Pergi ke kandungan

Pegas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pegas lazim dipakai dalam ujikaji sains

Pegas[1] atau juga spring[2] (pinjaman bahasa Inggeris) merupakan sejenis objek daripada jalur logam seperti besi waja yang dibentuk menggelung-gelung dan berpilin serta menganjal saat ditekan.[1][2] Objek ini bertujuan menyimpan tenaga mekanikal yang disalurkan hasil tekanan terhadap mampatan atau regangan padanya.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Pegas jenis konvensional tanpa sebarang ciri kekakuan dibolehubah saat ditekan atau ditarik dari posisi bebasnya akan menggunakan gaya yang berlawanan kira-kira sebanding dengan perubahan panjangnya (perkiraan ini akan bebeda pada pesongan yang lebih besar). Laju pegas atau malaran pegas adalah perubahan gaya yang diberikannya, dibahagi dengan perubahan pesongan pegas lalu menunjukkan gradien gaya yang menaik melawan lengkungan pesongan.

Tahap peregangan ataupun pemampatan yang dikenakan pada sesuatu pegas dinyatakan dalam unit daya yang dibahagikan dengan perbezaan jarak dari bentuk awal pegaskepada bentuk akhirnya, misalnya N/m (atau lbf/in dalam sistem unit imperial). Sebuah pegas yang bertort mempunyai sifat yang bekerja pada putaran; pemusingan pegas tersebut sekitar porosnya dengan sudut tertentu akan menghasilkan tort yang sebanding dengan sudut. Tahap pegas tort adalah dalam unit tort dibahagi dengan sudut, seperti N·m/rad atau N·m/darjah atau ft·lbf/darjah.

Sifat yang berlawanan tahap pemampatan pegas adalah kepatuhan, iaitu: jika pegas memiliki tahap 10 N / mm, ia memiliki kepatuhan 0.1 mm / N. Kekakuan (atau tahap) pegas secara paralel adalah aditif, seperti kepatuhan pegas secara seri.

Pegas boleh dikelaskan mengikut ciri tersendiri setelah daya dikenakan kepada komponen sebegini:

  • pegas regangan (tension/extension spring) - memanjang sebaik dikenakan daya
  • pegas mampatan (compression spring) - memendek sebaik didayakan
  • pegas tort (torsion spring) (bahasa Inggeris: torsion spring). Pegas jenis ini dibentuk dari batang besi waja yang mampu menganjal terhadap sebarang daya tort.
  • pegas malar (constant spring) - daya disokong kekal saat dipesong[3]
  • pegas pemboleh ubah (variable spring) – rintangan pegas berbeza-beza pada setiap bahagian semasa dimampat[4]

Berdasarkan bentuk, pegas dibagi dalam:

  1. Pegas ulir yang dibuat dari batang baja dan memiliki bentuk spiral.
  2. Pegas daun dibuat dari bilah baja yang bengkok dan lentur.
  3. Pegas yang dibentuk dengan mesin (Machined spring[5])

Ia merupakan bahagian utama dalam penyematan barang tertentu kepada sekelilingnya agar tidak mudah dilepaskan mahupun ditarik longgarkan, seperti kunci mangga, jam tangan, ataupun barangan kemas yang dipakaikan pada mana-mana tulang empat kerat.

Komponen ini ditemukan pada sistem gantungan kenderaan tertentu seperti kereta dan motosikal untuk menyerap kejutan hasil hentakan atau tolakan kuat berikutan setuhan kenderaan antara permukaan jalan dengan getaran roda agar hentakan sebegini tidak mengena badan kenderaan secara langsung. Selain itu, pegas juga berguna untuk menambah daya cengkaman tayar terhadap permukaan jalan. Penerapan bahan ini dalam tilam juga bertujuan sama menyokong berat badan pengguna yang berada di atasnya semasa tidur atau berbaring.

Ia turut digunapakai dalam kelengkapan tertentu untuk tujuan riadah di mana ciri keanjalannya mampu melantunkan pengguna sepertimana yang dikehendaki seperti trampolin atau kayu pogo.

  1. ^ a b "'pegas' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 Januari 2017.
  2. ^ a b "'spring' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  3. ^ Constant Springs Piping Technology and Products, (retrieved March 2012)
  4. ^ Variable Spring Supports Piping Technology and Products, (retrieved March 2012)
  5. ^ spring making machine spring machine, (retrieved December 2020)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.