata menarik perhatian penggiat seni Indonesia terutamanya komposer Anang dan isterinya, Krisdayanti.

Misha sekali lagi tewas kepada Sarah apabila dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 10. Selain itu, Misha juga tercalon untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album (tewas kepada Siti Nurhaliza) dan juga Lagu Terbaik untuk lagu Bunga-bunga Cinta ciptaan Adnan.

Dengan 2 buah single berentak balada berjaya menjuarai majoriti carta Muzik, Misha dan BMG memikirkan cara untuk terus mengekang perbandingan diantara Misha dan Sarah yang mana mengakibatkan Misha berada di kedudukan kedua di belakang Sarah. Akhirnya album repackaged Misha diterbitkan pada 20 Julai 2003 setelah single Terpana yang lebih rancak memasuki carta radio. Lagu Semoga Abadi dijadikan single promosi album bungkusan semula tersebut sekaligus meledak sebagai single balada yang popular. Di Indonesia, jualan album ini mencapai 20,000 unit pada tahun 2004, dan meningkat kepada 80,000 unit menjelang 2006.

Pensijilan

[sunting | sunting sumber]

Album

Carta

Carta (2002-2004) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[1]
Indonesia (Billboard Indonesia) 24[2]

Album bungkusan semula

[sunting | sunting sumber]
Misha (Repackaged)
Album studio oleh
Dilancarkan pada20 Julai 2003 (Malaysia, Indonesia)
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat BMG Music (Malaysia) , BMG Music (Indonesia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
Azlan Abu Hassan
Tohpati
Kronologi Misha Omar
Misha
(2002)
Misha Repackaged
(2003)
Aksara
(2004)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album bungkusan semula ini diterbitkan untuk terus memanjangkan lagi populariti Misha disamping memperkenalkan lagu Semoga Abadi. Album bungkusan semula ini juga dipasarkan ke pasaran Indonesia dengan lagu Bunga-bunga Cinta menjadi andalan utama [3].

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Lilitan Asmara"Misha Omar & Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan4:12
2."Hingga Ke Akhir Nanti"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan5:09
3."Bunga-bunga Cinta"Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan5:05
4."Tak Ku Percaya"Adnan Abu HassanAdnan Abu Hassan3:44
5."Semoga Abadi"Jossie HitijahubessyAte M & Imaniar Noorsaid4:19
6."Untukmu Selamanya"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:29
7."Halaman Cinta"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:01
8."Jangan Berakhir"Imaniar NoorsaidImaniar Noorsaid4:42
9."Seiringan"UcuAzlan Abu Hassan4:04
10."Terpana"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan3:47
11."Destiny"Dane Deviller & Sean HosseinJim Brickman3:48
12."Kembali Ceria"Azlan Abu HassanAzlan Abu Hassan3:32
13."Kau Yang Amat Ku Sayang"Misha OmarAdnan Abu Hassan5:21
14."Permainan Hati"Mohariz YaakupAdnan Abu Hassan4:27
15."Bunga-bunga Cinta (Versi 2003)"
16."Bunga-bunga Cinta (Minus-one)"


Tahun Tajuk Posisi tertinggi
RIM MY Spotify MUZIK ERA Red
104.9
XFresh HOT Suria RIA SG Baik Banget ID MM
2003

Semoga Abadi

8 - - 13 20 -

Single Sisipan (Promosi)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Nota
2003 Untukmu Selamanya Side B (Semoga Abadi)

Untuk maklumat mengenai album MTV karaoke ini, klik MTV Karaoke Bunga-bunga Cinta

Jerayawara Misha 2003

[sunting | sunting sumber]

Bagi merancakkan promosi album bungkusan semula, BMG turut melancarkan jerayawara (road-tour) di seluruh Malaysia dimana peminat berpeluang bertemu Misha dan menyaksikan persembahan khas. Berikut adalah turutan acara program jerayawaya berkenaan:-

Senarai lokasi Jerayawara Promosi Misha Omar 2003
Tarikh Bandar Negeri Lokasi Artis pembukaan
Malaysia
6 Ogos 2003 Ipoh Perak Megapleks
Ipoh Parade
7 Ogos 2003 Seri Manjung Billion
8 Ogos 2003 Alor Setar Kedah City Plaza
Sungai Petani Central Square
Plaza Gunung Jerai
9 Ogos 2003 Bukit Mertajam Pulau Pinang Summit
Georgetown Plaza Bukit Jambul
10 Ogos 2003 Johor Bahru Johor Komtar
Plaza Angsana
11 Ogos 2003 Shah Alam Selangor Plaza Alam Sentral
Singapura
15 Ogos 2003 Geylang Singapura Wisma Geylang Serai Norfasarie
Indonesia
22 Ogos 2003 Senayan Jakarta Plaza Senayan

Menjadi fenomena

[sunting | sunting sumber]

Misha mula menyinar apabila memenangi anugerah Artis Baru Pilihan di Anugerah Era 2003 menewaskan saingan seperti Sarah, Ezlynn dan Waheeda. Pada bulan Oktober 2003, Misha dipertandingkan di Festival Muzik Asia Shanghai yang mengiktiraf nyanyian artis baru seluruh Asia. Tuah berpihak kepada beliau apabila meraih anugerah Piala Emas dan juga Persembahan Vokal Terbaik menerusi dua buah lagu iaitu BBC dan Lilitan Asmara. Misha berjaya menewaskan nama-nama popular seperti The Honeys (China) dan Tim Hwang (Korea Selatan).

