Yong Teck Lee
Yong Teck Lee PJN; SPDK, PGDK (Sabah) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah | |
ADUN Lantikan | |
Menyandang jawatan 8 Oktober 2020 | |
Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah | |
Menyandang jawatan 11 Mac 2022 | |
Presiden Parti Progresif Sabah | |
Menyandang jawatan 22 Januari 1994 | |
Timbalan | Edward Dagul |
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 8 September 2020 – 10 Disember 2022 | |
Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan Mei 1996 – Mei 1998 | |
Didahului oleh | Salleh Said Keruak |
Digantikan oleh | Bernard Giluk Dompok |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Gaya, Sabah | |
Dalam jawatan 1985–2002 | |
Didahului oleh | Philip Yong Chiew Lip |
Digantikan oleh | Liew Teck Chan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Likas | |
Dalam jawatan 1982–2004 | |
Didahului oleh | Chin Kok Kong |
Digantikan oleh | Liew Teck Chan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lahad Datu, Borneo Utara (kini Sabah) | 3 Oktober 1958
Parti politik |
SAPP (2020-kini) SAPP Parti Maju Sabah (1994-) PBS (1982-1994) |
Pasangan | Datin Seri Panglima Stella Kong Yin Kiun |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP). Beliau juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah di bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.[1] Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah.[2] Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002. Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London, United Kingdom.[3]
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau mula berkecimpung dalam politik menerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) sejak tahun 1985.
Meninggalkan PBS, Menubuhkan SAPP
[sunting | sunting sumber]Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan ADUN berbangsa Cina daripada PBS, membentuk Parti Maju Sabah (SAPP). Pada 20 Januari 1994, Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja. Pada 21 Januari 1994, pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru manakala pada 22 Januari 1994, Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.
Hilang Kelayakan ADUN dan Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah. Oleh itu, beliau tidak dibenarkan bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.
Usul Tidak Percaya Kepada PM
[sunting | sunting sumber]Pada 18 Jun 2008, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau turut menyokong tindakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen. [1]
Menyertai Perikatan Nasional
[sunting | sunting sumber]Yong telah membawa Parti Progresif Sabah menyertai Perikatan Nasional sebelum bertanding di Pilihan raya negeri Sabah 2020. Dalam pilihan raya tersebut, semua calon SAPP telah tewas.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Chief Minister with a mission for State". New Straits Times. New Straits Times Press. 29 August 1996. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ Bingkasan, Joseph (27 July 1990). "Rousing welcome for King and Queen". New Straits Times. New Straits Times Press. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ "Yong entered politics after law studies". New Straits Times. New Straits Times Press. 28 May 1996. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ Parti Maju Sabah masuk PN