Puteri (siri animasi)
Puteri | |
---|---|
Genre | Animasi Fantasi |
Dibangunkan oleh | Les' Copaque Production Sdn Bhd |
Pengarah | Syed Nurfaiz Khalid[1] |
Pelakon suara | Adreena Shazwina Wani Kayrie Ilham Hajar |
Penggubah lagu tema | Adreena |
Lagu pembukaan | Puteri - Adreena |
Lagu penutup | Puteri - Adreena |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu Bahasa Indonesia |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 6 (2014) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 4-5 minit (bahagian 1-6) 35 minit (bahagian lengkap) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3[2] Astro Ceria ABC Kids (Australia) CBBC dan CBeebies (UK) |
Format gambar | 1080p (HDTV) |
Siaran asal | 20 November 2014 – 25 November 2014 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Upin & Ipin Pada Zaman Dahulu |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Puteri ialah siri animasi pendek yang dicipta oleh syarikat animasi Les' Copaque Production. Animasi ini ditayangan di TV3 pada 20 November 2014, pukul 9 malam.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Siri Puteri menceritakan lima orang puteri yang hidup di sebuah Kerajaan Limau – Manis mempunyai suara yang merdu, Kasturi mempunyai hati seorang pahlawan, Purut seorang yang sangat pemalu, Bali seorang yang penyayang dan Nipis yang nakal bersama kucing kesayangannya bernama Jebat. Masing-masing lima beradik mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keamanan dan keharmonian dalam kerajaan dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik, dan sihir gelap.[2]
Watak-watak
[sunting | sunting sumber]Puteri Limau Manis
[sunting | sunting sumber]Dia berumur 18 tahun dan merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Dialah bakal pewaris takhta Kerajaan Limau. Rupa parasnya cantik dan seringkali mengeluarkan kata-kata manis. Jika diajak menyertai peperangan, dialah yang paling bersemangat dan optimistik dalam apa jua keadaan. Dia juga dipaksa untuk berkahwin kerana pewarisan takhta.[1] Dia mempunyai kuasa teleportasi yang membolehkannya berpindah tempat dari semasa ke semasa dengan menggunakan selendang saktinya.[3] Dalam iklan acah, seringkali ditunjukkan haiwan amat menyukai Puteri Limau Manis.[4]
Cabaran utama untuk watak ini adalah untuk mendapatkan pelakon suara yang sesuai bagi watak ini.[1]
Puteri Limau Kasturi
[sunting | sunting sumber]Dia puteri kedua yang berusia 17 tahun. Kasturi bersifat kasar dan mempunyai ciri-ciri pahlawan. Tidak suka dengan “etika puteri” dan lebih gemar meluangkan masa dengan berlatih berlawan. Mempunyai keris sakti yang berkuasa hebat.
Puteri Limau Purut
[sunting | sunting sumber]Dia berusia 15 tahun. Dia mempunyai cucuk sanggul sakti yang mampu mengubati sesuatu benda hidup termasuklah tumbuh-tumbuhan kecuali parutnya. Dia seorang yang pemalu dan cantik rupanya. Dia selalu membiarkan rambutnya menutup sedikit bahagian wajahnya yang berparut
Puteri Limau Bali
[sunting | sunting sumber]Dia berumur 14 tahun. Merupakan puteri keempat bertubuh gempal berbanding adik-beradiknya. Oleh kerana itu, dia agak sensitif dengan topik berat badan. Dia merupakan seorang tukang masak yang handal, walaupun makanannya kelihatan tidak menarik pada luaran tetapi rasanya pasti sedap. Dia mempunyai kipas sakti yang boleh berubah saiz dan fungsi.
Puteri Limau Nipis
[sunting | sunting sumber]Berusia 10 tahun dan merupakan puteri bongsu. Penampilannya kelihatan manja dan naif. Namun, Nipis sebenarnya merupakan penyiasat yang hebat dan mengetahui semua selok-belok di dalam istana. Dia sering ditemani oleh kucing peliharaannya yang bernama Jebat. Dia berperwatakan selamba dan bersifat degil. Nipis mempunyai cemeti sakti yang sering digunakan sebagai permainannya.
Lagu tema
[sunting | sunting sumber]Lagu tema bagi animasi Puteri ini dinyanyikan oleh adik Adreena.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Diari Produksi EP4 - Teaser Puteri. 2014. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
- ^ a b "Screening 2014". TV3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-22. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
- ^ Teaser Puteri Manis. 2014. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
- ^ a b Diari Produksi EP9 - Full Teaser Animasi Puteri. 2014. Dicapai pada 16 Oktober 2014.