Pergi ke kandungan

Tembakau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini adalah mengenai keluaran yang dikilangkan daripada tumbuhan-tumbuhan tembakau (Nicotiana spp.)
Daun tembakau parut untuk hisap paip.
Tembakau juga boleh ditekan menjadi songel dan dihiris menjadi emping.

Tembakau (disebut [tĕm.ba.kau], Jawi: تمباكاو) ialah hasil pertanian yang diproses daripada daun mana-mana spesies tumbuhan dalam genus Nicotiana keluarga Solanaceae terutamanya Nicotiana tabacum dan Nicotiana rustica. Daun-daun yang dikering awet ini sering diambil secara dibakar dan dihisap asapnya dalam bentuk cerut, rokok, atau menggunakan paip. Ia juga boleh dikunyah (seperti semasa bersirih pinang), "dicelup" (diletakkan antara pipi dengan gusi) atau dihidu ke dalam hidung sebagai bahan sedutan dalam bentuk serbuk halus.

Ia dahulunya ditanam lama dalam kalangan masyarakat peribumi Amerika untuk tujuan adat istiadat sebelum kedatangan orang Eropah yang mengenali tumbuhan ini serta memperkenalkan ia ke Dunia Lama pada abad ke-16.

Pengambilan tembakau telah didapati mendatangkan risiko hebat terhadap paru-paru, jantung dan hati. Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan barangan tembakau sebagai bahan penyebab kematian mudah dielak yang terutama.[1]

Tumbuhan ini didapati mula ditanam di kawasan benua-benua Amerika dari seawal 1400–1000 SM berdasarkan peninggalan arekologi yang ada di Mexico.[2] Banyak masyarakat peribumi di Amerika Utara menggunakan tembakau sebagai suatu barang dagangan serta bahan yang digunakan untuk tujuan adat istiadat sesama mereka;[3][4] malah ada yang percaya tembakau itu sebagai kurniaan dewa pencipta dianuti sehingga disanjungkan bahan ini kepada dewa tersebut.[5]

Pengetahuan mengenai tumbuhan ini mula diterokai dari Dunia Lama dalam penjelajahan terawal pihak Sepanyol diketuai Christopher Columbus ke rantau Caribbean di pulau Cuba melalui tulisan Bartolomé de las Casas yang menggambarkan penghisapan asap tembakau dalam tabung mirip "senapang laras".[6] Bahan ini diberi namanya sebagai tabaco dalam bahasa Taíno sama ada merujuk kepada alat menghisap asap bakaran dedaun mahupun gulungan daun-daun tersebut.[7]

Para pelayar Portugis pula memperkenalkan tumbuhan ini dalam kalangan masyarakat kepulauan Nusantara tercermin pada penyerapan kata tabaco dari bahasa dituturkan mereka ke dalam banyak bahasa setempat termasuk bahasa Melayu.[8]

Ancaman kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Kesemua cara menggunakan tembakau menyebabkan penyerapan nikotin dalam jumlah yang berbeza-beza ke dalam aliran darah pengguna dan melalui perjalanan masa, mengakibatkan perkembangan tolerans dan kebergantungan. Jumlah penyerapan, kekerapan, dan kecepatannya kelihatan mempunyai hubungan yang langsung dengan betapa kuatnya kebergantungan dan tolerans, jika ada. Dos maut nikotin adalah serendah setengah batang cerut atau tiga batang rokok; bagaimanapun, hanya sebahagian kecil nikotin yang terdapat dalam produk-produk ini dibebaskan ke dalam asap, dengan kebanyakan kes klinikal peracunan nikotin diakibatkan oleh bentuk pekat sebatian ini yang digunakan dalam racun serangga. Walaupun demikian, kematian boleh berlaku jika seseorang kanak-kanak makan jumlah yang serendah sebatang rokok (tidak termasuk penapis). Alkaloid-alkaloid aktif yang lain dalam tembakau termasuk alkaloid harmala.

Penggunaan tembakau jangka panjang mengakibatkan risiko yang ketara terhadap berbagai-bagai jenis kanser serta juga angin ahmar dan penyakit-penyakit kardiovaskular serta respirasi. [9] Jangka hayat yang jelas lebih pendek dikaitkan dengan merokok. [10] Tembakau telah ditunjukkan sebagai boleh mengakibatkan perubahan otak yang kekal seperti dengan morfina atau kokaina. [11] Banyak bidang kuasa telah mengharamkan merokok dalam usaha untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan kesihatan awam yang diakibatkan oleh merokok. Risiko menghidap kanser yang dinaikkan dengan ketara, akibat penggunaan tembakau, kelihatan disebabkan oleh terlalu banyak sebatian nitrosamina dan karsinogen yang lain yang didapati dalam tembakau dan sisanya. Sebatian-sebatian racun tersebut dihasilkan oleh pemanasan anaerob, baik oleh merokok mahupun oleh pengawetan melalui serombong atau api. Penggunaan tembakau awet tanpa asap yang dihasilkan, baik melalui serombong mahupun melalui api, sebagai ganti untuk tembakau berasap mengurangkan risiko kanser respirasi tetapi masih mengakibatkan risiko kanser mulut. [12]

