Pergi ke kandungan

Pelancongan di Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Ampat di Papua Barat

Pelancongan di Indonesia adalah komponen penting ekonomi Indonesia serta sumber penting hasil pertukaran asingnya. Indonesia diselenggarakan pada kedudukan ke-20 dalam Industri pelancongan dunia pada 2017, juga disenaraikan sebagai sektor pelancongan kesembilan paling pesat berkembang di dunia, ketiga paling pesat berkembang di Asia dan paling pesat berkembang di Asia Tenggara.[1] Pada 2018, Denpasar, Jakarta dan Batam adalah antara 10 bandar di dunia dengan pertumbuhan terpantas dalam pelancongan, masing-masing 32.7, 29.2 dan 23.3 peratus.[2] Sektor pelancongan menduduki tempat ke-4 terbesar dalam kalangan sektor eksport barangan dan perkhidmatan.[3]

Indonesia memiliki budaya yang kaya dan berwarna-warni, seperti persembahan tarian Barong di Bali.

Tempat-tempat pelancongan di Indonesia.

Jakarta yang merupakan ibu negeri Indonesia telah menempatkan Monumen Nasional (Monas) yang mana dipuncaknya bertakhtakan emas murni. Monumen tersebut dibangunkan pada masa pemerintahan Sukarno. Selain itu, pusat perbelanjaan terkemuka seperti Tanah Abang, ITC Mangga Dua, Pasar Baru, Grand Indonesia Shopping Center, Mall of Indonesia Kelapa Gading, Senayan City, Plaza Senayan, Pondok Indah Mall 1-2, juga terdapat di sini. Untuk kehidupan Night Life yang penuh dengan Bar dan Kelab Malam bertempat di kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Pelancongan keluarga bisa pergi ke Taman Mini Indonesia Indah "TMII", Ancol, Kota Tua Sunda Kelapa, dan masih banyak lagi. Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara berdekatan dengan Monas. PRJ (Pekan Raya Jakarta) Kemayoran merupakan salah satu tujuan pelancongan yang memperlihatkan budaya Betawi sebagai budaya asli daripada bandar Jakarta, dan ini biasa diadakan pada pertengahan tahun. Pada malam hari, sepanjang Jalan Mangga Besar di kawasan Jakarta Barat merupakan jalan yang penuh dengan masakan dan makanan, anda bisa datang ke sini menggunakan TransJakarta Busway dan berjalan kaki dari perhentian bas Transjakarta Mangga Besar, kawasan ini seperti Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Yogyakarta

[sunting | sunting sumber]

Yogyakarta lebih dikenal sebagai kota pelajar. Banyak para mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke kota ini. Universiti Gajah Mada merupakan universiti terpopular di Indonesia dengan kualiti yang terbaik. Anda juga boleh mengunjungi Keraton Yogyakarta, Keraton bererti 'Istana Diraja'. Jangan lupa, anda juga mesti berkunjung ke Jalan Malioboro. Anda boleh makan sepuasnya di sepanjang jalan ini (akan tetapi ini tidak percuma).

Muzium Keraton Yogyakarta

[sunting | sunting sumber]

Keraton memiliki beberapa muzium yang dikenal dengan sebutan Muzium Keraton Yogyakarta. Bertempat di dalam Kompleks Keraton, menyimpan berbagai benda yang pernah digunakan oleh Sri Sultan Hamengku Buwono IX, dan termasuk juga dengan berbagai perlengkapan fotografi.

Keraton Yogyakarta

[sunting | sunting sumber]

Keraton Yogyakarta (Istana Sultan) dibangun sekitar tahun 1756 hingga 1790 oleh Sri Sultan Hamengku Buwono I. Keraton merupakan sebuah contoh seni bina istana Jawa tradisional dan dirancang dengan sangat teliti untuk membentuk model kosmos budaya Jawa. Keraton juga masih merupaka tempat tinggal Sultan serta merupakan pusat budaya dan seni Jawa tradisional.

Istana Pakualam

[sunting | sunting sumber]

Selain Keraton Yogyakarta, terdapat juga sebuah istana lain yang dinamakan Puro Pakualam. Saat ini, istana ini berfungsi sebagai tempat untuk menjamu tetamu negara yang berkunjung ke Yogyakarta.

Muzium Wayang

[sunting | sunting sumber]

Dimaksudkan untuk melestarikan wayang dari segala jenis tradisi pagelaran wayang Jawa. Jenis wayang yang digelar disini ialah: Wayang Purwo, Wayang Wadhyo, Wayang Thengul, Wayang Kithik dan Wayang Beber. Selain wayang, juga ada beberapa koleksi topeng yang dipamirkan. Muzium Wayang ini terletak di Jalan Wonosari, sekitar 7 kilometer daripada Pusat Kota Yogyakarta.

Monumen Yogya Kembali

[sunting | sunting sumber]

Monumen ini terletak di Jalan Lingkar utara, Desa Sariharjo, Ngaglik, Sleman. Monumen ini dikelola oleh Yayasan Para Pejuang 1945 – 1950. Di monumen ini, ditampilkan berbagai rakaman, foto dokumentasi peristiwa perjuangan, berbagai jenis senjata serta benda-benda yang menggambarkan proses perjuangan Bangsa Indonesia selama 1945 – 1950.

