Muzium Bugis
Muzium Bugis | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Muzium |
Lokasi | Daerah Pontian, Johor, Malaysia |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 1°26′N 103°25′E |
Pembinaan bermula | 1982 |
Pembukaan | 1982 |
Tapak web | |
sunting · sunting di Wikidata |
Muzium Bugis terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, Malaysia. Muzium ini dibina oleh penduduk tempatan yang berminat menyimpan pelbagai koleksi sejarah berkaitan orang Melayu terutama etnik Bugis. Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah Makassar di Sulawesi diserang dan ditawan oleh pihak Belanda. Kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda.
Dalam muzium ini dipamerkan pelbagai gambar hitam putih berbentuk fotostat bersaiz besar. Terdapat peralatan dapur yang bersaiz besar. Oleh kerana muzium ini tidak diuruskan secara profesional, beberapa bahan di dalamnya tidak kekal cantik. Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi anda boleh memberi sumbangan ikhlas.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Muzium ini pada mulanya diasaskan pada tahun 1982 sebagai Warisan Bugis. Pada 26 Julai 1994, Kerajaan Johor menyokong muzium ini melalui Yayasan Warisan Johor dan mengistiharkan muzium ini sebagai muzium Bugis pertama di Malaysia.[1] Pada Oktober 2016, Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo melawat musium ini dan berjumpa penduduk Bugis tempatan. Dia berharap perhubungan antara orang Bugis di negara berlainan akan dapat dikekalkan.[2]
Pameran
[sunting | sunting sumber]Terdapat lebih dari 2,000 artifak dipamerkan di muzium ini, dari senjata, pakaian, siling lama, perhiasan, gambar dll.
Seni bina
[sunting | sunting sumber]Muzium ini ditempatkan di dalam bangunan berbentuk senibina tradisional Malaysia.
Waktu beroperasi
[sunting | sunting sumber]Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 10:00 a.m. hingga 6:00 p.m. Masuk adalah percuma.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Muzium Bugis |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- ^ Khalid, Khir. "Muzium Bugis: Arkib Khazanah Sejarah Johor Dan Malaysia" (dalam bahasa Malay). www.khirkhalid.com. Dicapai pada 20 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Nasrullah (8 October 2016). "Di Pontian, Gubernur SYL Terkesima Karena ini" (dalam bahasa Malay). inipasti.com. Dicapai pada 25 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)