Setiausaha Agung NATO
Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara | |
---|---|
Secretary General the North Atlantic Treaty Organization | |
Institusi | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara |
Kediaman | NATO Headquarters (en) |
Tempoh jawatan | 4 tahun (boleh dilanjutkan) |
Penjawat sulung | Hastings Ismay 24 Mac 1952 |
Dibentuk | 1952 |
Tapak web | Office of the Secretary General |
sunting · sunting di Wikidata |
Setiausaha Agung NATO (Perancis: Secrétaire général de l'OTAN ) adalah seorang diplomat antarabangsa yang berkhidmat sebagai ketua kakitangan awam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Setiausaha Agung bertanggungjawab bagi penyelarasan kerja-kerja Perikatan, mengetuai kakitangan antarabangsa NATO, mempengerusikan mesyuarat Majlis Atlantik Utara dan kebanyakan jawatankuasa utama Perikatan, dengan pengecualian yang ketara dari Jawatankuasa Tentera NATO, dan bertindak sebagai jurucakap NATO.[1] Bagaimanapun, Setiausaha Agung tidak mempunyai sebarang peranan memerintah tentera, dan keputusan politik, militari dan strategik terletak pada negara anggota. Bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO dan Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Setiausaha Agung adalah salah seorang pegawai terpenting NATO. Setiausaha Agung terkini ialah Jens Stoltenberg, iaitu mantan Perdana Menteri Norway, yang mengambil alih jawatan pada 1 Oktober 2014.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ NATO Secretary General, NATO
- ^ "Nato names Stoltenberg next chief". BBC. 28 March 2014. Dicapai pada 28 March 2014.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Brosio, Manlio (1969). NATO: Facts and Figures. NATO Information Service.
- Ismay, Hastings (1954). NATO: The First Five Years. NATO.
- Fedder, Edwin (1973). NATO:The Dynamics of the Alliance in the Postwar World. Dodd, Mead & Company. ISBN 0-396-06621-6.
- "Fonds. NATO Secretary General". NATO.