Pergi ke kandungan

Tuju K-Clique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuju K-Clique
Kelahiran
Mohd Azree Shah bin Awang Zamree

(1996-04-23) 23 April 1996 (umur 28)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2014–kini

Mohd Azree Shah Awang Zamree, atau lebih dikenali dengan nama pentas Tuju K-Clique (lahir 23 April 1996) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli pengasas kumpulan hip hop Malaysia dari Sabah, K-Clique.[1][2][3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 23 April 1996 di Kampung Buang Sayang, Papar, Sabah dan merupakan anak sulung daripada 3 beradik, beliau berketurunan Melayu Brunei.

Beliau menyambung pelajarannya di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), namun berhenti kerana mengalami masalah dan Tuju pernah mencuba pelbagai pekerjaan, termasuk bekerja sebentar sebagai pencuci kereta.[4]

Tuju merupakan salah seorang ahli pengasas kumpulan rap, K-Clique sewaktu ditubuhkan pada 2014. Kumpulan ini antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu MK, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Mereka meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Mimpi" menampilkan duet bersama Alif Abdullah.[5][6]

Tuju bersama isterinya yang juga penyanyi, Loca B membentuk sebuah duo muzik yang mengambil nama pentas masing-masing sebagai nama kumpulan, iaitu TujuLoca. Sehingga kini, duo ini telah menghasilkan 3 single, iaitu "Naluri", "Empati" dan "Bintang".[7][1]

Kerjaya solo

[sunting | sunting sumber]

Di luar K-Clique, Tuju telah tampil sebagai artis undangan untuk ramai penyanyi seangkatannya, termasuk Naim Daniel yang mana beliau tampil dalam lagu "Adakah Engkau Menungguku". Beliau juga pernah terbabit dengan beberapa projek yang menggunakan khidmatnya sebagai penyanyi solo antaranya ialah lagu "X Missing U", duet bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Yonnyboii yang berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 35.[1]

Pada 19 Februari 2021, beliau melancarkan single solo pertamanya, "Jiwa Pusing" hasil ciptaan beliau bersama penerbit muzik dan pencipta lagu, Mingaling dari kumpulan Hip Hop MassMusic. Liriknya pula ditulis sendiri oleh Tuju dan berkisarkan mengenai luahan hati diri sendiri mengenai kehidupan.[1][8]

Tuju turut menyumbangkan runut bunyi filem aksi 2021, J2: J Retribusi yang bertajuk "Ralit" menampilkan duet bersama Malik Abdullah.[9][10] Album solo pertamanya, Tuju Untuk Kamu 18/19 dikeluarkan pada 31 Disember 2021, memuatkan sebanyak 7 lagu.[11][12]

Penampilan lain

[sunting | sunting sumber]

Tuju merupakan salah seorang daripada 50 juri All Together Now Malaysia yang disiarkan di Astro Ria. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam rancangan realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama.[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan penyanyi, Loca B pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak, yang dinamakan Bintang Aiko Mohd Azree Shah.[13] Tuju juga mempunyai seorang anak tiri, Yusuf Alezander dari perkahwinan terdahulu isterinya.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album Senarai runut
Tuju Untuk Kamu 18/19
Senarai
      1. "Matahari"
      2. "Jiwa Pusing"
      3. "Khayalan"
      4. "Gelora"
      5. "Tenaga"
      6. "Embun"
      7. "Ambang"
Tahun Judul Dirakamkan oleh
2018 "Lane Lain Line" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Sah Tu Satu" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Memorabilia" (feat. XNADS) Gnello, FareedPF
"Licik" Tuju
2019 "Warna" Tuju, MK
"Mimpi" (feat. Alif) Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Beg 2 Back" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Kamu Okay" Noki, Gnello, NastyNas, KDeaf
2020 "Kitta Move" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Merais" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Pulang" (feat. AJ) MK, Gnello, SoMean
2021 "Sebelum/Paracetamol" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf

Sebagai artis undangan/kolaborasi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul
2019 "Bal" (Tuju, MK, Caprice & Zynakal)
"BossKu" (MeerFly feat. Tuju, Somean & MK)
"Adakah Kau Menungguku" (Naim Daniel feat. Tuju)
2020 "X Missing U" (Tuju bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah & Yonnyboii)
"Ulang Tahun" (AJ feat. Tuju)
"Empati" (TUJULOCA)
"Tak Tahu" (Harith Zazman feat. TUJULOCA)
2021 "Veto" (DJ CZA, TUJULOCA & MK)

Sebagai penyanyi solo

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Catatan
2021 "Jiwa Pusing"
"Ralit" (ft. Malik Abdullah) OST J2: J Retribusi

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 The Masked Singer Malaysia (musim 1) Orang Utan Astro Warna Pemenang tempat ketiga
2021 Famili Duo (musim 1) Dirinya sendiri TV3 Peserta, bersama Loca B
All Together Now Malaysia Astro Ria Juri
  1. ^ a b c d e Sudirman Mohd Tahir (23 Februari 2021). "Tuju bawa jiwa pusing". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2022.
  2. ^ Mohd Haikal Isa (1 Mac 2021). "Kemaraan solo Tuju, rencana baharu K-Clique". Kosmo!. Dicapai pada 30 April 2022.
  3. ^ Aizam Manaf (16 Disember 2020). "Ada Yang Kata Kerjaya Seni Tiada Masa Depan, Tuju K-Clique Mahu Kisahnya Jadi Pengajaran". Media Hiburan. Dicapai pada 1 Mei 2022.
  4. ^ “Dulu Cuci Kereta, Alhamdulillah... Sekarang Dapat Bantu Keluarga” - Tuju K-Clique. mStar Online. Dicapai pada 30 April 2022.
  5. ^ Georgie Joseph (12 Julai 2019). "Perkukuh empayar hip hop". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  6. ^ Farhana Ab Rahman (4 Januari 2020). "K-Clique akui bergelut dengan populariti". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  7. ^ Georgie Joseph (5 September 2020). "TujuLoca ada cerita". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2022.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Mac 2021). "Jiwa Pusing bagai memoir Tuju". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2022.
  9. ^ Gerogie Joseph (18 Mei 2021). "Ralit 'kekuatan' J2: J Retribusi". Harian Metro. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  10. ^ Wawann Mohd (15 Mei 2021). "Ralit terpilih sebagai lagu tema J2: J Retribusi". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  11. ^ Najiy Jefri (13 Januari 2022). "Tuju sudah selesai dengan syarikat rakaman". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2022.
  12. ^ Scott Ng (4 Januari 2022). "K-Clique's Tuju releases solo debut album, 'TUJU UNTUK KAMU 18/19'". NME. Dicapai pada 30 April 2022.
  13. ^ Budiey (11 Januari 2021). ""Kami kahwin secara sah" - Loca B dedah punca merahsiakan perkahwinan dengan Tuju". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]