Pergi ke kandungan

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada NATO)
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
ڤرتوبوهن ڤرجنجين اتلنتيک اوتارا
North Atlantic Treaty Organization (en)
Organisation du traité de l'Atlantique nord (fr) Sunting nilai ini di Wikidata
Kerangka
KependekanNATO Sunting ini di Wikidata
Cogan kataAnimus in consulendo liber Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPerikatan ketenteraan, pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan antarabangsa, gabungan tentera pelbagai negara Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 32 negara Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiKetumbukan Pengangkutan Udara Eropah Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, bahasa Perancis Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.nato.int Sunting ini di Wikidata
Facebook: NATO Twitter: NATO Instagram: nato LinkedIn: nato Youtube: UCHlEaKbepQ_S9iIoZPKVQew Flickr: 53299569@N03 Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan4 April 1949 Sunting ini di Wikidata
PengasasPaul-Henri Spaak, Lester B. Pearson, Gustav Rasmussen, Robert Schuman, Bjarni Benediktsson, Carlo Sforza, Joseph Bech, Dirk Stikker, Halvard Lange, José Caeiro da Mata, Ernest Bevin, Dean Acheson Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Setiausaha agungMark Rutte Sunting ini di Wikidata
SubsidiariAngkatan Gerak Balas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Majlis NATO-Ukraine, Q123168752, Nato Security Assistance and Training for Ukraine, NATO Intelligence Fusion Centre, Comprehensive Crisis and Operations Management Centre Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Negara anggota NATO Sunting ini di Wikidata
Map
Ibu pejabatBrussel Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Belgium Sunting ini di Wikidata
  • NATO Headquarters Sunting ini di Wikidata
  • Boulevard Leopold III 1110 Brussels Belgium Sunting ini di Wikidata
Koordinat50°52′34.16″N 4°25′19.24″E / 50.8761556°N 4.4220111°E / 50.8761556; 4.4220111
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (bahasa Inggeris: North Atlantic Treaty Organisation, disingkatkan kepada NATO; Perancis: Organisation du traité de l'Atlantique nord disingkatkan kepada, OTAN) merupakan perikatan ketenteraan antara 28 negara Eropah dan 2 negara Amerika Utara. Organisasi ini melaksanakan Perjanjian Atlantik Utara yang ditandatangani pada 4 April 1949.

PPAU menggunakan sistem keselamatan kolektif, di mana negara-negara anggota bebasnya bersetuju untuk saling mempertahankan sebagai tindak balas terhadap serangan oleh mana-mana pihak luar. Ibu pejabat PPAU terletak di Haren, Brussels, Belgium, sementara markas Operasi Komando Bersekutu terletak berhampiran Mons, Belgium.

Sejak penubuhannya, kemasukan negara-negara anggota baru telah meningkatkan pakatan daripada 12 negara asal menjadi 30. Negara anggota terbaru yang akan menyertai PPAU adalah Macedonia Utara pada 27 Mac 2020. PPAU saat ini mengiktiraf Bosnia dan Herzegovina, Georgia, dan Ukraine sebagai anggota yang bercita-cita tinggi. 20 negara tambahan turut serta dalam program Partnership for Peace NATO, dengan 15 negara lain terlibat dalam program dialog yang dilembagakan. Gabungan perbelanjaan ketenteraan semua anggota PPAU pada 2020 membentuk lebih dari 57% daripada jumlah nominal global. Anggota bersetuju bahawa tujuan mereka adalah untuk mencapai atau mempertahankan sasaran pembelanjaan pertahanan sekurang-kurangnya 2% dari KDNK mereka pada 2024.

