Stesen MRT Phileo Damansara
KG12 Phileo Damansara فيليو دامنسارا | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Stesen MRT | |||||||||||
Nama lain | Cina: '菲利欧白 Tamil: பிலியோ டாமன்சாரா | ||||||||||
Lokasi | Stesen Phileo Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°7′45.43″N 101°38′34.41″E / 3.1292861°N 101.6428917°EKoordinat: 3°7′45.43″N 101°38′34.41″E / 3.1292861°N 101.6428917°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | Rapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T786, T815, T816 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 516 petak tempat letak kereta; 178 petak parkir motosikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KG12 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Phileo Damansara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di utara Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pusat komersial Phileo Damansara yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini. [1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Seksyen 16.[2]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Sprint berhampiran Persimpangan Seksyen 16. Di sebelah tenggara stesen adalah pusat komersial Phileo Damansara (SIBKL, Menara CP, Menara STAR, Hotel Eastin Kuala Lumpur) manakala di sebelah utara stesen adalah Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perumahan Seksyen 16 Petaling Jaya dan pangsapuri mewah Astana Damansara.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2
Aras Platform |
→ Platform 1 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang |
Platform Tengah | |
← Platform 2 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kwasa Damansara | |
L1
Aras legar |
Kedai serbaguna, mesin tiket. pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G
Aras bawah |
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat yang menempatkan 516 petak parkir kereta dan 178 petak parkir motosikal.[4]
Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan T786, T815 dan T816 berkhidmat di stesen ini.
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Phileo Damansara. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan 16/11. Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Pusat Dagangan Phileo Damansara 1 manakala kedudukan Pintu B stesen terletak di utara stesen berdekatan dengan Lebuhraya Sprint dan kawasan meletakkan kenderaan bertingkat.
Stesen Laluan Kajang | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Selatan Jalan 16/11 |
Hentian sebelah untuk bas pengantara, Pusat Dagangan Phileo Damansara, Eastin Hotel, Menara CP, Menara Star |
|
B | Utara Lebuhraya Sprint |
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Park 'N Ride dan Petronas Sprint Highway |
Perkhidmatan & Ketersambungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Phileo Damansara berada di antara stesen Pusat Bandar Damansara dan TTDI di Laluan Kajang. Pada masa hadapan, Bukit Kiara akan menjadi stesen bersebelahan baharu menggantikan Pusat Bandar Damansara. Kekerapan ketibaan kereta api biasanya setiap 8 minit, tetapi mungkin berbeza antara 4 dan 10 minit.
Kertersambungan
[sunting | sunting sumber]Ketika perkhidmatan MRT Laluan Kajang mula beroperasi, dua perkhidmatan bas pengantara juga mula beroperasi, menghubungkan stesen Phileo Damansara dengan beberapa kawasan perumahan di bahagian utara Petaling Jaya (selatan dan barat stesen) dan Universiti Malaya. Bas pengantara ini beroperasi dari pintu masuk A. Kekerapan bas ini berbeza dari semasa ke semasa, tetapi secara purata setiap 15 hingga 20 minit.
Laluan | Dari | Desitinasi | Melalui | Sambungan ke | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
T815 | KG12 Phileo Damansara
Pintu A |
Universiti Malaya | Lebuhraya Sprint
Jalan 17/1 Jalan Universiti Lingkungan Budi |
Laluan ini bersilangan dengan laluan bas T789 ke KJ19 LRT Universiti | [5] |
T816 | KG12 Phileo Damansara
Pintu A |
SS2,
Petaling Jaya |
Lebuhraya Sprint
LebuhrayaDamansara Puchong Jalan SS 2/75 Jalan 19/8 Jalan Universiti Jalan 17/2 Jalan 17/13 Jalan 17/22 Jalan Dato' Abu Bakar (16/1) |
[6] |
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Kereta api MRT menghampir platform stesen MRT Phileo Damansara.
-
Penumpang keluar daripada sebuah kereta api di platform stesen.
-
Permandangan platform.
-
Tren arah Sungai Buloh menghampiri stesen pada waktu petang.
-
Bahagian kawasan berbayar di aras legar stesen.
-
Bahagian kawasan tidak berbayar dan pintu berbayar di aras legar stesen.
-
Jambatan pejalan kaki merentasi Lebuhraya SPRINT ke Pintu A stesen.
-
Permandangan jambatan pejalan kaki di antara stesen MRT dengan Pintu A stesen.
-
Permandangan jambatan pejalan kaki di antara pintu A dan stesen.
-
Pintu B stesen.
-
Permandangan pintu B stesen, dengan bangunan parkir kereta bertingkat di sebelah kiri.
-
Bangunan parkir kereta bertingkat stesen MRT Phileo Damansara.
-
Papan tanda elektronik menunjukkan kekosongan parkir kereta di pintu masuk bangunan parkir kereta bertingkat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Phileo Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — MSPR Phileo Damansara". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk". myrapidbus.prasarana.com.my. Dicapai pada 2024-02-08.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk". myrapidbus.prasarana.com.my. Dicapai pada 2024-02-08.
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan nama dalam markup
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan pautan atau gambar dalam nama
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan gambar dalam jenis
- Tunas kereta api
- Laluan Sungai Buloh-Kajang
- Stesen RapidKL
- Penubuhan 2016 di Malaysia
- Stesen kereta api dibuka pada tahun 2016