Salmah Sheikh Hussein
Ustazah Hajah Salmah Sheikh Hussein | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantian Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan Januari 1975 – April 1982 | |
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 1959–1962 | |
Didahului oleh | Zaharah Othman |
Digantikan oleh | Sakinah Junid |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Hajah Salmah binti Sheikh Hussein merupakan ahli politik wanita Malaysia kelahiran Pulau Pinang dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia. Beliau pernah dilantik menjadi ahli Dewan Negara melalui lantikan Yang di-Pertuan Agong pada era Kerajaan Campuran PAS-BN pada 1975 hingga 1982.
Penglibatan dalam politik
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Salmah telah bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia mewakili PAS sejak 1964.
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
1964 | Parlimen P038 Seberang Utara, Pulau Pinang | Salmah Sheikh Hussein (PAS) | 4,087 | Ahmad Saaid (Perikatan-UMNO) | 15,440 | 11,353 |
Omar Mohamed Yusoff (PRM) | 3,277 | |||||
DUN N22 Muda, Pulau Pinang | Salmah Sheikh Hussein (PAS) | 1,496 | Ismail Che Chik (Perikatan-UMNO) | 5,769 | 4,273 | |
Ayob Mohamed Ali (PRM) | 687 | |||||
Salleh Darus (Bebas) | 453 | |||||
1969 | Parlimen Jitra-Padang Terap | Salmah Sheikh Hussein (PAS) | 11,595 | Fatimah Haji Hashim (Perikatan-UMNO) | 15,145 | 3,550 |
Ahli Dewan Negara
[sunting | sunting sumber]Salmah telah dilantik menjadi ahli Dewan Negara melalui lantikan Yang di-Pertuan Agong pada era Kerajaan Campuran PAS-BN bermula tahun 1975 hingga 1982. Beliau merupakan wanita pertama daripada PAS yang dilantik sebagai Senator. Beliau juga merupakan ahli PAS pertama dilantik sebagai Senator melalui lantikan Yang di-Pertuan Agong.
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Salmah telah terpilih menerima Anugerah Tokoh Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) pada tahun 1990[1] bagi tokoh agama.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai Tokoh Pemenang 1988-1999". Persatuan Melayu Pulau Pinang. Dicapai pada 21 Jun 2020.