Semera (kawasan negeri)
Kawasan pilihan raya Sarawak | |
---|---|
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi | |
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1968 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1996 |
Kali pertama dipertandingkan | 1969 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1991 |
Demografi | |
Pemilih (1969)[1] | 5,916 |
Semera ialah kawasan negeri di dalam negeri Sarawak, Malaysia.[2] Ia telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak tahun 1969 sehingga 1996 dan mula dipertandingkan pada tahun 1969.[3] Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan Negeri di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri yang terakhir berkhidmat di kawasan negeri Semera ialah Wan Abdul Wahab Wan Sanusi. Beliau mewakili parti Barisan Nasional selepas menang selepas bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak 1991 dengan jumlah undian sebanyak 4,050.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Semera sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Simunjan pada tahun 1969 sehinggalah 1986 bersama dengan kawasan Gedong tetapi ia dimansuhkan dan digantikan dengan Kawasan Parlimen Batang Sadong sehinggalah tahun 1996. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1996. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Sadong Jaya. Nama Semera diambil sebagai nama kawasan tersebut adalah kerana ia merupakan sebuah perkampungan yang besar dan padat jumlah penduduknya pada ketika dahulu.[5]
Kod bagi DUN Semera ialah S13 semasa pilihan raya pertama negeri Sarawak iaitu pada 1969, N13 pada pilihan raya berikutnya iaitu 1974 sehinggalah 1987. Pada pilihan raya negeri 1991, kod DUN Semera telah berubah iaitu kepada N16 kerana terdapat beberapa kawasan pilihan raya yang baharu.[5]
Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Lee Thian Kee @ Mohd Puteh Abdullah telah menang dari Parti Perikatan (PERIKATAN) dan telah menewaskan dua calon lainnya iaitu Wan Aikap Tuanku Esin dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Salleh Zen dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Sebanyak 5,916 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Lee Thiam Kee mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 3,092, Wan Aikap pula mendapat undian sebanyak 1,240 dan paling sedikit ialah Salleh iaitu sebanyak 497 undi.[3]
Pada pilihan raya berikutnya, 1974, Lee Thian Kee menang sekali lagi dengan mendapatkan undian sebanyak 3,337.[6] Tetapi pada pilihan raya 1979, Abang Ahmad Urai dari Barisan Nasional telah merampas kerusi DUN Semera. Pada pilihan raya 1984 sehinggalah 1991, kerusi DUN Semera telah berjaya diambil oleh Wan Abdul Wahab Wan Sanusi.[5][6]
Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Wan Abdul Wahab Wan Sanusi dari parti Barisan Nasional (BN) dan Wan Zainal Abidin bin Wan Senusi dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Semera terletak di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Simunjan di Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak di Dewan Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua, Simunjan. Kerusi DUN Semera dimenangi oleh parti Barisan Nasional.[7]
Sejarah perwakilan
[sunting | sunting sumber]Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Semera | |||
---|---|---|---|
Persidangan | Tahun | Ahli | Parti |
Kawasan DUN diciptakan | |||
ke-8 | 1969-1974 | Lee Thiam Kee | Parti Perikatan |
ke-9 | 1974-1979 | Barisan Nasional | |
ke-10 | 1979-1983 | Abang Ahmad Urai | Barisan Nasional |
ke-11 | 1983-1987 | Wan Abdul Wahab Wan Sanusi | Barisan Nasional |
ke-12 | 1987-1991 | Barisan Nasional | |
ke-13 | 1991-1996 | Barisan Nasional | |
Kawasan DUN dimansuhkan, digantikan dengan Sadong Jaya |
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Wan Wahap @ Wan Abdul Wahab Wan Sanusi | 4,050 | 69.78 | ||
PERMAS | Zamhari Zaini | 1,710 | 29.46 | ||
NEGARA | Ibrahim Jeman | 44 | 0.76 | ||
Jumlah undian sah | 5,804 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 64 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | 4 | ||||
Keluar mengundi | 5,872 | 74.48 | |||
Pemilih berdaftar | 7,884 | ||||
Majoriti | 2,340 | ||||
BN kekal | Peralihan | ||||
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Wan Wahap @ Wan Abdul Wahab Wan Sanusi | 3,614 | 56.53 | ||
PERMAS | Wan Zainal Abidin bin Wan Senusi | 2,779 | 43.47 | ||
Jumlah undian sah | 6,393 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 87 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | 8,453 | ||||
Majoriti | 835 | ||||
BN kekal | Peralihan | ||||
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Wan Wahap @ Wan Abdul Wahab Wan Sanusi | 45.86 | |||
Bebas | Tidak diketahui | ||||
Bebas | Tidak diketahui | ||||
Bebas | Tidak diketahui | ||||
Jumlah undian sah | 100.00 | ||||
Jumlah kertas undi ditolak | |||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | |||||
Majoriti | |||||
BN kekal | Peralihan |
|
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Abang Ahmad Urai | 71.85 | |||
PAJAR | Tidak diketahui | 28.15 | |||
Jumlah undian sah | 100.00 | ||||
Jumlah kertas undi ditolak | |||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | |||||
Majoriti | |||||
BN kekal | Peralihan |
|
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Mohammed Puteh @ Lee Thiam Kee | 3,337 | 64.32 | ||
SNAP | Wan Aikap Tuanku Esin | 1,774 | 30.13 | ||
Bebas | Tidak diketahui | 5.55 | |||
Jumlah undian sah | 100.00 | ||||
Jumlah kertas undi ditolak | 542 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | 6,590 | ||||
Majoriti | 1,563 | ||||
BN ambil alih dari Perikatan | Unjuran | ? | |||
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Mohammed Puteh @ Lee Thiam Kee | 3,092 | 64.03 | ||
SNAP | Wan Aikap Tuanku Esin | 1,240 | 25.68 | ||
SUPP | Salleh Zen | 497 | 10.29 | ||
Jumlah undian sah | 4,829 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 385 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 5,214 | 88.13 | |||
Pemilih berdaftar | 5,916 | ||||
Majoriti | 1,852 | ||||
Kawasan DUN ini baru diciptakan. | |||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "PAS lawan Perikatan di-seluroh Kedah, Barisan chalun2 pilehanraya: Dua belas parti bertanding" [PAS lawan Perikatan dseluruh Kedah, Barisan calon-calon pilihan raya: Dua belas parti bertanding]. Berita Harian. 6 April 1969. m/s. 2. Diperolehi pada 13 Disember 2020.
- ^ "Sarawak now has 56 State constituencies" [Sarawak kini mempunyai 56 kawasan negeri]. klik.com.my (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 1 Februari 1991. Dicapai pada 15 Mac 2014.
- ^ a b c "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
- ^ a b "Keputusan pilihan raya negeri Sarawak 1991". klik.com.my. Berita Minggu. 29 September 1991. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-22. Dicapai pada 20 Februari 2011.
- ^ a b c "Profail Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2021.
- ^ a b Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 183, 185. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
- ^ a b "Laporan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2002. Dicapai pada 13 September 2010.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak". Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-30. Dicapai pada 13 September 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-04-29.