Pengeboman Metro Moscow 2010
Pengeboman Metro Moscow 2010 | |
---|---|
Lokasi | Moscow, Rusia |
Koordinat | 55°45′33″N 37°37′38″E / 55.7593°N 37.6273°E |
Tarikh | 29 Mac 2010 7:56/7:57 MSD 8:37/8:39 MSD (UTC+4) |
Sasaran | Metro Moscow |
Jenis serangan | Pengeboman berani mati |
Senjata | Letupan Hexogen[1] |
Kematian | Jumlah 40[2] Stesen Lubyanka: 25 Stesen Park Kultury: 13 |
Tercedera | 102 (88 dirawat di hospital)[2] |
Pelaku | Caucasus Emirate |
Bil. pelaku | 2 wanita |
sunting · sunting di Wikidata |
Pengeboman Metro Moscow 2010 merupakan pengeboman berani mati yang dilakukan dua wanita ketika waktu sibuk pagi 29 Mac 2010, di dua stesen Metro Moscow (Lubyanka dan Park Kultury), dengan jarah 40 minit di antara keduanya.[3] Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 100 lagi cedera.[2]
Siasatan awal mendapati bahawa pengeboman ini didalangi oleh pejuang pemisahan Chechnya.[4] Para pegawai Rusia menyifatkan kejadian ini sebagai "serangan pengganas yang paling mengancam dan tercanggih di ibu kota Rusia dalam masa enam tahun",[5] iaitu menyentuh peristiwa pengeboman di Avtozavodskaya dan Rizhskaya pada tahun 2004.
Pada 31 Mac, pemimpin pemberontak Chechen Doku Umarov mengaku bertanggungjawab kerana mengarahkan serangan itu sendiri dalam kenyataan video di Internet. Katanya, serangan di Rusia bakal berterusan.[6]
Kira-kira 48 jam selepas pengeboman Metro Moscow, berlakunya dua lagi pengeboman berani mati di Republik Caucasus Dagestan yang meragut nyawa ketua polis bandar orang ramai. Russia mendakwa ada kaitan antara kedua-dua peristiwa pengeboman di Moscow dan Dagestan.[7]
Kejadian
[sunting | sunting sumber]Letupan pertama berlaku di stesen Lubyanka kira-kira 7:56 pagi waktu tempatan (3:56 pagi UTC), diikuti letupan kedua di Stesen Park Kultury kira-kira 8:38 pagi. Keadaan huru-hara dan rempuh-merempuh berlaku di kedua-dua stesen di mana para penumpang cuba untuk melarikan diri.[4]
Kejadian letupan tersebut dipercayai merupakan pengeboman berani mati yang dilakukan oleh dua orang wanita yang memakai tali pinggang letupan, agaknya menggunakan peranti peletupan yang terpasang dalam telefon bimbit lalu dihidupkan oleh panggilan diri.[8] Waktu serangan adalah serentak dengan muatan penumpang maksimum sistem pengangkutan bawah tanah pada waktu sibuk pagi hari bekerja. Saksi-saksi memberi keterangan bahawa ada penumpang terselamat yang cedera parah sehingga melumur-lumur darah pada lantai dan dinding sehingga mendapat penjagaan doktor.[9]
Alexander Bortnikov, ketua FSB, berkata siasatan pihaknya menuju kepada "puak pengganas yang berhubungan dengan Caucasus Utara".[10]
Kesan
[sunting | sunting sumber]Kira-kira 11:00 pagi waktu tempatan, satu operasi khas dilancarkan untuk meronda-ronda semua stesen bawah tanah untuk mencari-cari pembayang yang ada untuk menjejak siapa di sebalik pengeboman ini. Briged kawalan pasport yang terdiri daripada militia setempat juga diaturkan ke setiap stesen Aliran Sokolnicheskaya.[11]
Menteri Dalam Negeri Rusia, Rashid Nurgaliyev berkata tahap keselamatan sedang dipertingkatkan di seluruh negara, "khususnya di bandaraya yang bersistem metro."[12] Selasa, 30 Mac diumumkan sebagai Hari Perkabungan seluruh negara.[13]
Perdana Menteri Vladimir Putin mengeluarkan dekri yang mengarahkan peruntukan 300,000 ruble (kira-kira AS$11,000) dari Tabung Simpanan sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa korban pengeboman, tambah 18,000 ruble untuk perbelanjaan pengebumian, dan 50,000–100,000 ruble kepada yang tercedera dalam pengeboman, mengikut keparahan kecederaan setiap mangsa.[14][15]
Mangsa
