Pergi ke kandungan

Piala Dunia Wanita FIFA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Dunia Wanita FIFA
Ditubuhkan1991
KawasanAntarabangsa (FIFA)
Jumlah pasukan32 (Akhir)
Juara semasa Sepanyol (Gelaran Ke-1)
Pasukan paling berjaya Amerika Syarikat (4 Gelaran)
Laman sesawangfifa.com/womensworldcup
Kelayakan Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Juara terkini Piala Dunia Wanita, Amerika Syarikat
Kejohanan

Piala Dunia Wanita FIFA merupakan sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa untuk wanita yang dianjurkan oleh FIFA. Ianya disertai oleh pasukan wanita kebangsaan daripada kalangan ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan empat tahun sekali sejak tahun 1991, di mana pada tahun tersebut, ianya dikenali sebagai Kejohanan Dunia Wanita yang telah diadakan di China.

Format terkini kejohanan ini menyaksikan terdapat 24 slot di mana 1 slot dirizabkan kepada pasukan tuan rumah dan 23 slot lagi ditawarkan kepada pasukan kebangsaan yang akan melalui fasa kelayakan yang diadakan selama lebih kurang tiga tahun. Pusingan akhir kejohanan ini kemudian diadakan di negara yang telah ditetapkan sebagai tuan rumah selama sebulan.

Setakat ini, tujuh edisi kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA telah diadakan dan dimenangi oleh empat pasukan kebangsaan berbeza, termasuklah pasukan Amerika Syarikat, yang mengalahkan pasukan Norway dengan jaringan 2-1 dalam edisi pertama. Juara semasa dimenangi oleh pasukan Amerika Syarikat, selepas memenangi kejuaraan kali ketiga mereka dalam kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA 2015.

Pusingan akhir menyaksikan 12 hingga 24 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan di negara tuan rumah. Ianya mempunyai dua peringkat: peringkat kumpulan dan kalah mati[1].

Dalam peringkat kumpulan, pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan yang setiap satunya terdiri daripada empat pasukan. Setiap kumpulan akan bermain menggunakan format round-robin, di mana setiap pasukan dijadualkan beraksi sebanyak 3 perlawanan menentang pasukan lain dalam kumpulan yang sama. Bagi perlawanan terakhir kumpulan, ianya dijalankan pada masa yang serentak bagi mengekalkan kesaksamaan di antara kesemua pasukan dalam kumpulan itu. Pada tahun 2015 yang menggunakan format 24 pasukan, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan serta empat pasukan terbaik yang menduduki kedudukan ketiga setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati. Mata akan diberikan kepada pasukan dalam setiap kumpulan. Sejak tahun 1994, tiga (3) mata diberikan kepada pasukan yang memenangi perlawanan, satu (1) mata kepada pasukan yang seri manakala tiada mata (0) diberikan kepada pasukan yang kalah.

Dalam pusingan kalah mati pula, pasukan akan melawan pasukan yang telah ditetapkan sebanyak satu perlawanan sahaja, di mana masa tambahan atau sepakan penalti akan diadakan jika perlawanan berkesudahan seri selepas masa penuh[1].


Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tuan Rumah Perlawanan Akhir Penentuan Tempat Ketiga
Juara Jaringan Naib Juara Tempat Ketiga Jaringan Tempat Keempat
1991
Butiran
Republik Rakyat China
China
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
2–1 Bendera Norway
Norway
Bendera Sweden
Sweden
4–0 Bendera Jerman
Jerman
1995
Butiran
Sweden
Sweden
Bendera Norway
Norway
2–0 Bendera Jerman
Jerman
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
2–0 Bendera Republik Rakyat China
China
1999
Butiran
Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
0–0
(Masa tambahan)
(5–4)
(Penalti)
Bendera Republik Rakyat China
China
Bendera Brazil
Brazil
0–0 [A]
(5–4)
(Penalti)
Bendera Norway
Norway
2003
Butiran
Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
Bendera Jerman
Jerman
2–1
(Gol Emas)
Bendera Sweden
Sweden
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
3–1 Bendera Kanada
Kanada
2007
Butiran
Republik Rakyat China
China
Bendera Jerman
Jerman
2–0 Bendera Brazil
Brazil
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
4–1 Bendera Norway
Norway
2011
Butiran
Jerman
Jerman
Bendera Jepun
Jepun
2–2
(Masa tambahan)
(3–1)
(Penalti)
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
Bendera Sweden
Sweden
2–1 Bendera Perancis
Perancis
2015
Butiran
Kanada
Kanada
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
5–2 Bendera Jepun
Jepun
Bendera England
England
1–0
(Masa tambahan)
Bendera Jerman
Jerman
2019
Butiran
Perancis
Perancis
Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
2–0 Bendera Belanda
Belanda
Bendera Sweden
Sweden
2–1 Bendera England
England
2023
Butiran
Australia
Australia
New Zealand
New Zealand
Bendera Sepanyol
Sepanyol
1–0 Bendera England
England
Bendera Sweden
Sweden
2–0 Bendera Australia
Australia
2027
Butiran
Brazil
Brazil
Negara Juara Naib juara Tempat Ketiga Tempat Keempat Jumlah
 Amerika Syarikat 4 (1991, 1999*, 2015, 2019) 1 (2011) 3 (1995, 2003*, 2007) 8
 Jerman 2 (2003, 2007) 1 (1995) 2 (1991, 2015) 5
 Norway 1 (1995) 1 (1991) 2 (1999, 2007) 4
 Jepun 1 (2011) 1 (2015) 2
 Sepanyol 1 (2023) 1
 Sweden 1 (2003) 4 (1991, 2011, 2019, 2023) 5
 England 1 (2023) 1 (2015) 1 (2019) 3
 Brazil 1 (2007) 1 (1999) 2
 China 1 (1999) 1 (1995) 2
 Belanda 1 (2019) 1
 Kanada 1 (2003) 1
 Perancis 1 (2011) 1
 Australia 1 (2023*) 1
* negara tuan rumah
  1. ^ a b "Regulations FIFA Women's World Cup Canada 2015" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 12 Jun 2015.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]