Pergi ke kandungan

Natalie (laman web)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Natalie
Maklumat umum
URLnatalie.mu
JenisBerita hiburan
Tersedia dalamJepun
Ditubuhkan1r Februari 2007 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikNatasha, Inc.
Kandungan dan sokongan
IndustriMedia massa Sunting nilai ini di Wikidata
KomersialYa
Dilancarkan pada1 Februari 2007; 17 tahun yang lalu (2007-02-01)
Status terkiniDalam talian
Perangkaan
Kedudukan Alexa6,041 (29 November 2017) Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: music.natalie Twitter: natalie_mu Instagram: music.natalie Youtube: UC2Wss-yUn0b5xTTZ45tQWfA TikTok: music.natalie Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Natalie (ナタリー, Natarī) merupakan laman web berita hiburan Jepun yang memulakan debutnya pada 1 Februari 2007. Ia dikendalikan oleh Natasha, Inc. Laman web ini dinamakan sempena nama sebuah lagu dengan tajuk yang sama oleh Julio Iglesias. Natalie telah menyediakan berita untuk portal-portal dan rangkaian-rangkaian sosial Jepun seperti Mobage Town, GREE, Livedoor, Excite, Mixi,[1] dan Yahoo! Japan. Ia juga berjaya di Twitter, dengan 1,510,000 pengikut setakat Februari 2017, menjadi syarikat media yang ketiga paling ramai diikuti, selepas The Mainichi Shimbun dan The Asahi Shimbun.[1]

Natasha, Inc., sebuah penyedia kandungan, telah ditubuhkan pada Disember 2005,[2] menjadi syarikat terhad pada Februari 2006 dan telah didemutualisasi pada Januari 2007.[2]

Pada 1 Februari 2007, Natasha, Inc. telah membuka laman web beritanya sendiri Natalie,[2] dinamakan sempena lagu "Nathalie" oleh Julio Iglesias.[3] Ia didedikasikan secara eksklusif untuk berita muzik dan dicipta dengan idea mengemaskini tentangnya setiap hari, sesuatu yang suratkhabar tidak boleh buat. Laman web ini juga menawarkan pendaftaran pilihan, yang akan membenarkan pengguna meninggalkan komen di artikel-artikel berita dan mencipta senarai sehingga 30 artis untuk menerima kemaskini tentang mereka.[2]

Natalie berkembang pesat, membuka sub-laman web berita manga, Comic Natalie (コミックナタリー), pada 25 Disember 2008,[4] dan sub-laman web berita pelawak, Owarai Natalie (お笑いナタリー), pada 5 Ogos 2009.[4]

Ia telah membuka kedai barang-barang kebudayaan, Natalie Store (ナタリーストア), pada 1 Ogos 2012, sebuah sub-laman web berita filem, Eiga Natalie (映画ナタリー), pada 23 Mac 2015, dan sub-laman web berita teater, Stage Natalie (ステージナタリー), pada 2 Februari 2016. Mereka juga membuka sub-laman web berita snek, Oyatsu Natalie (おやつナタリー), pada 18 Mei 2011 tetapi ia hanya bertahan untuk sebentar dan telah ditutup pada 31 Ogos pada tahun yang sama.[5]

  1. ^ a b "「情報が早すぎてキモイ!」 "エンタメ系"ニュースサイト「ナタリー」編集部を直撃! « 中の人直撃インタビュー « トレンド:@niftyビジネス" (dalam bahasa Jepun). Nifty. 2010-12-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-16. Dicapai pada 2012-05-12.
  2. ^ a b c d "ナターシャ、音楽情報を軸にしたコミュニティポータル「ナタリー」開設 Venture Now(ベンチャーナウ)News" (dalam bahasa Jepun). Venture Now. 2007-02-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2012-05-12.
  3. ^ "【ITベンチャー社長に聞く!】 ポップカルチャーの通信社を目指す~ナターシャ 大山卓也社長(後編) -INTERNET Watch" (dalam bahasa Jepun). Impress Watch. 2009-09-29. Dicapai pada 2012-05-15.
  4. ^ a b "Natasha, Inc. 株式会社ナターシャ" (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. Dicapai pada 2012-05-12.
  5. ^ おやつナタリー終了のお知らせ (dalam bahasa Jepun). Natalie. 2011-08-18. Dicapai pada 2012-05-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]