Perbincangan:Bahasa Melayu Malaysia
Laman ini ialah laman perbincangan untuk membincangkan penambahbaikan pada rencana Bahasa Melayu Malaysia. Laman ini bukan forum untuk perbincangan biasa topik rencana. |
Polisi rencana
|
Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP) · FENS · JSTOR · NYT · TWL |
Bahasa Melayu Piawai
[sunting sumber]Ini menurut saya seorang rakyat marhaen ,
Bahasa Melayu Piawai tidak boleh di samakan atau dicampurkan dengan Bahasa Melayu Malaysia , Bahasa Indonesia (Bahasa Melayu Indonesia) , Bahasa Melayu Singapura , Bahasa Melayu Brunei , Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau . Kerana Bahasa Melayu Piawai adalah bahasa rasmi digunakan untuk berhubung atau surat menyurat . Juga isu Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau , walaupun kedua bahasa ini menggunakan konsonan (a) jadi (e) ini tidak bermakna ianya sama . Ada beberapa perkataan di dalam Bahasa Melayu Johor tidak ada di dalam Bahasa Melayu Riau . Ahmad Nubhan (bincang) 09:26, 8 November 2023 (UTC)
- Pada asalnya ianya adalah 1 bahasa disebut Johor-Riau namun disebabkan penjajahan Eropah Barat maka empayar ini terpisah dan Johor terpengaruh dengan Inggeris manakala Riau terpengaruh dengan Belanda... Secara bahasanya tetap Bahasa yang sama. Nazran225 (bincang) 02:27, 9 November 2023 (UTC)
- Pada awalnya memang bahasa Johor-Riau sekarang dah berbeza mana boleh disamakan . Sekarang perlu buat pecahan .
- Saya masih tidak berpuas hati kerana ada yang berkata Melayu Johor menggunakan Bahasa Melayu Riau . Kalau kenyataan Bahasa Melayu Piawai (Bahasa Johor-Riau) ini baru tepat bukannya Bahasa Melayu Malaysia adalah bahasa melayu piawai . Juga Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa Malaysia) di ambil daripada Bahasa Melayu Johor-Riau ini baru betul . Dewan bahasa dan Pustaka kena buat pengelasan Bahasa Melayu Piawai cabangnya
- , Bahasa Melayu Malaysia , Bahasa Melayu Johor , Bahasa Melayu Riau , Bahasa Mel Singapura dan sebagainya supaya lebih tepat . ayu Ahmad Nubhan (bincang) 13:03, 9 November 2023 (UTC)
- Rencana ini menggunakan nama "Bahasa Melayu Malaysia" kerana Malaysia yang mengawal standard bahasa ini dan bahasa ini bertentangan dengan Bahasa Indonesia (Standard Melayu campuran Jawa dan seumpamanya). Standard rasmi yang digunakan di Brunei dan Singapura juga diambil daripada "Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia" dan bahasa ini lebih kepada Malaysia sahaja mengawalnya berbanding Brunei dan Singapura kerana 2 negara tersebut kebiasaannya akan guna piawai yang dibuat oleh DBP Malaysia tanpa bantahan walaupun negara berkenaan ada agensi tersendiri. Nazran225 (bincang) 16:44, 9 November 2023 (UTC)
- Dari segi linguistik, setahu saya untuk bahasa Melayu (buat masa ini ketepikan dahulu bahasa Indonesia ya) cuma ada satu laras piawainya iaitu bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard yang diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Maka saya berpendapat memang wajar kalau nak samakan bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard dengan bahasa Melayu Malaysia, kerana pemiawaian bahasa Melayu ini dilakukan oleh badan berkuasa yang berpusat di Malaysia, dan laras piawai inilah yang diperakui dan digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei dan Singapura.
- Manakala dialek/bahasa lama Johor-Riau (abad ke-19) pula kemudian berpecah kepada tiga anak utama iaitu dialek/bahasa Melayu Singapura Moden, dialek/bahasa Melayu Johor-Selangor Moden dan dialek/bahasa Melayu Riau Moden. Mungkin boleh katakan dialek Melayu Singapura Moden (abad ke-21) seakan dialek Melayu Johor-Selangor Moden (abad ke-21) (perlu pengesahan), tetapi sudah tentu dialek Melayu Johor-Selangor Moden (abad ke-21) tidak sama dengan bahasa Melayu Riau Moden (abad ke-21), kerana dari segi kerangka masanya bahasa-bahasa atau dialek-dialek tersebut telah mengalami perubahan. Tetapi dalam konteks bahasa piawai, cuma ada satu bahasa piawai sahaja buat masa ini, iaitu bahasa Melayu Malaysia.