[sunting | sunting sumber]Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban dalam kedua-dua letupan ini,[2] termasuk 25 orang dalam letupan stesen Lubyanka, 13 dalam letupan Park Kultury, dan dua lagi dalam rempuhan yang berlaku di kedua-dua stesen selepas letupan, diikuti seorang lagi wanita yang meninggal akibat kecederaannya pada 30 Mac. Lebih 100 penumpang lain mengalami kecederaan ringan atau parah.[4][8]
Kewarganegaraan mangsa pengeboman diberi seperti berikut:[16]
Warganegara | Mati | Cedera |
---|---|---|
Rusia | 33 | 86 |
Tajikistan | 2 | - |
Ukraine | 1 | – |
Malaysia | - | 1 |
Filipina | - | 1 |
tidak diketahui | 4 | - |
Jumlah | 40 | 85 |
Siasatan
[sunting | sunting sumber]Mengikut agensi berita Interfax yang memetik sumber pihak penguatkuasa undang-undang, kamera pengawasan merakam dua orang wanita berusia antara 18 dan 20 tahun, menaiki tren metro di stesen Yugo-Zapadnaya. Polis sedang mengejar dua orang wanita lain yang berwajah Slavik dan kelihatan menggembala pengebom tersebut ke dalam stesen. Keempat-empat mereka tidak menutup muka.[17] Para pegawai berasa bahawa pemberontak Muslim dari rantau Caucasus Utara yang bergolak dan merangkumi negeri Chechnya, mendalangi serangan ini[4][18][3], nyata ada hubungan dengan pejuang Islamiah[19][20].
Jawatankuasa Penyiasatan melancarkan penyiasatan jenayah mengikut Perkara 205 Kod Jenayah Rusia ("tindakan pengganas").[21]
Dalang
[sunting | sunting sumber]Dua orang wanita dipercayai telah menyebabkan letupan dalam dua serangan berani mati berturut-turut. Khidmat keselamatan Rusia, FSB menyangka bahawa "janda hitam" berketurunan Chechen yang ditemui mayat mereka mungkin merupakan isteri kepada pemberontak Caucasus Utara yang lama terkorban.[22] Muka mereka tidak terjejas dalam serangan itu. Serangan pertama dilakukan dengan daya trinitrotoluena (TNT) seberat 4 kg, manakala serangan kedua dilancarkan oleh wanita berambut gelap dengan TNT 2 kg yang diikat keliling pinggang. Kedua-dua bomnya diisi nat dan bol logam untuk mendahsyatkan lagi letupan.[23][24] Laporan yang belum disahkan menunjukkan bahawa dalang-dalangnya hendak membawa letupan mereka ke bangunan Kementerian Pertahanan Rusia di Jalan Arbat.[13] Pihak penguatkuasa undang-undang juga berspekulasi bahawa mereka tersilap stesen lalu terlepas salah satu sasaran asal mereka, iaitu stesen Oktyabrskaya. Mereka mendakwa bahawa rancangan serangan menjangka letupan di stesen Lubyanka yang terletak bersebelahan dengan ibu pejabat pusat FSB diikuti letupan di Oktyabrskaya yang dekat dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.[25]
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Berikutan serangan itu, Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Perdana Menteri Vladimir Putin mengecam perbuatan pengeboman itu lalu menyeru agar kelompok-kelompok pengganas terus diburu habis-habisan. Tambahan pula, Ramzan Kadyrov, Presiden Republik Chechen juga cepat mengecam serangan itu. Serangan ini turut dikecam oleh ketua-ketua dari tiga lembaga keagamaan terbesar di Rusia yang turut menuntut keadilan. Bapa Ortodoks Rusia Kirill dari Moscow dan Seluruh Rusia menyeru perpaduan, manakala Majlis Mufti Rusia berkata "tindakan pelampau dan pengganas tiada asasnya dalam Kitab Suci al-Qur'an," serta "pengganas tidak boleh menjadi Muslim dan Muslim tidak boleh menjadi pengganas."[26] Ketua rabai Rusia, Berel Lazar, berkata beliau yakin bahawa dalang di sebalik serangan pengganas akan dihukum dengan setimpal.[26]
Serangan ini juga mencetuskan kecaman dan ucapan takziah dari berbilang kerajaan dan ketua negara, termasuk Abkhazia,[27] Argentina, [28] Armenia,[29] Azerbaijan,[30] Belarus,[30] Bulgaria,[30] Kanada,[31] China,[32] Colombia,[33] the Republik Czech,[30] Estonia,[30] Perancis,[30] Georgia,[30] Jerman,[34] India,[35] Mexico, [36] Israel,[37] Latvia,[30] Lithuania,[38] Poland,[30] Serbia,[39][24][40] Tajikistan,[30] Ukraine,[38] United Kingdom,[41] dan Amerika Syarikat.[42][43]
