Pergi ke kandungan

Perang Dunia Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Dunia Pertama
Tarikh28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
Lokasi
Eropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik)
Keputusan Kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur.
Pihak yang terlibat

Pihak Bersekutu

Rusia
Perancis
United Kingdom
Kanada
Itali
Amerika Syarikat

Kuasa Tengah Bulgaria Bulgaria
Empayar Uthmaniyah Empayar Turki Uthmaniyyah
Austria-Hungary

Empayar Jerman
Kerugian dan korban
Mati (tentera):
5,525,000
Cedera (tentera): 12,831,500
Hilang (tentera): 4,121,000[1]
...perincian lanjut.
Mati (tentera):
4,386,000
Cedera (tentera): 8,388,000
Hilang (tentera): 3,629,000[1]
...perincian lanjut.

Perang Dunia Pertama (atau Perang Dunia I) ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara 28 Julai 1914 - genap sebulan setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di Sarajevo, Bosnia oleh seorang pengganas Serbia - hingga 11 November 1918.

Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas ini.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba di-medan pertempuran untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentera udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Pada abad ke-19, kekuatan-kekuatan besar Eropah berupaya keras mempertahankan keseimbangan kekuatan di seluruh Eropah, sehingga pada tahun 1900 memunculkan jaringan aliansi politik dan ketenteraan yang kompleks di benua ini. Berawal tahun 1815 dengan Persekutuan Suci antara Prusia, Rusia, dan Austria. Kemudiannya, Kanselor Jerman Otto von Bismarck menegosiasikan Liga Tiga Kaisar (Jerman: Dreikaiserbund) antara kerajaan-kerajaan Austria-Hungary, Rusia, dan Jerman pada Oktober 1873; namun percubaan tersebut gagal atas ketidaksehaluan antara pihak-pihak Austria-Hungary dan Rusia mengenai polisi terhadap kawasan Balkan, sehingga meninggalkan Jerman dan Austria-Hungary dalam satu aliansi yang dibentuk tahun 1879 bernama Persekutuan Dua. Hal ini dipandang sebagai metode melawan pengaruh Rusia di Balkan saat Empayar Uthmaniyah terus menjadi lemah. Pada tahun 1882, aliansi ini meluas dengan penggabungan Italia lalu membentuk Pakatan Tiga Pihak menjadi Persekutuan Tiga.[2]

Setelah 1870, konflik Eropah terhindar melalui jaringan perjanjian yang direncanakan secara berhati-hati antara Kekaisaran Jerman dan seluruh Eropah yang dirancang oleh Bismarck. Beliau berupaya menahan Rusia agar tetap di pihak Jerman untuk menghindari perang dwibarisan dengan Prancis dan Rusia. Ketika Wilhelm II naik takhta sebagai Maharaja (atau Kaiser) Jerman, Bismarck terpaksa meletak jawatan dan sistem pakatannya terhapus secara beransur-ansur. Misalnya, Kaiser menolak memperbarui Perjanjian Reasuransi dengan Rusia pada tahun 1890. Dua tahun kemudian, Persekutuan Prancis-Rusia ditandatangani untuk melawan kekuatan Aliansi Tiga. Pada tahun 1904, Britania Raya menandatangani serangkaian perjanjian dengan Prancis, Entente Cordiale, dan pada 1907, Britania Raya dan Rusia menandatangani Konvensi Inggris-Rusia. Meski perjanjian ini secara formal tidak menyekutukan Britania Raya dengan Prancis atau Rusia, mereka memungkinkan Britania masuk konflik manapun yang kelak melibatkan Prancis dan Rusia, dan sistem penguncian perjanjian bilateral ini kemudian dikenal sebagai Entente Tiga.

Kekuatan industri dan ekonomi Jerman tumbuh pesat setelah penyatuan semua negeri-negeri Jerman lalu membentuk suatu empayar pada tahun 1871. Sejak pertengahan 1890-an, pemerintahan Wilhelm II memakai basis industri ini untuk memanfaatkan sumber daya ekonomi dalam jumlah besar untuk membangun Kaiserliche Marine (Angkatan Laut Kekaisaran Jerman) bentukan Laksamana Alfred von Tirpitz untuk menyaingi Tentera Laut Diraja British sebagai suatu kuasa tentera laut dunia.[3] Hasilnya, setiap negara berusaha mengalahkan negara lain dalam hal kapal modal. Dengan peluncuran HMS Dreadnought tahun 1906, Empayar British memperluas keunggulannya terhadap pesaingnya, Jerman.[3] Perlumbaan senjata antara Britania dan Jerman akhirnya meluas ke seluruh Eropah, dengan semua kekuatan besar memanfaatkan asas industri mereka untuk memproduksi perlengkapan dan senjata yang diperlukan dalam suau keadaan yang bersiap sedia saat konflik yang merangkumi seluruh benua Eropah akan tercetus.[4] Antara 1908 dan 1913, perbelanjaan ketenteraan oleh negara kuasa-kuasa besar dalam Eropah meningkat setinggi 50 persen daripada tahap mereka sebelumnya.[5]

