Pergi ke kandungan

Popeye

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Popeye (Thimble Theatre)
PengarangE. C. Segar (pencipta, 1919–1937, 1938)
Doc Winner (1937, 1938)
Tom Sims & Bela Zaboly (1938–1955)
Ralph Stein & Bela Zaboly (1955–1959)
Bud Sagendorf (1959–1994)
Bobby London (1986–1992)
Hy Eisman (1994–kini)
Laman webwww.popeye.com
Status terkini/jadualStrip baru setiap Ahad, cetak semula Isnin hingga Sabtu
Tarikh dilancarkan19 Disember 1919
Tarikh berakhir30 Julai 1994 (tarikh komik terakhir, strip Ahad masih diteruskan)
SindiketKing Features Syndicate
PenerbitKing Features Syndicate
GenreHumor, pengembaraan
Popeye the Sailor Meets Sindbad the Sailor

Popeye Si Kelas (Inggeris: Popeye the Sailor) ialah seorang perwira cereka yang terkenal kerana muncul dalam bahan komik dan filem dan rancangan televisyen animasi. Popeye dicipta oleh Elzie Crisler Segar,[1] dan muncul buat julung kali dalam komik harian King Features Thimble Theatre pada 17 Januari 1929. Popeye menjadi tajuk komik strip ini juga pada masa ini.

Walaupun komik Thimble Theatre yang mula-mula dicetak pada 19 Disember 1919 sudah mencecah usia 10 tahun ketika Popeye muncul buat kali pertama, dengan cepatnya watak pelaut ini menjadi tumpuan utama yang menjulang Thimble Theatre di kalangan harta King Features paling terkemuka pada 1930-an. Setelah Segar meninggal dunia pada 1938, Thimble Theatre disinambungkan oleh ramai penulis dan penulis, khususnya pembantu Segar iaitu Bud Sagendorf. Komik yang kini bertajuk Popeye masih mengeluarkan siri siaran pertamanya dalam edisi Ahad, digarap oleh Hy Eisman. Strip harian pula ialah cetakan semula kisah-kisah garapan Sagendorf yang lama.

Pada tahun 1933, Fleischer Studios milik Max dan Dave Fleischer mengadaptasi watak-watak Thimble Theatre ke dalam siri filem kartun ringkas berjudul Popeye the Sailor untuk Paramount Pictures. Kartun-kartun ini terbukti antara yang mendapat sambutan terhangat pada 1930-an, mendorong adik-beradik Fleischers, dan kemudian Famous Studios milik Paramount sendiri, untuk meneruskan penerbitannya sehingga tahun 1957. Kartun-kartun klasik ini dimiliki oleh Turner Entertainment, sebuah anak syarikat Time Warner.

Selama beberapa tahun seterusnya, Popeye juga muncul dalam buku komik, kartun televisyen, permainan arked dan video, beratus-ratus iklan dan barang dagangan, dan sebuah filem lakonan hidup keluaran tahun 1980, arahan Robert Altman yang dibintangi oleh pelawak Robin Williams sebagai Popeye.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]