Pergi ke kandungan

Yayasan Pengaman Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yayasan Pengaman Malaysia atau singkatannya Pengaman merupakan sebuah yayasan anggota polis Malaysia (PDRM) yang kini dipengerusikan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai.

Pengaman baru ditubuhkan pada 2012.[1]

Serang hendap di Pulau Mabul

[sunting | sunting sumber]

Insiden serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah tempat peranginan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah pada Sabtu 12 Julai 2014 dianggap satu pencabulan terhadap undang-undang negara. Anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan negara dijadikan sasaran oleh pihak tertentu.

Sepatutnya ESSCOM lebih tegas supaya kejadian yang telah mengugat maruah polis tidak berulang lagi. Kerjasama ESSCOM dengan pihak berkuasa Filipina dalam risikan dan penguatkuasaan amat mustahak. Dalam serang hendap itu, polis marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan terbunuh dan Koperal Zakia Aleip hilang diculik.[2]