Pergi ke kandungan

Pilihan raya umum Malaysia 1986

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Malaysia 1986

← 1982 02 Ogos 1986 (1986-08-02) - 3 Ogos 1986 (1986-08-03) 1990 →

Semua 177 kerusi di Dewan Rakyat
89 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar6,791,446
Pengundi hadir4,752,004 (74.39%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Mahathir Mohamad Lim Kit Siang Yusof Rawa
Parti 9 Parti Tindakan Demokratik Parti Islam Se-Malaysia
Gabungan Barisan Nasional Harakah Keadilan Rakyat Harakah Keadilan Rakyat
Pemimpin sejak 28 Jun 1981 1 Oktober 1969 1982
Kerusi pemimpin Kubang Pasu,  Kedah Tanjong,  Pulau Pinang Tiada kerusi
Pilihan raya
lepas
132 kerusi, 60.5% 9 kerusi, 19.6% 5 kerusi, 14.5%
Kerusi yang
dimenangi
148 24 1
Perubahan kerusi 16 15 4
Undian popular 2,649,238 975,544 716,952
Peratusan 57.3% 21.1% 15.5%
Peralihan undi 3.2% 1.5% 1.0%

ww
ww

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Mahathir Mohamad
Barisan Nasional

Perdana Menteri dilantik

Mahathir Mohamad
Barisan Nasional

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 merupakan pilihan raya umum yang ke-7 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang kedua sejak Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Dengan kemenangan 148 kerusi daripada 177 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 83.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir. Bagaimanapun, bilangan undi sebanyak 55.8% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%.

Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 29 kerusi yang tinggal, iaitu 16.4% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Sementara PAS hanya memenangi satu kerusi iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Chepa,Kelantan melalui Allahyarham Haji Nik Abdullah Arsyad

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh:
1982
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1990