- Satu lagi alasan mengapa wujudnya penggunaan istilah "bahasa Melayu Malaysia" bukannya "bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard" sebagai tajuk rencana adalah kerana isu ini pernah dibahas di laman perbincangan Wikipedia Bahasa Inggeris berkenaan pemindahan tajuk ke "Malaysian Malay" (lihat rujukan (1) dan rujukan (2) untuk maklumat lanjut). محمد حكيمي (bincang) 07:05, 10 November 2023 (UTC)
Berkenaan "Bahasa Malaysia"
[sunting sumber]Walaupun penggunaan frasa "Bahasa Malaysia" ini agak kurang menyenangkan, namun terdapat pelbagai sumber-sumber ilmiah dalam bahasa Melayu yang menggunakan kerangka "Bahasa Malaysia" mengikut carian Google Cendekiawan (Google Scholar):
- Muniandy, P. V., Othman, A. J. B., & Jamaluddin, S. B. (2017). Kesan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia secara kaedah pembelajaran informal dalam kalangan penutur asing dewasa: Satu pandangan pembelajaran berterusan. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(4), 31-37. (Pautan 1)
- Roslan, R., Abd Hamid, N., Nizam, W. S. A., & Ali, N. M. (2021). Membaca Bersama Iman: Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Bagi Pembelajaran Dan Permainan Membaca Bahasa Malaysia Pra Sekolah. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(2), 347-352. (Pautan 2)
- Nachiappan, S., Durailimgam, S., & Suffian, S. (2017). Aplikasi kognisi dalam Pengajaran dan Pembelajaran karangan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar tingkatan empat melalui Kaedah Hermeneutik: Application of cognition in the Teaching and Learning Bahasa Malaysia essay in form 4 students based on Hermeneutics Method. Jurnal Peradaban Melayu, 12, 1-10. (Pautan 3)
Saya berpendapat sebenarnya dibolehkan untuk menambah perkataan "Bahasa Malaysia" sebagai sinonim untuk bahasa Melayu Malaysia pada ayat pertama pengenalan. Tidaklah sampai menjadi sesuatu yang salah jika menambahnya sebab memang ada sumber rujukan yang menggunakan perkataan ini (walaupun sedikit dalam konteks bahasa Melayu Malaysia). محمد حكيمي (bincang) 13:38, 5 Julai 2024 (UTC)
- semua terbitan buku-buku diatas adalah lama. Perkataan Bahasa Melayu & Bahasa Malaysia selalu menjadi isu disebabkan kurangnya cakna rakyat Malaysia & kerajaan mengenai hal ini. Buku Teks KKM juga pernah mengunakan istilah "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Melayu" mengikut masa sehingga pelajar menjadi keliru sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Sedangkan untuk STPM hanya istilah Bahasa Melayu sahaja digunakan dari dulu hingga kini. Dan ianya menjadi isu politik disebabkan percanggahan perlembagaan Malaysia yang menyebut Bahasa Melayu adalah Bahasa rasmi (bukan Bahasa Malaysia). Dan menurut DPB istilah Bahasa Malaysia adalah kurang tepat kerana Malaysia itu adalah negara fakta diambil berdasarkan kepada Bahasa Inggeris yang tidak dikenali sebagai Bahasa England Nazran225 (bincang) 16:16, 5 Julai 2024 (UTC)
- Sejak DBP mendapat kuasa sedikit mengenai Martabat Bahasa Melayu kebanyakan terbitan Kerajaan hanya mengunakan istilah Bahasa Melayu dan tiada lagi Bahasa Malaysia. Namun bukan bermakna Bahasa Malaysia tidak digunakan sebab rencana atau pengusaha bangsa Cina Malaysia kebanyakan masih menggunakan istilah Bahasa Malaysia walaupun DBP sudah menyuruh hentikan istilah Bahasa Malaysia. Nazran225 (bincang) 16:20, 5 Julai 2024 (UTC)