Perhimpunan Kebangsaan Serbia bersenyap untuk seketika,[44] sementara Datuk Bandar Belgrade, Dragan Đilas, menyampaikan ucapan takziah kepada Yury Luzhkov, Datuk Bandar Moscow.[45]
Tahap keselamatan dan kehadiran polis di sistem pengangkutan bawah tanah dipertingkatkan di Bandaraya New York.[46]
Lebih-lebih lagi, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan yang mengecam serangan tersebut serta meluahkan rasa simpati kepada mangsa dan juga kerajaan Rusia[47], manakala Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon mengecam tindakan pengeboman itu dengan luahan rasa "yakin bahawa pihak berkuasa Rusia akan mengheret dalang-dalang serangan pengganas yang sungguh kejam itu ke muka pengadilan." Ban turut mengucapkan takziah kepada para mangsa, sanak-saudara mereka, dan seluruh rakyat Rusia.[47] Setiausaha Agung NATO Anders Fogh Rasmussen dan Ketua Suruhanjaya Eropah José Manuel Barroso turut mengecam serangan itu, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, serta menyuarakan komitmen NATO dan Kesatuan Eropah untuk bekerjasama bersama Rusia untuk membanteras kegiatan pengganas antarabangsa.[30][48]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pengeboman Metro Moscow 2010 |
- Senarai kejadian pengganas 2010
- Pergolakan di Caucasus Utara
- Senarai kejadian pengganas melibatkan sistem kereta api
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Medvedev calls for tightened security after Moscow metro blasts" (dalam bahasa Inggeris). PRIME-TASS. 2010-03-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-20. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ a b c d "МЧС СПИСКИ погибших и пострадавших при взрывах в метрополитене г. Москва 29.03.2010 г." Kementerian Keadaan Kecemasan (Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-04. Dicapai pada 1 April 2010.
- ^ a b "Moscow Metro hit by deadly suicide bombings" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ a b c d NBC and news services (29 Mac 2010). "Suicide bombers kill 37 in Moscow's subway FSB security service's HQ is in building above one of targeted stations". MSNBC.com. Dicapai pada 29 Mac 2010.
- ^ "Washington Post report, 29 Mac 2010". Washingtonpost.com. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ Chechen rebel says he ordered Moscow Metro attacks BBC Dicapai pada 31 Mac 2010
- ^ Russia says Moscow, Dagestan blasts linked Diarkibkan 2011-05-12 di Wayback Machine Press TV
- ^ a b "Terrorist acts in Moscow metro were performed by suicide bombers" (dalam bahasa Rusia). Lenta.ru. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Moscow bomb: 'The doctors could not stop the victims' bleeding' - Worldnews.com". Article.wn.com. Dicapai pada 2010-03-30.
- ^ "Moscow Metro bombing masterminds 'will be destroyed'". BBC News. 29 Mac 2010.
- ^ "Московское метро атаковано террористами" (dalam bahasa Rusia). Top.rbc.ru. 2010-03-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Security stepped up across Russia after deadly Moscow blasts" (dalam bahasa Inggeris). RIA Novosti. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ a b
"В связи с произошедшими взрывами в Москве 30 марта объявлен Днем траура". First Channel. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "Families of Moscow metro attacks will be paid 300,000 rubles – government decree". Interfax. 29 March 2010. Dicapai pada 29 March 2010.
- ^ Stack, Megan K (29 March 2010). "Suicide bombers hit two Moscow subway stations". Los Angeles Times. Dicapai pada 29 March 2010.
- ^ "МЧС :: взрывы в Московском метро". Mchs.gov.ru. Dicapai pada 2010-03-30.
