Ultimate Spider-Man
Ultimate Spider-Man | |
---|---|
Fail:Usm100.PNG | |
Maklumat penerbitan | |
Penerbit | Marvel Comics (Ultimate Imprint) |
Kekerapan keluaran | Bulanan |
Format | Berlangsung |
Tarikh penerbitan | Oktober 2000 – June 2011 |
Bil. isu | 160 |
Watak utama | Peter Parker/Spider-Man |
Pasukan kreatif | |
Ditulis oleh | Brian Michael Bendis dari bahan asal oleh Stan Lee dan Steve Ditko |
Pelakar | Mark Bagley Stuart Immonen |
Ultimate Spider-Man merupakan siri komik adiwira yang diterbitkan oleh Marvel Comics dari tahun 2000 hingga 2009. Siri ini dimodenkan dan diimej semula francis buku komik Marvel Spider-Man yang lama berlangsung dan merupakan sebahagian dari cetakan Ultimate Marvel. Ultimate Spider-Man wujud bersama watak Marvel digubah semula dalam judul Ultimate Marvel termasuk Ultimate X-Men, Ultimate Fantastic Four, dan The Ultimates.
Protagonist bagi Ultimate Spider-Man adalah Peter Parker, remaja prodigi sains yang tinggal di Queens, New York. Dia digigit oleh labah-labah yang diubah secara genetik dan mewarisi kuasanya termasuk tambahan kekuatan, kelincahan, dan tindak balas. Apabila pencuri bersenjata yang Peter berpeluang menghentikannya dahulu, membunuh pak ciknya Ben, dia berasa bersalah dan mengabadikan hidupnya melawan penjenayah sebagai vigilante bertopeng Spider-Man. Peter cuba mengimbangi sekolah, kerja, teman wanita, kehidupan keluarganya, hidup berkeluarganya dengan mak ciknya May, dan aktivitinya sebagai Spider-Man.
Ultimate Spider-Man mula dicetak pada 2000 di bawah artis veteran Spider-Man Mark Bagley dan penulis Brian Michael Bendis, yang mengembangkan kisah cerita asal 11-halaman kepada 180-laman, cerita puncak tujuh isu. Kedua mereka terus bekerjasama sehingga isu #111, apabila Mark Bagley pergi dan digantikan oleh Stuart Immonen.[1][2]
Bendis dan Bagley kerjasama bagi Ultimate Spider-Man menjadi rekod bagi cetakan beterusan paling lama bagi siri siri Komik Marvel oleh dua orang, penghormatan yang dahulunya dipegang oleh Stan Lee dan Jack Kirby bagi Fantastic Four. Selepas isu #133, siri itu dilancarkan semula, masih ditulis oleh Brian Michael Bendis dengan gambar olah David Lafuente. Pelancaran semula ini hayat pendek, meneruskan judul Ultimate Spider-Man dengan isu 3 dan meneruskan nombor asal dengan isu ke-16 (#150), sungguhpun siri tersebuk kembali dibatalkan dengan #160 dan dilancarkan kembali sebagai Ultimate Comics: Spider-Man, menonjolkan protagonis baru, Miles Morales, dan artis baru, Sara Pichelli. Edisi langsung bagi Ultimate Spider-Man #1 merupakan buku komik amat dicari dan dianggap sebagai buku komik paling berharga bagi Zaman Moden.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ " Sneak Peak at Stuart Immonen's work on Ultimate Spider-Man". Marvel.com. July 30, 2007.
- ^ Cronin, Brian (August 16, 2007). "Thoughts on Stuart Immonen’s Ultimate Spider-Man". Comic Book Resources.
- ^ "The Top 10 Rare Comics". Cover Browser. Retrieved August 11, 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Ultimate Spider-Man |