Pergi ke kandungan

Piala Malaysia 1998

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Malaysia 1998
Perincian kejohanan
Tarikh26 Sep - 12 Dis
Pasukan10
TempatStadium Bukit Jalil (di Kuala Lumpur bandar)
Kedudukan Akhir
Juara [[{{{altlink}}} Perak|Perak]] (Kejuaraan Ke-6)
Naib Juara [[{{{altlink}}} Terengganu|Terengganu]]
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan45
Jaringan gol131 (2.91 per perlawanan)
Semua statistik tepat pada 8 Februari 2009.

Piala Malaysia edisi ke-72 telah dimenangi oleh pasukan Perak setelah mengalahkan Terengganu menerusi tendangan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 sama pada masa tambahan. Saingan bermula pada 8 Ogos 1998 bagi peringkat kelayakan, 26 September 1998 bagi peringkat kumpulan dan perlawanan akhir pada 12 Disember 1998 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beberapa kejutan telah berlaku sepanjang musim 1998 bagi Piala Malaysia. Selangor yang menjuarai piala ini secara "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997 telah terkeluar dari saingan akibat tewas pada perlawanan kelayakan setelah tidak berjaya mendapat tempat enam pasukan terbaik dalam Liga Perdana 1 sekali gus terlepas peluang kuota automatik. Perak pada mulanya dianggap pasukan yang senasib dengan Selangor kerana tidak berjaya secara automatik telah bangkit perlahan-lahan. Dari peringkat kelayakan serta permulaan peringkat awal kumpulan yang kurang bertenaga, akhirnya perak melangkah perlawanan akhir dan terus membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara piala Malaysia buat kali ke-6.

Juara dan naib juara Liga Perdana 1, Pulau Pinang dan Pahang, tidak berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten seperti dalam saingan liga perdana. Kedua-dua pasukan terbut gagal melayakkan diri ke separuh akhir. Manakala Terengganu menunjukkan pencapaian yang menakjubkan dimana mereka dari pasukan Liga Perdana 2 yang berjaya ke perlawanan akhir. Meskupun memenangi Piala FA, Johor gagal menempatkan diri dalam sepuluh pasukan ke saingan Piala Malaysia setelah tewas tipis secara agregat pada perlawanan kelayakan. Piala Malaysia edisi kali ini sangat istimewa kerana ia dipertandingkan buat pertama kali di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Setelah Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam menjadi tempat pertarungan sejak sekian lama, Perak dan Terengganu diberi peluang mencipta nama pasukan pertama bakal memenangi Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Pertembungan Perak dengan Terengganu juga seolah-olah pertembungan semula wakil utara dan wakil pantai timur pada tahun 1992 iaitu antara Kedah dan Pahang. Perak sudah menjuarai sebanyak 5 kali sebelum edisi ini dimana kali terakhir pada 1970. Manakala Terengganu yang belum mencapai Piala Malaysia telah berjaya memasuki perlawanan akhir sebanyak dua kali iaitu pada 1973 dan yang terakhir 1982. Oleh itu perlawanan akhir ini melibatkan dua pasukan datang dari tempat berlainan dan mengharungi jalan ranjau yang berbeza namun mempunyai satu matlamat yang sama, Piala Malaysia 1998.

Pasukan bertanding

[sunting | sunting sumber]

Sepuluh pasukan bertanding bagi merebut piala berprestij ini dimana sebanyak enam pasukan teratas dari liga perdana 1 dan juara Liga Perdana 2 layak ke Piala Malaysia secara automatik. Manakala bagi tiga pasukan lagi adalah menerusi perlawanan kelayakan. Pasukan-pasukan yang layak adalah:

Secara automatik

Melalui perlawanan kelayakan

Perlawanan kelayakan

[sunting | sunting sumber]

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Perlawanan kelayakan Piala Malaysia 1998 melibatkan empat pasukan Liga Perdana 1 dan dua pasukan teratas Liga Perdana 2 iaitu.

