Pergi ke kandungan

Perbincangan:Menteri Besar Perak

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nizar vs Zambry

[sunting sumber]

Bagaimana seseorang yg belum mengangkut sumpah sebagai MB boleh diletakkan sebagai Penyandang MB Perak di dalam ms.wiki? Saya rujuk pada Berita Harian, Utusan dan Malaysia Kini, setakat 2.51 pm, Zambry belum mengangkat sumpah sebagai MB baru.Zamwan (bincang) 06:52, 6 Februari 2009 (UTC)[balas]

Sebenarnya sudah ada penyata Nota: * ; belum mengangkat sumpah lagi/belum dilakukan pengumuman rasmi lagi yang mejelaskannya. Yosri (bincang) 07:30, 6 Februari 2009 (UTC)[balas]

Saya tahu, tapi wiki sepatutnya merekodkan fakta2 rasmi sahaja. Calon masih dikira sebagai calon dan bukan sebagai MB rasmi. Tunggulah sehingga beliau mengangkat sumpah secara rasmi, selepas itu barulah kemas-kinikan data ke dalam wiki. Kita bukannya akhbar online yang mesti melaporkan berita2 terkini.Zamwan (bincang) 07:41, 6 Februari 2009 (UTC)[balas]

Perkara ini sudah dilaporkan dalam akhbar utama, adalah fakta. Wikipedia hanya melaporkannya sahaja (saya pun tidak gembira). Lihat rujukan di bawah:-

Kalau masih tidak gembira, boleh tambah menurut laporan akhbar. Yosri (bincang) 07:49, 6 Februari 2009 (UTC)[balas]

Wajarkah kita mengiktiraf satu MB dan satu kerajaan baru yang diragui kesahihannya? Sekurang-kurangnya kita kena masukkan poin yang membangkang sama. — Alistaire | عليستير (bincang) 10:04, 6 Februari 2009 (UTC)[balas]

Boleh letakkan PKR sedang merujuk perkara ini ke mahkamah. tetapi fakta kes menurut perundangan perlantikan MB baru adalah sahih.
  • Surat presign tidak sah. Fakta kes 1982.
  • Lompat parti. Bukan kesalahan menurut perundangan dan turut diamalkan PKR sebelumnya. (Walaupun saya tidak sokong.)
  • Perlantikan Menteri Besar. Menurut majoriti dengan perkenan Sultan.

Sila nyatakan fakta ia diragui kesahihannya, oleh pihak berkecuali jika mungkin supaya tidak dituduh pendapat peribadi. Yosri (bincang) 10:30, 6 Februari 2009 (UTC)[balas]

Walaupun ada duluan yang mengatakan bahawa surat presign tidak sah, dalam undang-undang sebenarnya apa pun boleh berlaku (anything can happen) kalau tidak kenapa duluan kes di Amerika Syarikat kata amalan segregasi boleh, diikuti oleh kes Brown v Board of Education yang kata tak boleh? Sama juga dengan kes kahwin sesama jantina. Dulu di AS tak boleh, kemudian boleh pula. Hakikatnya sekiranya mahu, mesti ada cara (where there is a will theres a way). Selagi ia masih belum ditentukan mahkamah dalam kes yang dibawa oleh PR ni tidak boleh kata dengan gaya fakta "Semestinya PR akan kalah sebab ada duluan yang kata tak boleh". Apa yang lebih tepat (dan juga berkecuali) adalah untuk berkata bahawa "Meskipun PR dah saman di mahkamah, barangkali mereka akan kalah disebabkan adanya duluan yang mengatakan tidak boleh, dll".

Mengenai lompat parti pula, memang betul. Dalam kes Nordin Salleh lwn Dewan Undangan Negeri Kelantan kerajaan Kelantan telah letak dalam perlembagaan negeri Kelantan yang tidak boleh lompat parti tetapi ini ditolak mahkamah disebabkan langgar kebebasan untuk memilih pihak (freedom of association) (dalam hal ni boleh pula pro-hak asasi mahkamah kita ya?). Jadi satu-satunya cara adalah untuk satu undang-undang yang menyekat lompat parti dan satu pindaan perlembagaan persekutuan untuk menyatakan bahawa ia tidak boleh dikatakan langgar hak asasi.

Perlantikan Menteri Besar yang dilakukan pun boleh dipertikaikan. Menurut Perlembagaan Perak (serta semua Perlembagaan negeri lain termasuk peringkat Persekutuan) walaupun Sultan ada hak menolak rayuan bubar DUN tetapi tiada peruntukan "anggap jawatan telah dikosongkan" seperti yang dilakukan Sultan Azlan Shah. Sebaliknya, kerajaan hanya boleh ditumbangkan dengan undi tidak percaya majoriti DUN. Ini hanya boleh berlaku apabila DUN bersidang sehingga April. Jadi MB lama boleh dianggap ada sehingga masa itu. Wallahualam. — Alistaire | عليستير (bincang) 15:43, 6 Februari 2009 (UTC)[balas]

Menurut Perlembagaan Perak kerajaan/MB yang sah perlu mendapat majoriti. BN ada majoriti. Sultan tiada sebab (kuasa?) menolak perlantikan MB.
Mahkamah mungkin menukar pandangan, tetapi kita perlu tunggu keputusan mahkamah. Kes pun belum difail, mungkin tak akan di failpun jika fakta tidak kukuh. Bising ini kemungkinannya sekadar memancing melihat sokongan.
Anda sepatutnya lebih faham fact of law dan memberi nasihat berdasarkan fact of law kepada kami bukan sebaliknya menurut perasaan. Bersikaplah sebagai profesional.Yosri (bincang) 14:13, 7 Februari 2009 (UTC)[balas]

Rencana dilindungi

[sunting sumber]

Sampai bila rencana ini ingin dilindungi??? saya nak buang templat hal semasa lepas tu nak tambah pautan Senario Politik Negeri Perak 2009 dan baiki nama parti bebas ke ahli bebas <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:45, 24 Februari 2009 (UTC)[balas]

Tahap perlindungan dah diturunkan, anda boleh menyunting. ...Aurora... (b) 16:10, 24 Februari 2009 (UTC)[balas]
Mahkamah Rayuan telah memberikan keputusan. Sila kemaskini rencana <*)))>< Mr Ikan (bincang) 05:13, 24 Mei 2009 (UTC)[balas]