Pergi ke kandungan

Parit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parit

Parit adalah sebuah jenis penggalian atau tekanan di tanah yang umumnya lebih dalam berbanding lebarnya (berlawanan dengan lombong yang lebih lebar, atau selokan), dan sempit dibandingkan dengan panjangnya (berlawanan dengan lubang sederhana).[1]

Dalam geologi, parit tercipta akibat hakisan dari sungai atau gerakan geologi dari plat tektonik. Dalam bidang kejuruteraan awam, parit sering kali diciptakan untuk memasang infrastruktur atau peralatan bawah tanah (seperti saluran-saluran gas dan air, atau kabel telefon) atau kemudian untuk mengakses pemasangan tersebut. Parit juga sering dipakai untuk tujuan pertahanan ketenteraan. Dalam bidang arkeologi, "kaedah parit" atau "metode parit" (trench method) dipakai untuk mencari dan menggali sebarang runtuhan kuno atau menggali strata material termendap. pengalian setiap parit yang dianggarkan selebar 3 meter dan kedalaman hanya 1 hingga 2 meter. parit ada dua jenis iaitu parit takung dan parit buangan..

  1. ^ Code of Federal Regulations, Title 29, Volume 8, Page 374 (Code revised as of July 1, 2003, via Compliance Magazine's website) Diarkibkan Jun 2, 2007, di Wayback Machine

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]