Berturut daripada kejayaan itu, Misha disenaraikan ke Anugerah Juara Lagu ke 18 juga menerusi lagu BBC. Pelbagai pihak telah meramalkan penguasaan Misha dan akhirnya beliau berjaya membawa pulang trofi juara keseluruhan AJL beserta anugerah Vokal Terbaik menewaskan penyanyi yang jauh lebih senior seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Mus dari kumpulan May, Ning Baizura dan Yassin Sulaiman.

Kejayaan besar di Shanghai dan Anugerah Juara lagu berjaya menaikkan jualan album itu kepada 35,000 Unit dan mendapat Anugerah Cakera Platinum. Ia adalah suatu pencapaian yang hebat memandangkan kehadiran cetak rompak yang berleluasa menjadikan kebanyakkan artis hanya sekadar terjual 15,000 unit satu album tetapi Misha berjaya mencatat jualan album melebihi 30,000 unit. Album pertamanya itu berjaya melonjak ke tangga pertama Carta RIM pada minggu pertama 8 Januari 2004. Secara keseluruhan album ini terjual sebanyak 60,000 unit.

Kontroversi Semoga Abadi

[sunting | sunting sumber]

Ketika perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang mempertembungkan Malaysia dan Indonesia pada 27 Disember 2010, muncul kisah Misha Omar hendak disaman oleh komposer asal Indonesia sebagai bahan penyedap cerita ketika isu laser dan keselamatan rakyat Malaysia ketika berlangsungnya perlawanan akhir di Jakarta sedang hangat diperkatakan.

Penyanyi Indonesia yang dikenali sebagai Imaniar Noorsaid menuduh Misha mencuri karya lagu milik’nya berjudul Semoga Abadi.Imaniar berkata, lagu ini dicipta pada tahun 2000 ketika terikat dengan kontrak yang ditawarkan oleh BMG Indonesia untuk penghasilan 2 buah album. Kemudian, dia ciptakan lagu ini bersama Yossi Hitiyaubessy serta sebuah lagi lagu berjudul Jangan Berakhir. Album yang memuatkan lagu ini berjudul Imaniar, tetapi hit single menggunakan judul Semoga Abadi. Penyanyi itu ada juga buat video klip, tetapi tidak popular dan tidak dipromosikan kerana pada tahun 2000 berlakunya kegawatan ekonomi.

Yang lebih menyakitkan hati Imaniar apabila suara asalnya tetap digunakan dalam lagu tersebut tanpa sebarang kredit kepada komposer & penulis lirik lagu Semoga Abadi & Jangan Berakhir di CD penyanyi Misha. “Mungkin tidak menguntungkan atau daripada apa yang saya tahu, pada tahun 2002 Misha Omar menggunakan lagu tersebut dengan judul yang sama. Cuma di CD atau kasetnya tiada kredit penuh buat pencipta lagu, dan yang paling menyakitkan hati apabila suara saya digunakan oleh Misha Omar sebagai backup vocal. Betul-betul sakit hati, kerana tiada kebenaran diberikan, maka saya terasa seperti dipijak-pijak,” kata Imaniar mengakhiri tuduhannya.

Misha Omar yang dihubungi enggan memberi sebarang komen kerana semuanya telah diserahkan kepada pihak Sony Music, berikut adalah tweet’nya kepada kami. Hakikatnya kredit nama Imaniar ada tertera dalam cetakan pertama dan juga bungkusan semula sekaligus menafikan tuduhan Imaniar manakala isu hakcipta lagu ini adalah antara BMG dan penerbit lagu tersebut iaitu Tohpati yang bertanggungjawab memberikan dua buah lagu tersebut untuk dirakamkan pada tahun 2002. Suara Imaniar juga tidak digunakan sebagai suara latar seperti yang didakwanya. Sebagai bukti lagu versi Misha popular di Indonesia pada tahun 2003 - 2004 ketika Misha menjengah pasaran negara itu.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2003 Anugerah Planet Muzik 2002 Artis Baharu Wanita Terbaik "Misha" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-10 Lagu Terbaik "Bunga-bunga Cinta" Tercalon
Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album "Misha" Tercalon
Artis Baharu Terbaik Tercalon
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Anugerah Emas  Malaysia- - Jualan album melebihi 15,000 unit Menang
Anugerah Era 2003 Artis Baharu Pilihan "Bunga-bunga Cinta" Menang
Asia New Singer Competition - Anugerah Muzik Asia Shanghai ke-6 Saringan - Top 35 "Bunga-bunga Cinta" Mara
Lagu Terbaik Tercalon
Persembahan Vokal Pop "Lilitan Asmara" Menang
Piala Emas (Juara) Menang
Anugerah Juara Lagu ke-18 Separuh Akhir (Balada) "Halaman Cinta" Kandas
"Bunga-bunga Cinta" Mara
Vokal Terbaik Menang
Persembahan Terbaik Tercalon
Kategori Balada Menang
Juara Keseluruhan Menang
2004 Anugerah MTV Asia Artis Pilihan Malaysia "Misha (Repackaged)" Tercalon
Anugerah Planet Muzik 2002 Artis Wanita Popular Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 Artis Baharu Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Bintang Paling Popular (Top 5) Tercalon
Anugerah Media Hiburan Bakat Baharu Penyanyi Menang
Lagu Sepanjang Tahun "Bunga-bunga Cinta" Menang
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Anugerah Platinum  Malaysia- Jualan album melebihi 50,000 unit "Misha (Repackaged)" Menang
2005 Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI) Anugerah Platinum  Indonesia - Jualan album melebihi 50,000 unit Menang
2015 Anugerah Juara Lagu ke-30 Anugerah Qu Diva AJL "Bunga-bunga Cinta" Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]