Pada 4 Mac 1947, Perjanjian Dunkirk telah ditandatangani oleh negara Perancis dan United Kingdom sebagai Perjanijian Perikatan dan Persefahaman sekiranya berlaku kebarangkalian serangan daripada Jerman dan Kesatuan Soviet setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Pada 1948, perikatan ini telah berkembang disebabkan oleh kemasukan negara Benelux, di dalam bentuk Kesatuan Barat, juga dirujuk sebagai Badan Perikatan Brussel (BPB), ditubuhkan oleh Perjanjian Brussels. Perbincangan mengenai pembentukan perikatan tentera, yang mana mungkin termasuk negara daripada Amerika Utara menyebabkan Perjanjian Atlantik Utara ditandatangani pada 4 April 1949 oleh ahli Kesatuan Barat termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Portugal, Itali, Norway, Denmark dan Iceland. Perjanjian Atlantik Utara tidak aktif sehingga berlakunya Perang Korea lantas menghidupkan semula PPAU bagi menguatkuasakan peranannya termasuk dalam bentuk tentera bersepadu.

Revolusi 1989 di Eropah menyebabkan PPAY menilai semula peranan mereka di benua itu. Pada Oktober 1990, kedua-dua belah Jerman bersatu semula, dan pada November 1990, pakatan tersebut menandatangani perjanjian tentang Angkatan Bersenjata Konvensional di Eropah (CFE) di Paris bersama-sama Soviet. Perjanjian ini mengamanatkan pengurangan ketenteraan khusus di seluruh benua, yang berlanjutan setelah runtuhnya Pakatan Warsaw pada Februari 1991 dan pembubaran Kesatuan Soviet pada Desember lalu menyingkirkan musuh utama PPAU secara de facto.[1] Hal ini menandakan permulaan penarikan tentera dan peralatan ketenteraan di Eropah. Perjanjian CFE memungkinkan penandatangan untuk menghapuskan 52,000 buah senjata konvensional dalam 16 tahun berikutnya,[2] dan memungkinkan pengeluaran ketenteraan oleh anggota NATO Eropah menurun sebanyak 28% dari 1990 hingga 2015.[3]

Perkara 5 Perjanjian Atlantik Utara mewajibkan negara-negara anggota untuk membantu mana-mana dalam kalangan mereka yang terkena serangan bersenjata, dan dipakai pertama kalinya dan satu-satunya setelah serangan 11 September 2001,[4] ketika kuasa tentera dikerahkan ke Afghanistan di bawah misi ISAF yang dipimpin PPAU. Organisasi tersebut telah menjalankan pelbagai peranan tambahan sejak saat itu, termasuk mengirim pelatih, membantu operasi melawan lanun[5] dan pada 2011, menetapkan zon larangan terbang di atas Libya sesuai dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973. Perkara 4 yang memanggil konsultasi antara anggota-anggota NATO, telah digunakan lima kali, yakni dalam insiden Perang Iraq, Perang Saudara Syria dan aneksasi Krimea oleh Rusia.[6]

Senarai negara ahli

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Kremlin tears up arms pact with Nato". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 15 Julai 2007. Dicapai pada 2021-09-30.
  2. ^ "The Conventional Armed Forces in Europe (CFE) Treaty and the Adapted CFE Treaty at a Glance | Arms Control Association". www.armscontrol.org. Dicapai pada 2021-09-30.
  3. ^ Techau, Jan. "The Politics of 2 Percent: NATO and the Security Vacuum in Europe". Carnegie Europe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-30.
  4. ^ "NATO Update: Invocation of Article 5 confirmed – 2 October 2001". www.nato.int. Dicapai pada 2021-09-30.
  5. ^ NATO. "Counter-piracy operations (Archived)". NATO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-30.
  6. ^ NATO. "The consultation process and Article 4". NATO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-30.
  7. ^ Johnson, Simon (2023-04-04). "Explainer: After Finland joins NATO, why is Turkey making Sweden wait?". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-04.
  8. ^ "Notification Reference No. 2024-008" (PDF). United States Department of State. 7 March 2024. Dicapai pada 7 March 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

{{#switch:||Kategori=