Pergi ke kandungan

Perang Boer Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Inggeris-Boer Pertama
Sebahagian daripada Perang Boer

Ilustrasi taktik perang orang Boer dalam The Illustrated London News
Tarikh20 Disember 1880 – 23 Mac 1881
Lokasi
Transvaal
Keputusan

Pihak Boer menang dan berjaya meluaskan kawasan penempatan mereka.

Pihak yang terlibat

Transvaal
Disokong oleh
Negara Bebas Oranye

Belanda

British
Koloni Natal

Koloni Transvaal
Komandan dan pemimpin
Piet Joubert
Nicolaas Smit
J.D. Weilbach
Frans Joubert
Piet Cronjé
Sir George Pomeroy Colley
Philip Anstruther
W. Bellairs
Kekuatan
7,000 anggota[1] 1,800 anggota[2]
Kerugian dan korban
41 terkorban 408 terkorban

Perang Boer Pertama (Afrikaans: Eerste Vryheidsoorlog, "Perang Kebebasan Pertama"), juga dikenal sebagai Perang Inggeris-Boer Pertama atau Pemberontakan Transvaal, ialah suatu perang yang berlangsung dari 16 Disember 1880 sehingga 23 Mac 1881 antara United Kingdom dan Republik Transvaal.[3] Perang ini menyaksikan kekalahan pihak British seterusnya meraih Republik Transvaal kemerdekaannya yang kedua.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

TF Burgers adalah presiden Republik Transvaal dari tahun 1872 hingga Transvaal diambil alih pihak British pada tahun 1877. Republik ini berada dalam masalah kewangan yang serius, terutama ketika perang baru saja bermula antara Boers dan kaum Pedi di bawah pemimpin mereka, Sekhukhune, di Timur-Laut Transvaal kerana orang Boer tidak membayar cukai mereka.

Masyarakat Transvaal kecewa dengan pemimpin mereka dan walaupun Sekhukhune bersetuju untuk berdamai pada Februari 1877, dan bersedia membayar denda kepada Republik, ia sudah terlambat. Herbert mengirim Sir Theophilus Shepstone, mantan Setiausaha Hal Ehwal Pribumi di Natal, ke Transvaal sebagai pesuruhjaya khas. Shepstone tiba di Transvaal pada 22 Januari 1877 dengan 25 orang sebagai sokongan. Pada mulanya, dia menyembunyi tujuan sebenarnya ke sana. Dia menggunakan kelemahan dalam pemerintahan Transvaal dengan membuat Boers menyedari bahaya dari negara yang muflis dan memfokuskan pada kurangnya kawalan pemerintah terhadap orang kulit hitam seperti kaum Pedi dan Zulu. Ini telah menjatuhkan semangat rakyat Boer.

Burger tidak banyak berusaha untuk menghentikan Britain daripada mengambil alih Transvaal. Shepstone telah memberitahu Burgers niatnya pada akhir Januari 1877 dan Burgers berusaha meyakinkan pemerintah Transvaal untuk memandang serius situasi ini, tetapi mereka enggan melihatnya sebagai masalah yang serius.

  1. ^ "First Anglo Boer War". sahistory.org.
  2. ^ "First Anglo Boer War". sahistory.org.
  3. ^ Raugh, Harold E. (2004). The Victorians at War, 1815-1914: An Encyclopedia of British Military History. ABC-CLIO. ISBN 978-1-57607-925-6.CS1 maint: ref=harv (link)