Pergi ke kandungan

Padang Serai, Kulim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh). Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai juga merupakan bandar sedang membangun di Selatan Kedah Darul Aman. Terdapat banyak perumahan lama dan baru disini merangkumi hampir 10,000 unit perumahan.

Terdapat juga sebuah Hotel bernama D'Keriangan yang menyediakan kemudahan penginapan.

Kedudukan

[sunting | sunting sumber]

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.[1]

Terdapat beberapa buah sekolah yang terdapat di Padang Serai. Sekolah-sekolah berkenaan terbahagi kepada sekolah rendah kebangsaan SK, sekolah rendah jenis kebangsaan cina SJK (C), sekolah rendah jenis kebangsaan tamil SJK (T) dan sekolah menengah. Sekolah rendah kebangsaan terdiri dari, SK Pantai Prai, SK Sidam Kiri, SK Bukit Selarong, Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik, Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Shang Cheng, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Selarong, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Henrietta, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Padang Meiha dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Victoria. Sekolah menengah kebangsaan terdiri dari, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai.

Taman perumahan

[sunting | sunting sumber]

Taman Melati

Taman Melati merupakan salah satu taman yang tertua di Padang Serai. Taman ini terletak bersebelahan Teluk Banu yg sebelum ini dinamakan Teluk Binu. Kawasan Taman Melati ini dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Bunga Melati adalah sinonim dengan orang melayu lama. Orang melayu lama, menggunakan nama Melati kepada anak perempuan mereka sejak turun-temurun.Bunga Melati tumbuh diatas pokok yang diberi nama Jasmium Officinal. Dengan Kelopaknya yang putih dan bersih.Taman Melati mengambil nama sempana bunga Melati berikutan tamannya yang bersih dan cantik.


Taman Melati
Taman Ria
Taman Serai Setia
Taman Mahsuri
Taman Berkat
Taman Melor
Taman Damai
Taman Lagenda
Taman Bunga Raya
Taman Serai Wangi Fasa 1
Taman Serai Wangi Fasa 2
Taman Serai Wangi Fasa 3
Taman Serai Wangi Fasa 4
Taman Raya Indah
Taman Puteri
[1]

Antara kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Kampung Guar Lobak,Sidam Kanan,Sidam Kiri,Gajah Merangkak,Lesung Tujuh,Tanjong Belit,Ekor Kucing,Terat Batu,Teluk Binu,Paya Ketiau,Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil yang dikelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi.Ladang-ladang sawit yang terdapat di Padang Serai ialah Ladang Henrietta dan Ladang Victoria

Pemandangan Padang Serai

[sunting | sunting sumber]

Padang Serai mempunyai pemandangan yang indah dari udara. Kawasan pekan Padang Serai yang bersebelahan dengan jelapang sawah padi dan pokok-pokok sawit mengambarkan bertapa kawasan ini dahulunya ialah salah sebuah pusat ekonomi.

Tonton di You Tube : Adventure | Padang Serai Viewer