Tercondong pusat
Dalam statistik, istilah tercondong pusat (central tendency) berkait dengan cara bagaimana data kuantitatif ("quantitative data") berkelompok sekitar nilai tertentu.[1] Ukuran tercondong pusat merupakan cara menyatakan - nilai tengah. Dalam perlaksanaan analisa statistik, istilah ini sering kali digunakan sebelum seseorang memilik bentuk awal analisa: dengan itu matlamat awal mungkin adalah "memilih ukuran yang sesuai bagi choose an appropriate measure of tercondong pusat".
Dalam kes paling mudah, ukuran tercondong pusat merupakan purata bagi set ukuran, perkataan purata ditafsir pelbagai cara sebagai min, median ("tengah"), atau ukuran lokasi lain, bergantung kepada konteks. Bagaimanapun, istilah ini juga digunakan kepada data berbilang dimensi termasuk juga data univariat dan dalam situasi di mana penjelmaan data ("Data transformation") bagi nilai data untuk sebahagian atau kesemua dimensi biasanya akan dianggap perlu: dalam kes berikut, idea bagi letakan pusat ("central location") dikekalkan ketika penukarpengiraan "purata" bagi data terjelma ("transformed") kembali kepada unit asal. Tambahan lagi, terdapat beberapa jenis pengiraan berbeza bagi tercondong pusat, di mana jenis pengitaan bergantung kepada tahap pengukuran data.
Kedua-dua "tercondong pusat" dan "ukuran tercondong pusat" terpakai bagi samaada populasi statistik atau bagi contoh dari populasi.
Ukuran asas bagi tercondong pusat
[sunting | sunting sumber]Yang berikut boleh digunakan bagi dimensi individual bagi data berbilang dimensi, selepas penjelmaan, sungguhpun sebahagian dari ini membabitkan penjelmaan data yang jelas.
- Min aritmetik ("Arithmetic mean") - jumlah keseluruhan ukuran dibahagi dengan bilangan pengamatan bagi set data
- Median - nilai tengah yang memisah bahagian atas dengan bahagian bawah set data
- Mod - nilai paling kerap dalam set data
- Min geometri - Gandaan ke-N bagi hasil nilai data
- Min harmonik - songsangan terhadap pendaraban ("Multiplicative inverse") bagi min aritmetik timbal balik bagi nilai data
- Min berpemberat ("Weighted mean") - min aritmetik yang memasukkan pemberat kepada unsur data tertentu.
- Min terpangkas ("Truncated mean") - min aritmetik nilai data selepas bilangan tertentu nilai data tertinggi dan terendah telah disingkirkan.
- Julat tengah ("Midrange") - nilai min aritmetik maksima dan minima bagi set data.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dodge, Y. (2003) The Oxford Dictionary of Statistical Terms, OUP. ISBN 0-19-920613-9