Pengendapan
Penampilan
Pengendapan ialah peralihan fasa melibatkan pertukaran suatu gas kepada pepejal tanpa menjadi cecair terlebih dahulu. Ini ialah peralihan yang bertentangan dengan pemejalwapan. Satu contoh pemendapan ialah proses pertukaran wap air terus menjadi ais tanpa menjadi air cecair terlebih dahulu. Ini ialah cara ibun terbentuk di tanah atau permukaan lain. Proses pembentukan jelaga pada cerobong asap juga merupakan satu proses pemendapan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Gaja, Shiv P., Fundamentals of Atmospheric Modeling, Cambridge University Press, edisi kedua, 2005, m/s. 525 ISBN 978-0-521-83970-9
- Moore, John W., et al., Principles of Chemistry: The Molecular Science, Brooks Cole, 2009, m/s. 387 ISBN 978-0-495-39079-4
- Whitten, Kenneth W., et al., Chemistry, Brooks-Cole, edisi kesembilan, 2009, m/s. 7 ISBN 978-0-495-39163-0