Pergi ke kandungan

Stoma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stoma pada daun tomato melalui imej mikroskop elektron pengimbas yang diwarnakan.

Dalam botani, stoma (daripada perkataan Yunani, στόμα, "mulut"),[1] merupakan suatu liang di epidermis daun, batang atau organ-organ tumbuhan yang lain yang membenarkan pertukaran gas. Liang ini dikawal oleh sel-sel parenkima khusus iaitu sel pengawal yang mengawal saiz bukaan liang stoma.

Udara memasuki tumbuhan melalui bukaan-bukaan ini melalui resapan gas. Gas ini terdiri daripada karbon dioksida dan oksigen yang digunakan dalam fotosintesis dan respirasi. Oksigen yang dihasilkan sebagai hasil sampingan fotosintesis keluar melalui liang-liang yang sama. Wap air pula keluar melalui liang-liang stoma ke persekitaran dalam proses yang dipanggil sebagai transpirasi.

Saiz stoma berbeza mengikut spesis, dengan panjang stoma biasanya antara 10 ke 80 µm dan lebar antara beberapa hingga 50 µm.[2] stoma akan terbuka pada waktu siang dan tertutup pada waktu malam.


  1. ^ στόμα. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
  2. ^ Fricker, M.; Willmer, C. (2012). Stomata. Springer Netherlands. m/s. 18. ISBN 978-94-011-0579-8. Dicapai pada 15 June 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Stoma di Wikimedia Commons

{{#switch:||Kategori=