Pergi ke kandungan

X-SAMPA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

X-SAMPA (bahasa Inggeris: Extended Speech Assessment Methods Phonetic Alphabet) ialah sebuah bentuk kelainan SAMPA yang dikembangkan oleg John C. Wells, seorang profesor fonetik di Universiti London, pada tahun 1995, untuk menyatukan abjad-abjad SAMPA bahasa individu, serta memperluaskan SAMPA untuk meliputi seluruh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), maka terhasilnya penyusunan semula IPA kepada ASCII 7-bit berasaskan SAMPA.

SAMPA direka sebagai cara mengatasi ketidakmampuan pengekodan teks untuk memaparkan aksara IPA. Bagaimanapun, setelah Unicode mengembangkan sokongan untuk aksara IPA, maka semakin pudarnya keperluan menggunakan sistem terbaca komputer berasingan bagi memaparkan IPA dalam ASCII. Sungguhpun demikian, X-SAMPA masih berguna sebagai asas kepada kaedah input untuk IPA sebenar.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]
  • Aksara-aksara IPA yang berbentuk huruf kecil biasa sama nilainya dalam X-SAMPA.
  • X-SAMPA menggunakan tanda backslash susulan sebagai aksara lepasan untuk membentuk aksara baru. Contoh: O dan O\ berbeza sekali bunyinya.
Bagaimanapun, penggunaan tanda backslash boleh mendatangkan masalah, kerana sesetengah aturcara mentafsirkannya sebagai aksara lepas untuk aksara yang menyusulnya. Contohnya: backslash tidak boleh digunakan dalam aturcara Emu, maka perlunya menggantikannya dengan aksara lain (cth. bintang: '*') apabila memasukkan transkripsi fonemik ke dalam pangkalan data pertuturan Emu.
  • Tanda diakritik X-SAMPA menyusuli aksara-aksara yang diubahsuainya. Kecuali ~ untuk penyengauan, = untuk penyukuan, dan ` untuk penggelungan dan perotikan, diakritik disambungkan dengan aksara dengan aksara garis bawah _.
  • Aksara garis bawah juga digunakan untuk mengekodkan ikatan IPA.
  • Angka _1 hingga _6 merupakan diakritik simpanan sebagai trengkas untuk nombor nada bahasa individu.

Huruf kecil

[sunting | sunting sumber]
X-SAMPA IPA Imej IPA Huraian Contoh
a a vokal tak bundar depan luas Melayu kamu [kamu], Perancis dame [dam]
b b letupan dwibibir bersuara Melayu boleh [boleh], Inggeris bed [bEd]
b_< ɓ implosif dwibibir bersuara Sindhi ɓarʊ [b_<arU]
c c letupan lelangit tak bersuara Hungary latyak ["lQcQk]
d d letupan gusi bersuara Melayu dari [dari], Inggeris dig [dIg]
d` ɖ letupan gelungan bersuara Sweden hord [hu:d`]
d_< ɗ implosif gusi bersuara Sindhi ɗarʊ [d_<arU]
e e vokal tak bundar depan separuh sempit Melayu elak [ela?], Perancis ses [se]
f f geseran bibir-gigi tak bersuara Melayu feri [feri], Inggeris five [faIv]
g ɡ letupan velar bersuara Melayu garu [garu], Inggeris game [geIm]
g_< ɠ implosif velar bersuara Sindhi ɠəro [g_<@ro]
h h geseran glotis tak bersuara Melayu haru [hari], Inggeris house [haUs]
h\ ɦ geseran glotis bersuara Czech hrad [h\rat]
i i vokal tak bundar depan sempit Melayu itu [itu], Inggeris be [bi:]
j j malaran tak geser lelangit Melayu yang [jaN], Inggeris yes [jEs]
j\ ʝ geseran lelangit bersuara Yunani γειά [j\a]
k k letupan velar tak bersuara Melayu kari [kari], Inggeris scat [sk{t]
l l malaran tak geser sisian gusi Melayu lari [lari], Inggeris lay [leI]
l` ɭ malaran tak geser sisian gelungan Sweden (loghat Svealand) sorl [so:l`]
l\ ɺ tamparan sisian gusi Fonem Jepun /r/
m m sengauan dwibibir Melayu mas [mas], Inggeris mouse [maUs]
n n sengauan gusi Melayu nasi [nasi], Inggeris nap [n{p]
n` ɳ sengauan gelungan Sweden hörn [h2:n`]
o o vokal bundar belakang separuh sempit Melayu oleh [oleh]
p p letupan dwibibir tak bersuara Melayu padi [padi], Inggeris speak [spik]
p\ ɸ geseran dwibibir tak bersuara Jepun fuku [p\M_0kM]
q q letupan uvular tak bersuara Arab qasbah ["qQs_Gba]
r r getaran gusi Sepanyol perro ["per:o]
r` ɽ tamparan gelungan  
r\ ɹ malaran tak geser gusi Inggeris red [r\Ed]
r\` ɻ malaran tak geser gelungan Malayalam വഴി ["v6r\`i]
s s geseran gusi tak bersuara Melayu saman [saman], Inggeris seem [si:m]
s` ʂ geseran gelungan tak bersuara Sweden mars [mas`]
s\ ɕ geseran gusi-lelangit tak bersuara Poland świerszcz [s\v'erStS]
t t letupan gusi tak bersuara Melayu tidak [tida?], Inggeris stew [stju:]
t` ʈ letupan gelungan tak bersuara Sweden mört [m2t`]
u u vokal bundar belakang sempit Melayu ulang [ulaN], Inggeris boom [bu:m]
v v geseran bibir-gigi bersuara Melayu variasi [variasi], Inggeris vest [vEst]
v\ (atau P) ʋ malaran tak geser bibir-gigi Belanda west [v\Est]/[PEst]
w w malaran tak geser bibir-velar Melayu wang [waN], Inggeris west [wEst]
x x geseran velar tak bersuara Melayu khidmat [xidmat], Scots loch [lOx]
x\ ɧ geseran lelangit-velar tak bersuara Sweden sjal [x\A:l]
y y vokal bundar depan sempit Perancis tu [ty], Jerman über ["y:b6]
z z geseran gusi bersuara Melayu zakat [zakat], Inggeris zoo [zu:]
z` ʐ geseran gelungan bersuara Mandarin rang [z`aN]
z\ ʑ geseran gusi-lelangit bersuara Poland źrebak ["z\rEbak]