Sebagai perbandingan, penggunaan tembakau kunyah yang diawet melalui wap (snus) boleh mengelakkan kekarsinogenan kerana nitrasamina tidak dihasilkan, tetapi kesan-kesan negatif pada sistem kardiovaskular dan pankreas tidak dikurangkan. [13] Sekitar 440,000 orang di Amerika Syarikat mati setiap tahun kerana merokok, dengan 3,000 orang kerana 'merokok' secara pasif (asap terpakai) dan 1,000 orang bayi belum lahir maut, akibat ibu-ibu yang merokok, selain daripada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "WHO Report on the global tobacco epidemic, 2008 (foreword and summary)" (PDF). World Health Organization. 2008. m/s. 8. Tobacco is the single most preventable cause of death in the world today.
  2. ^ Goodman, Jordan. Tobacco in History and Culture: An Encyclopedia (Detroit: Thomson Gale, 2005).
  3. ^ e.g. Heckewelder, History, Manners and Customs of the Indian Nations who Once Inhabited Pennsylvania, p. 149 ff.
  4. ^ "They smoke with excessive eagerness ... men, women, girls and boys, all find their keenest pleasure in this way." - Dièreville describing the Mi'kmaq, circa 1699 in Port Royal.
  5. ^ Jack Jacob Gottsegen, Tobacco: A Study of Its Consumption in the United States, 1940, p. 107.
  6. ^ de las Casas, Bartolomé (1552). Historia de Indias. 1. m/s. 376–377 – melalui Biblioteca Virtual Miguel de Cervantes. ...encendido por la una parte del por la otra chupan, ó sorben, ó reciben con el resuello para adentro aquel humo, con el cual se adormecen las carnes y cuasi emborracha, y así, diz que, no sienten el cansancio. Estos mosquetes, ó como los llamaremos, llaman ellos tabacos...
  7. ^ Ernst, A. (1889). "On the etymology of the word tobacco". The American Anthropologist. A2 (2): 133–142. doi:10.1525/aa.1889.2.2.02a00020.
  8. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). tabaco. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 333.
  9. ^ Kerosakan kesihatan dicetuskan oleh merokok.
  10. ^ Merokok: Risiko-risiko Kesihatan
  11. ^ Merokok mengubah otak 'seperti dengan dadah'
  12. ^ Kanser mulut di Mumbai, India: Satu perspektif lima belas tahun tentang arah aliran kejadian dan risiko kumulatif
  13. ^ [http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=Retrieve&db=pubmed&dopt=Abstract&list_uids=9411127&query_hl=5&itool=pubmed_DocSum Gambaran keseluruhan tentang kesan-kesan tembakau tanpa asap pada kesihatan. Risiko penyakit-penyakit kardiovaskular dan kadar kematian dinaikkan kerana bahan sedutan]
  • Breen, T. H. (1985). Tobacco Culture. Percetakan Universiti Princeton. ISBN 0-691-00596-6. Sumber mengenai budaya tembakau pada abad ke-18 di Virginia (m.s. 46-55)
  • W.K. Collins dan S.N. Hawks. "Principles of Flue-Cured Tobacco Production." Edisi Pertama, 1993
  • Fuller, R. Reese (Musim Bunga 2003). Perique, the Native Crop. Louisiana Life.
  • Gately, Iain. Tobacco: A Cultural History of How an Exotic Plant Seduced Civilization. Percetakan Grove, 2003. ISBN 0-8021-3960-4.
  • Graves, John. "Tobacco that is not Smoked" dalam From a Limestone Ledge (bahagian-bahagian mengenai bahan sedutan dan pengunyahan tembakau). ISBN 0-394-51238-3
  • Killebrew, J. B. dan Myrick, Herbert (1909). Tobacco Leaf: Its Culture and Cure, Marketing and Manufacture. Syarikat Orange Judd. Sumber untuk tipologi kumbng pinjal (m.s. 243)
  • Poche, L. Aristee (2002). Perique tobacco: Mystery and history.
  • Tilley, Nannie May. The Bright Tobacco Industry 1860-1929 ISBN 0-405-04728-2. Sumber mengenai pencegahan kumbang pinjal (m.s. 39-43), dan sejarah tembakau yang diawet melalui serombong

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]