Pergi ke kandungan

Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia
ڤرلمباݢاءن ڤرتي اسلام سمليسيا
JenisPerlembagaan Sunting ini di Wikidata
DibuatOgos – November 1951
Disahkan24 November 1951; 73 tahun yang lalu (1951-11-24)
Berkuat kuasaPindaan 2020: 18 Ogos 2020; 4 tahun yang lalu (2020-08-18)
LokasiKelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kechil, Pulau Pinang
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
Subjekperlembagaan pertubuhan
TujuanPembentukan Parti Islam Se-Malaysia
Catatan
Pindaan terkini pada 18 Ogos 2020
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia merupakan dokumen undang-undang yang diguna pakai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Edisi pertama perlembagaan ini, Undang-undang Tubuh Persatuan Islam Se-Malaya 1951 telah diluluskan dalam Persidangan Persatuan Ulamak Malaya yang berlangsung di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kechil, Pulau Pinang pada 24 November 1951[1].

Pemasyhuran

[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan ini mengandungi pemasyhuran atau Muqaddimah yang dipetik seperti berikut[2]:

Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan al-amru bil ma‘ruf wan nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia.

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 12 Bab dan mengandungi 91 Fasal.

Bab Fasal Topik
Pertama Nama dan Pejabat yang didaftarkan 1 Nama
2 Pejabat yang didaftarkan
Kedua Dasar dan Tujuan 3 Dasar
4 Seruan
Ketiga Tujuan, Usaha, Hukum dan Kekuasaan 5 Tujuan PAS
6 Usaha-usaha
7 Hukum dan Kekuasaan
8 Majlis Syura 'Ulamak
9 Tugas-tugas Majlis Syura 'Ulamak
Keempat Darihal Ahli-Ahli 10 Ahli PAS
11 Syarat-syarat Menjadi Ahli
12 Permohonan Menjadi Ahli
13 Memilih Ahli
14 Sijil Ahli
15 Keberhentian Ahli
16 Hak-hak Dan Kewajipan Ahli
17 Buku Daftar Ahli
Kelima Muktamar dan Mesyuarat Agung 18 Muktamar PAS
19 Wakil-wakil ke Muktamar dan Mesyuarat Agung
20 Mesyuarat Agung PAS Kawasan
21 Mesyuarat Agung PAS Cawangan
22 Tugas dan kekuasaan Muktamar dan Mesyuarat Agung PAS
Keenam Penubuhan Kawasan dan Cawangan 23 Penubuhan PAS Kawasan
24 Penubuhan PAS Cawangan
Ketujuh Jawatankuasa Kerja 25 Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
26 Tugas-tugas Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
27 Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat
28 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan
29 Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan
30 Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan
31 Jawatankuasa Kerja Pemuda Dan Muslimat PAS Cawangan
32 Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan
33 Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Kelapan Pejabat-pejabat PAS 34 Pejabat Setiausaha Agung
35 Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri
36 Pejabat Setiausaha Kawasan
37 Pejabat Setiausaha Cawangan
38 Pejabat Dewan-Dewan
Kesembilan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan 39 Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan
40 Tugas-tugas Badan Perubungan PAS Negeri
41 Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Negeri
Kesepuluh Darihal Dewan-Dewan 42 Dewan 'Ulamak PAS Pusat
43 Muktamar Dewan 'Ulamak PAS Pusat
44 Jawatankuasa Kerja Dewan 'Ulamak PAS Pusat
45 Tugas-tugas Dewan 'Ulamak PAS Pusat
46 Dewan 'Ulamak PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
47 Muktamar Dewan 'Ulamak PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
48 Jawatankuasa Kerja Dewan 'Ulamak PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
49 Tugas-tugas Dewan 'Ulamak PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
50 Dewan 'Ulamak PAS Kawasan
51 Mesyuarat Agung Dewan 'Ulamak PAS Kawasan
52 Jawatankuasa Kerja Dewan 'Ulamak PAS Kawasan
53 Tugas-tugas Dewan 'Ulamak PAS Kawasan
54 Dewan Pemuda PAS Pusat
55 Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat
56 Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat
57 Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Pusat
58 Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
59 Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
60 Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
61 Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
62 Dewan Pemuda PAS Kawasan
63 Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan
64 Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan
65 Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Kawasan
66 Dewan Muslimat PAS Pusat
67 Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat
68 Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat
69 Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Pusat
70 Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
71 Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
72 Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
73 Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
74 Dewan Muslimat PAS Kawasan
75 Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan
76 Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan
77 Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Kawasan
Kesebelas Kewangan dan Pemegang Amanah 78 Sumber-sumber Kewangan
79 Peraturan Kewangan
80 Tuntutan
81 Memegang Amanah
82 Pemeriksa Kira-kira
Kedua belas Lain-lain Hal 83 Bendera PAS
84 Lambang PAS
85 Tatatertib PAS
86 Rayuan Tatatertib
87 Peraturan Muktamar dan Mesyuarat Agung PAS
88 Aturan dan Peraturan PAS
89 Meminda Perlembagaan PAS
90 Cara Memansuhkan PAS
91 Lain-Lain Perkara
  1. ^ Mohd Fadhli Ghani (Mei 31, 2019). "Persidangan Persatuan Ulamak Malaya: PAS mendapat nama". Harakahdaily. Dicapai pada 26 November 2021.
  2. ^ Ahmad Nabil Amir (21 Ogos 2021). "Dr Burhanuddin al-Helmy dan PAS – Bahagian I". IRFront. Islamic Renaissance Front. Dicapai pada 26 November 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]