Pasukan

  • Perak Perak
  • Negeri Sembilan Negeri Sembilan
  • Kuala Lumpur Kuala Lumpur
  • Selangor Selangor (Naib Juara Piala Sumbangsih 1998)
  • Johor Johor (Naib Juara Liga Perdana 2 1998 & Juara Piala FA 1998)
  • Kelantan Kelantan

Enam pasukan ini akan diundi untuk perlawanan kelayakan timbal-balik yang berlangsung pada 8 Ogos 1998 dan 11 Ogos 1998 bagi perlawanan kedua. Undian telah menetapkan

  • Negeri Sembilan lwn Kelantan
  • Selangor lwn Perak
  • Kuala Lumpur lwn Johor

Maklumat perlawanan

[sunting | sunting sumber]

Perlawanan pertama:

Negeri Sembilan Negeri Sembilan4 – 0Kelantan Kelantan
Rosli Omar Goal 54'
Affendi Julaihi Goal 61'
Pedro Oliveira Goal 79', Goal 86'
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi


Selangor Selangor1 – 0Perak Perak
Rizal Hassan Goal 72'
Stadium Shah Alam, Shah Alam


Kuala Lumpur Kuala Lumpur2 – 0Johor Johor
Stadium Kuala Lumpur, Shah Alam

Perlawanan kedua:

Kelantan Kelantan1 – 1Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohammed Ke IV, Kota Bharu
Negeri Sembilan layak dengan agregat 5-1


Perak Perak2 – 2 (Sudden-death)Selangor Selangor
Stadium Perak, Ipoh
Perak layak dengan agregat 3-2


Johor Johor1 – 0Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Stadium Tan Sri hassan Yunus, Johor Bahru
Kuala Lumpur layak dengan agregat 2-1


Peringkat kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Sepuluh pasukan yang telah layak ke saingan Piala Malaysia telah diundi kepada dua kumpulan. Undian telah dijalankan pada 12 September 1998 oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Berikut adalah kedudukan pasukan dalam kumpulan masing-masing.

Kumpulan A Kumpulan B

Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Kedah Kedah
Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Pulau Pinang Pulau Pinang
Terengganu Terengganu

Brunei Brunei
Pahang Pahang
Perak Perak
Sabah Sabah
Sarawak Sarawak

Perlawanan kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan A

[sunting | sunting sumber]
Pasukan P M S K J B PG Mata
Negeri Sembilan Negeri Sembilan 8 6 1 1 17 8 +9 19
Terengganu Terengganu 8 4 1 3 9 6 +3 13
Pulau Pinang Pulau Pinang 8 4 1 3 10 10 0 13
Kuala Lumpur Kuala Lumpur 8 2 1 5 5 10 -5 7
Kedah Kedah 8 1 2 5 5 12 -7 5

Pusingan Pertama

Pulau Pinang Pulau Pinang4 – 1Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Merzagua Abderrazzak Goal 23', Goal 24'
Balla Modou Conde Goal 76'
G. Shanmugam Goal 77'
Affendi Julaihi Goal 59'
Stadium Bandaraya, Georgetown
Kehadiran: 10,000


Terengganu Terengganu0–0Kedah Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Perlawanan terpaksa diberhentikan dan ditangguhkan pada minit ke-37 kerana hujan lebat.


Terengganu Terengganu3–0Kedah Kedah
Nazreen Tee Abdullah Goal, Goal
Baharuddin Ali Goal
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Perlawanan ulangan.



Kedah Kedah1 – 2Pulau Pinang Pulau Pinang
Andre Nascimento Goal Domi Che Non Goal 40', Goal 45'
Stadium Darulaman, Alor Setar


Kuala Lumpur Kuala Lumpur0 – 0Terengganu Terengganu



Negeri Sembilan Negeri Sembilan0 – 0Kedah Kedah


Pulau Pinang Pulau Pinang0 – 1Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Goal 55' S. Paidiyah Rau
Stadium Bandaraya, Georgetown
Kehadiran: 5,000



TerengganuTerengganu2 – 0Pulau Pinang Pulau Pinang
Stadium Darulaman, Alor Setar


Kuala Lumpur Kuala Lumpur0 – 1Negeri Sembilan Negeri Sembilan



Kedah Kedah1 – 2Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Stadium Darulaman, Alor Setar


Negeri Sembilan Negeri Sembilan3 – 0Terengganu Terengganu