Austria-Hungary mengawali krisis Bosnia 1908–1909 dengan mengilhak secara resmi bekas teritori Uthmaniyah di Bosnia dan Herzegovina, yang telah diduduki sejak 1878. Peristiwa ini membuat Kerajaan Serbia dan pelindungnya, Empayar Rusia yang Slav Ortodoks berang.[6] Manuver politik Rusia di kawasan ini mendestabilisasi perjanjian damai yang sudah memecah belah apa yang disebut sebagai "tong mesiu Eropah".[6]

Tahun 1912 dan 1913, Perang Balkan Pertama pecah antara Liga Balkan dan Kesultanan Uthmaniyah yang sedang retak. Perjanjian London setelah itu mengurangi luas Kesultanan Uthmaniyah dan menciptakan negara merdeka Albania, tetapi memperluaskan Bulgaria, Serbia, Montenegro dan Yunani. Ketika Bulgaria menyerbu Serbia dan Yunani pada tanggal 16 Jun 1913, negara ini kehilangan sebahagian besar Makedonia ke Serbia dan Yunani dan Dobruja Selatan ke Romania dalam Perang Balkan Kedua selama 33 hari, sehingga destabilisasi di kawasan rantau ini semakin menjadi-jadi.[7]

Lakaran dalam akhbar Itali Domenica del Corriere menggambarkan pembunuhan Erzherzog Franz Ferdinand von Austria di Sarajevo oleh Gavrilo Princip. (Achille Beltrame, 1914)

Pada tanggal 28 Jun 1914, Gavrilo Princip, seorang pelajar Serbia Bosnia dan anggota Pemuda Bosnia, membunuh pewaris takhta Austria-Hungary, Adipati Agung Franz Ferdinand dari Austria di Sarajevo, Bosnia.[8] Peristiwa ini memulakan tindakan satu bulan manuver diplomatik antara Austria-Hungary, Jerman, Rusia, Prancis, dan Britania selama, yang disebut Krisis Julai. (Julikrise). Austria-Hungary mengirimkan suatu "Ultimatum Julai" ke Serbia yang terdiri daripada sepuluh permintaan yang sengaja dibuat tidak masuk akal - namun ia jelas bertujuan memulakan perang dengan Serbia.[9] Ketika Serbia hanya menyetujui lapan dari sepuluh permintaan, Austria-Hungary mengisytiharkan perang pada tanggal 28 Julai 1914. Strachan berpendapat, "Tanggapan ragu dan awal oleh Serbia yang mampu membuat perubahan terhadap perilaku Austria-Hungary bisa diragukan. Franz Ferdinand bukan sosok yang gila popularitas, dan kematiannya tidak membuat empayar ini berduka sedalam-dalamnya".[10]

Kekaisaran Rusia, tidak ingin Austria-Hungary menghapus pengaruhnya di Balkan dan mendukung protégé lamanya Serbia, memerintahkan mobilisasi parsial sehari kemudian.[2] Kekaisaran Jerman melakukan mobilisasi tanggal 30 Julai 1914, siap menerapkan "Rencana Shlieffen" berupa invasi ke Prancis secara cepat dan massal untuk mengalahkan Angkatan Darat Prancis, kemudian pindah ke timur untuk melawan Rusia. Kabinet Prancis bergeming terhadap tekanan ketenteraan mengenai mobilisasi cepat, dan memerintahkan tentaranya mundur 10 km dari perbatasan untuk menghindari insiden apapun. Prancis baru melakukan mobilisasi pada malam tanggal 2 Agustus, ketika Jerman menyerbu Belgia dan menyerang tentara Prancis. Jerman menyatakan perang terhadap Rusia pada hari itu juga.[11] Britania Raya menyatakan perang terhadap Jerman tanggal 4 Agustus 1914, setelah "balasan tidak memuaskan" terhadap ultimatum Britania bahwa Belgia harus dibiarkan netral.[12] daijobu sio datekimi yowaimo

Garis waktu

[sunting | sunting sumber]
  • 28 Jun: Persetiaan Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.
Gambar zon peperangan

Tentera yang terkorban

[sunting | sunting sumber]


Kuasa-kuasa Pusat

[sunting | sunting sumber]

Orang awam

[sunting | sunting sumber]
  • Austria: 300,000 (4.6%)
  • Belgium: 30,000 (0.5%)
  • Britain: 31,000 (0.5%)
  • Bulgaria: 275,000 (4.2%)
  • Perancis: 40,000 (0.6%)
  • Jerman: 760,000 (11.7%)
  • Greece: 132,000 (2.0%)
  • Romania: 275,000 (4.2%)
  • Rusia: 3,000,000 (46.2%)
  • Serbia: 650,000 (10.0%)
  • Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)
  • JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Evans, David. Teach yourself, the First World War, Hodder Arnold, 2004.p.188
  2. ^ a b Keegan 1998, halaman 52
  3. ^ a b Willmott 2003, halaman 21
  4. ^ Prior 1999, halaman 18
  5. ^ Fromkin 2004, halaman 94
  6. ^ a b Keegan 1998, halaman 48–49
  7. ^ Willmott 2003, halaman 2–23
  8. ^ Willmott 2003, halaman 26
  9. ^ Willmott 2003, halaman 27
  10. ^ Strachan 2003, halaman 68
  11. ^ Willmott 2003, halaman 29
  12. ^ "Daily Mirror Headlines: The Declaration of War, Published 4 August 1914".