- ^ Luke Harding in Moscow. "Moscow bombings: Putin vows to destroy group behind attacks | World news". The Guardian. Dicapai pada 2010-03-30.
- ^ "Subway Blasts Kill Dozens in Moscow". The New York Times. March 29, 2010.
- ^ "UPI NewsTrack TopNews". UPI.com. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Us-International Summary". washingtonpost.com. Dicapai pada 2010-03-29.[pautan mati kekal]
- ^ "Underground — explosions" (dalam bahasa Rusia). Expert.ru. 2010-03-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-03. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ Andrew Osborn (2010-03-29). "Moscow bombing: who are the Black Widows". Telegraph. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Two blasts in Moscow Metro, dozens killed" (dalam bahasa Inggeris). RT. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ a b "News — Politics — Unclear if Serbs were among victims in Moscow". B92. 2010-03-11. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^
Lena Chuguy (2010-03-29). "Террористки-смертницы могли перепутать станции метро". Argumenty i Fakty. Dicapai pada 2010-03-29. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ a b "Russian religious leaders condemn Moscow subway blasts" (dalam bahasa Inggeris). RIA Novosti. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "PRESIDENT OF ABKHAZIA SERGEY BAGAPSH SENT TELEGRAM OF CONDOLENCE TO RUSSIAN PRESIDENT DMITRY MEDVEDEV IN CONNECTION WITH ACT OF TERROR IN MOSCOW SUBWAY" (dalam bahasa Inggeris). President of the Republic of Abkhazia. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Argentina expresa sus condolencias y "su más enérgica condena" por atentados en Moscú" (dalam bahasa Spanish). El Patagonico. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "President Sargsyan extends condolence to Russia's Medvedev" (dalam bahasa Inggeris). Panorama. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ a b c d e f g h i j k "Foreign leaders sympathize with Russia over blasts" (dalam bahasa Inggeris). Voice of Russia. 2010-03-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Canada condemns 'cowardly attacks'- Politics — Canoe.ca". Cnews.canoe.ca. 2008-07-22. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "China condemns Moscow subway bombings". News.xinhuanet.com. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Atentados en Moscú; Colombia rechazó el acto terrorista — Noticias de Europa — Mundo". Eltiempo.Com. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "Obama condemns Moscow subway blasts" (dalam bahasa Inggeris). RIA Novosti. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "India condemns horrific Moscow attacks, assures support" (dalam bahasa Inggeris). Press Trust of India. 2010-03-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "México condena atentados en metro de Moscú — El Universal — México". El Universal. Dicapai pada 2010-03-30.
- ^ "Netanyahu to Russia: Israel stands with you against terror — Haaretz — Israel News". Haaretz. 2006-12-24. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ a b "World deplores Moscow blasts, sends condolences to Russia". Foreign states. RIA Novosti. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ 21:21 - 29. 03. 2010. "Телеграм саучешћа поводом терористичких напада у Русији". Predsednik.rs. Dicapai pada 2010-03-29.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
- ^ "Dačić uputio saučešće povodom stradanja u Moskvi" (dalam bahasa (Serbia)). Pressonline.rs. Dicapai pada 2010-03-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "As it happened: Moscow Metro bombings". BBC. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ U.S. President Barack Obama on Monday condemned suicide bombings in Moscow, Reuters
- ^ Bombings in Moscow, State.Gov
- ^ "Bombaški napad u moskovskom metrou" (dalam bahasa (Serbia)). Rts.rs. Dicapai pada 2010-03-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Градоначелник Драган Ђилас упутио телеграм саучешћа градоначелнику Москве Јурију Лушкову". Beograd.rs. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "MTA, NYPD beef up security after Moscow subway bombings Newsday March 29, 2010". Newsday.com. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ a b "UN Security Council slams twin Moscow metro blasts". Xinhua. 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-29.
- ^ "NATO chief condemns Moscow blasts" (dalam bahasa Inggeris). Voice of Russia. 2010-03-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 2010-03-29.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The latest live reports from RT (Inggeris)
- List of updating news reports (Rusia)
- List of Russian TV reports Diarkibkan 2010-04-01 di Wayback Machine (Rusia)
- List of updating news reports (Rusia)
- List of surnames of injured people (Rusia)
- Important links Diarkibkan 2010-04-01 di Wayback Machine (Rusia)
- Moscow metro blast: First video of subway explosion