Huruf besar

[sunting | sunting sumber]
X-SAMPA IPA Imej IPA Huraian Contoh
A ɑ vokal tak bundar belakang luas Inggeris father ["fA:D@(r\)] (RP dan Gen.Am.)
B β geseran dwibibir bersuara Sepanyol lavar [la"Ba4]
B\ ʙ getaran dwibibir Bagaikan menggigil kesejukan ("brrr")
C ç geseran lelangit tak bersuara Jerman ich [IC], Inggeris human ["Cjum@n] (transkripsi kasar: [hj-])
D ð geseran gigi bersuara Inggeris then [DEn]
E ɛ vokal tak bundar depan separuh luas Perancis même [mEm], Inggeris met [mEt] (RP dan Gen.Am.)
F ɱ sengauan bibir-gigi Inggeris emphasis ["EFf@sIs] (disebut dengan cepat, transkripsi kasar: [Emf-])
G ɣ geseran velar bersuara Melayu loghat [loGat], Denmark vælge ["vElG@]
G\ ɢ letupan uvular bersuara Inuktitut nirivvik [niG\ivvik]
G\_< ʛ implosif uvular bersuara Mam ʛa [G\_<a]
H ɥ malaran tak geser bibir-lelangit Perancis huit [Hit]
H\ ʜ geseran epiglotis tak bersuara  
I ɪ vokal tak bundar hampir depan hampir sempit Inggeris kit [kIt]
I\ or ɪ̈   vokal tak bundar pusat hampir sempit Poland ryba [rI\bA
J ɲ sengauan lelangit Sepanyol año ["aJo], Inggeris canyon ["k{J@n] (transkripsi kasar: [-nj-])
J\ ɟ letupan lelangit bersuara Hungary egy [EJ\]
J\_< ʄ implosif lelangit bersuara Sindhi ʄaro [J\_<aro]
K ɬ geseran sisian gusi tak bersuara Wales llaw [KaU]
K\ ɮ geseran sisian gusi bersuara  
L ʎ malaran tak geser sisian lelangit Itali famiglia [fa"miLa], Sepanyol (Castilia) llamar [La"mar], Inggeris million ["mIL@n] (transkripsi kasar: [-lj-])
L\ ʟ malaran tak geser sisian velar
M ɯ vokal tak bundar belakang sempit Korea (eu)
M\ ɰ malaran tak geser velar Sepanyol fuego ["fweM\o]
N ŋ sengauan velar Melayu yang [jaN]
N\ ɴ sengauan uvular Jepun san [saN\]
O ɔ vokal bundar belakang separuh luas Inggeris RP thought [TO:t], Amerika off [O:f]
O\ ʘ klik dwibibir  
P (atau v\) ʋ malaran tak geser bibir-gigi Belanda west [PEst]/[v\Est], alofon fonem Inggeris /r\/
Q ɒ vokal bundar belakang luas Inggeris RP lot [lQt]
R ʁ geseran uvular bersuara Jerman rein [RaIn]
R\ ʀ getaran uvular Perancis roi [R\wa]
S ʃ geseran belakang gusi tak bersuara Melayu syarat [Sarat], English ship [SIp]
T θ geseran gigi tak bersuara Inggeris thin [TIn]
U ʊ vokal bundar hampir belakang hampir sempit Inggeris foot [fUt]
U\ ᵿ atau ʊ̈ vokal bundar tengah hampir sempit Inggeris euphoria [jU\"fO@r\i@]
V ʌ vokal tak bundar belakang separuh luas Inggeris RP strut [str\Vt]
W ʍ geseran bibir-velar tak bersuara Scots when [WEn]
X χ geseran uvular tak bersuara Klallam sχaʔqʷaʔ [sXa?q_wa?]
X\ ħ geseran farinks tak bersuara Arab <ح>ha’ [X\A:]
Y ʏ vokal bundar hampir depan hampir sempit Jerman hübsch [hYpS]
Z ʒ geseran belakang gusi bersuara Inggeris vision ["vIZ@n]

