Pergi ke kandungan

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia dan mula beroperasi pada 2011. Fungsinya sebagai perancang dan pengawal selia pembangunan Kampong Bharu di Kuala Lumpur. Ia bukan satu bisnes entiti tetapi akan berfungsi sebagai pengawalseliaan pembangunan untuk memajukan harta di Kampong Bharu.

Kampong Bharu Kuala Lumpur meliputi 7 buah kampung ,seluas 90.2 hektar dan berusia 110 tahun. Ia kini mempunyai 35,000 penduduk.

Pada 2 Ogos 2010, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan rang undang-undang akan digubal dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Makmal / Lab Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu dihadiri 50 pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu Kuala Lumpur serta badan bukan kerajaan Melayu dan pemaju. Draf undang-undang perbadanan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penggubalan.

Ketika ini kawasan ini diwakili oleh ahli parlimen PAS.

[1]