Magelang terletak di Jawa Tengah Indonesia. Kota ini terletak 42 km di sebelah utara Yogyakarta. Anda boleh mengunjungi Candi Borobudur, salah satu lokasi pelancongan yang tidak boleh anda tinggalkan. Candi ini termasuk dalam UNESCO World Cultural Heritage dan merupakan Tokong Buddha terbesar di dunia. Terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Yogyakarta.

Bandung, Jawa Barat

[sunting | sunting sumber]

Ada banyak tempat pelancongan di Bandung. Bandung tidak lepas daripada peta perjalanan sejarah Indonesia. Di Bandunglah tempat terjadinya Konferensi Asia Afrika (KAA) pada tahun 1955. Banyak gedung-gedung sejarah yang boleh ditemui di Bandung. Salah satunya, Gedung Merdeka terletak di Jalan Asia Afrika. Ada pula Gedung Swarha Islamic, dulunya gedung ini dijadikan markas para wartawan manca negara yang bertugas untuk meliput berjalannya Konferensi Asia Afrika. Selain itu masih banyak lagi gedung-gedung bersejarah lainnya yang ada di kota Bandung seperti Muzium Asia Afrika. Kota Bandung juga memiliki daerah yang menjadi kebanggan nasional, seperti Institut Teknologi Bandung (ITB) serta Daarut Tauhid milik seorang Kyai KH Abdullah Gymnastiar (A’a Gym), seorang pemuka agama Islam. Bandung sangat terkenal dengan keramahtamahan masyarakatnya. Suku bangsa yang ada di Bandung ialah suku Sunda.

Ngarai Sianok di Bukittinggi, Sumatera Barat

Kembaran daripada Pulau Pinang, Malaysia, kota ini merupakan kota keempat terbesar di Indonesia. Anda boleh mengunjungi Kesawan Square, Bukit Lawang, Istana Maimun, Berastagi yang bercuaca dingin dan sangat terkenal dengan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, selain itu bagi penggemar aktiviti perkhemahan, mereka boleh menikmati keindahan Danau Lau Kawar yang memang sesuai untuk kegiatan perkhemahan dan juga meredah hutan. Sekitar 20 km dari kota Medan anda boleh mengunjungi tempat rehabilitasi orang utan di Bahorok yang juga merupakan tempat sesuai untuk kegiatan pecinta alam, dimana hutannya masih cukup tebal. Danau Toba merupakan destinasi kunjungan utama pelancong apabila tiba di Medan dan Sumatera Utara. Anda akan senang dengan suasana kota Medan yang gemerlapan di kala malam hari tiba.

Sumatera Barat

[sunting | sunting sumber]

Pelancongan yang berbeza daripada lainnya kerana di Sumatra barat anda boleh menikmati pelbagai hal ihwal Minangkabau. Ia memiliki tempat pelancongan seperti Istana Basa Pagaruyuang, Jam Gadang, Lubang Jepun, Danau Singkarak, Danau Maninjau, Kepulauan Mentawai, Taman Bukit Lawang, dan sebagainya.

Tak lengkap dirasa apabila anda berkunjung ke Indonesia, akan tetapi tidak melancong ke Bali. Bali ialah pusat pelancongan Indonesia yang paling ternama didunia. Anda boleh berkunjung ke Pantai Kuta yang banyak dikunjungi oleh para pelancong dari negara luar ("Orang putih"). Anda boleh meluncur di pantainya yang asri dan indah, bahkan melebihi keindahan pantai yang ada di negara Thailand. Terdapat juga berbagai cenderamata atau aksesori yang boleh dibeli dengan harga yang murah. Di Bali kawasan ramai pelancong ialah Kuta, Ubud, dan Uluwatu.

Pura Taman Ayun

[sunting | sunting sumber]

Daya tarik utamanya adalah pura dan kolam yang mengelilingi kawasan pura. Kolam di sini memiliki lebar hampir 10 meter. Menurut cerita, kolam ini dulu berguna untuk menghalangi musuh yang ingin masuk pada zaman kerajaan.

Tempat nombor satu di Bali. Segala sesuatu yang berkaitan dengan seni atau berkaitan seni walaupun sedikit, pasti berasal dari sini. Masyarakatnya mempunyai budaya sekaligus tradisi untuk menghasilkan karya seni, termasuk lukisan, patung, aksesori dan hiasan rumah.

Yang paling diminati para pelancong, baik dari dalam mahupun luar negara, biasanya berupa barang kerajinan perak. Di Giar, kerajinan perak Celup dan lukisan Ubud memang ketara. Jika orang dewasa mencari lukisan, anak-anak pula mencari cincin atau gelang perak. Kualitinya juga bagus. Pengerajin perak di sini kebanyakannya sudah open membuka toko sejak zaman Belanda, manakala senimannya sudah mulai melukis mulai dari usia 7 tahun.

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Ada masih banyak tempat pelancongan yang ada di Indonesia. Mulai dari Sabang (Aceh) hingga ke Merauke (Papua). Anda boleh menanyakannya ke Kedutaaan Besar Negara Kesatuan Republik Indonesia di Kuala Lumpur atau boleh juga menanyakannya ke Konsulat Diraja Indonesia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Indonesian tourism set to beat Thailand in 5 years". The Jakarta Post.
  2. ^ Alexander, Hilda (26 September 2019). "Denpasar, Jakarta, dan Batam, Top Ten Pertumbuhan Turis Terbesar Dunia".
  3. ^ Hasanudin, Muhammad (5 September 2013). "Devisa Pariwisata 2013 Ditargetkan 10 Miliar Dollar AS" (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Kompas.com. Dicapai pada 24 Disember 2013.