Aksara lain

[sunting | sunting sumber]
X-SAMPA IPA Imej IPA Huraian Contoh
. . pemisah suku kata  
" ˈ tekanan primer  
% ˌ tekanan sekunder  
' (atau _j) ʲ dipalatalkan  
: ː panjang  
:\ ˑ separuh panjang Bahasa Estonia membezakan tiga kepanjangan vokal
-   pemisah  
@ ə vokal pusat tengah Melayu enam [@nam], Inggeris arena [@"r\i:n@]
@\ ɘ vokal tak bundar pusat separuh sempit Paicĩ kɘ̄ɾɘ [k@\_M4@\_M]
{ æ vokal tak bundar depan hampir luas Inggeris trap [tr\{p]
} ʉ vokal bundar pusat sempit Sweden sju [x\}:]; Inggeris Aus/NZ boot [b}:t]
1 ɨ vokal tak bundar pusat sempit Wales tu [t1], Inggeris Amerika rose's ["r\oUz1z]
2 ø vokal bundar depan separuh sempit Denmark købe ["k2:b@], Perancis deux [d2]
3 ɜ vokal tak bundar pusat separuh luas Inggeris nurse [n3:s] (RP) atau [n3`s] (Gen.Am.)
3\ ɞ vokal bundar pusat separuh luas Ireland tomhail[t3\:l']
4 ɾ tamparan gusi Sepanyol pero ["pe4o], Inggeris Amerika better ["bE4@`]
5 ɫ malaran tak geser sisian gusi divelarkan; lihat juga _e Inggeris milk [mI5k]
6 ɐ vokal pusat hampir luas Jerman besser ["bEs6], Inggeris Australia mud [m6d]
7 ɤ vokal tak bundar belakang separuh sempit Estonia kõik [k7ik], Vietnam mơ [m7_M]
8 ɵ vokal bundar pusat separuh sempit Sweden buss [b8s]
9 œ vokal bundar depan separuh luas Perancis neuf [n9f], Denmark drømme [dR9m@]
& ɶ vokal bundar depan luas Sweden skörd [x\&d`]
? ʔ hentian glotis Melayu anak [ana?], Inggeris (loghat Cockney) bottle ["bQ?l]
?\ ʕ geseran farinks bersuara Arab ع‎ (`ayn) [?\Ajn]
*   aksara lepasan yang tidak ditetapkan, "konjunktor" SAMPA  
/   ketidakpastian dalam vokal Perancis  
<   mulakan tatatanda tanpa penggalan (cth., SAMPROSA)  
<\ ʢ geseran epiglotis bersuara  
>   tamatkan tatatanda tanpa penggalan  
>\ ʡ letupan epiglotis  
^ upstep  
! downstep  
!\ ǃ klik belakang gusi  
| | kelompok minor (birama)  
|\ ǀ klik gigi  
|| kelompok major (intonasi)  
|\|\ ǁ klik sisian gusi  
=\ ǂ klik lelangit  
-\ tanda penyambung  

Diakritik

[sunting | sunting sumber]
X-SAMPA IPA Imej IPA Huraian
_"   ̈ ditengahkan
_+   ̟ naik
_-   ̠ turun
_/ ˇ nada naik
_0   ̥ tak berusara
_<   implosif (IPA menggunakan aksara khusus untuk setiap implosif)
= (atau _=)   ̩ Sukuan
_> ʼ ejektif
_?\ ˤ difarinkskan
_\ ˆ   nada turun
_^   ̯ bukan sukuan
_}   ̚ tiada lepasan terdengar
` ˞ perotikan vokal, penggelungan konsonan (IPA menggunakan aksara berasingan untuk konsonan, lihat t` sebagai contoh)
~ (atau _~)   ̃ tersengau
_A   ̘ akar lidah mara
_a   ̺ hujung lidah
_B   ̏ nada amat rendah
_B_L  ᷅ nada rendah naik
_c   ̜ kurang bundar
_d   ̪ gigi
_e   ̴ Divelarkan atau difarinkskan; lihat juga 5
<F> global fall
_F   ̂ nada turun
_G ˠ divelarkan
_H   ́ nada tinggi
_H_T  ᷄ nada tinggi naik
_h ʰ berhembusan
_j (atau ') ʲ palatalized
_k   ̰ garau
_L   ̀ nada tendah
_l ˡ lepasan sisian
_M   ̄ nada sederhana
_m   ̻ laminal
_N   ̼ lidah-bibir
_n lepasan sengau
_O   ̹ lebih bundar
_o   ̞ direndahkan
_q   ̙ akar lidah undur
<R> global rise
_R   ̌ nada naik
_R_F  ᷈ nada naik turun
_r   ̝ dinaikkan
_T   ̋ nada amat tinggi
_t   ̤ mengah
_v   ̬ bersuara
_w ʷ dibibirkan
_X   ̆ amat pendek
_x   ̽ dipusat-tengahkan

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]