Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Wednesday, 19 August 2020

Resipi Waffle Yang Senang Aje Pun :) (Buttermilk Waffle)

Assalamualaikum dan hello:)

Hai waffle 😋

Rasa lama tak buat waffle kat rumah. Hampir terlupa waffle maker Russell Taylor dalam gerobok 😀😂. Tiap kali nak buat waffle mesti google balik resipi. So kali ni simpan sini senang nak rujuk sendiri.

Tak susah mana pun nak buat waffle sendiri walaupun tak guna tepung premix. Guna bahan-bahan yang biasa je kat dapur.  Resipi ni ambil dari Anna Olson my favourite chef hehe. Resipi Buttermilk Waffle.

Wednesday, 9 October 2019

Waffle Maker Russell Taylors & Tepung Premix Pancake / Waffle D'Rosni

Assalamualaikum dan hello :)

Nampak gayanya sekarang macam 1-2 post je setahun ek 😂.

Ok tak payah cerita panjang-panjang lah. Saje aje nak cerita pasal waffle maker ni. Lamaaaaaa dah survey waffle maker tapi lepas tu terhenti. Sampailah ada sekali tu shopping groceries kat Mydin USJ terpandang kotak tepung premix pancake keluaran D'Rosni kat rak produk IKS. Teruja nampak ada produk IKS muslim yang keluarkan tepung premix ni, belilah satu sebab memang selalu buat pancake kat rumah untuk breakfast anak-anak.

Tepung premix pancake / waffle D'Rosni

Waffle boleh, pancake boleh. 12 keping waffle tu tak pasti besar mana. Kalau tak silap dapat 4/5 keping haritu. Lupa dah

Lepas belek-belek kotak nampak ada mention 2 in 1, boleh buat pancake dan boleh buat waffle. Mulalah trigger balik perasaan nak beli waffle maker tu. Bukak balik survey....

Lepas dok survey, berminat nak beli brand Trio sebab kalau buka Lazada or Shopee, Trio banyak yang beli and banyak star  hehe.

Tapi tu la ada penyakit sikit perangai saya ni bila rasa nak beli tu kalau boleh time tu dapat barangnya hehe. Kalau time bersabar tu boleh takat survey sampai 4 tahun. Tapi time datang nak beli tu memang macam terdesak benau haha.

Tapi malang sikit semua Trio shipping ambil masa 3 hari ke atas. Hahaha mak tengah panas punggung nak beli tak sanggup nak tunggu haha.

End up beli Russell Taylors. Sebab kat Lazada, brand ni ada pilihan 'express delivery'. Means dapat hari yang sama. Cuma kalau order lewat petang tak dapat la hari yang sama. Kalau nak, order pagi. Petang tu insyaAllah akan  terima barangnya.


Russell Taylors pun banyak positive reviews dan stars so sebenarnya pilihan yang baik juga. Tapi Trio boleh pusing hihi.. tapi tujuan pusing pun tak pasti kenapa 😅.

So 9 pagi order, dalam 5 petang sampai. Yabedabeduuuu hahaha!!

The next morning try buat waffle guna premix D'Rosni ni. Ada juga bahan yang tak ada, adjust je la mana yang ada hehe...

Sedikit kekurangan bila kabel wayar sedikit pendek 😬

Siap dah waffle

Sapu peanut butter dan choc chip


Mudah sangat nak guna waffle maker ni. On je then sapu minyak sikit kat kedua-dua plet. Tunggu heating dalam maybe 3 minit. Tuang 1 cawan adunan, tutup. Biar masak ikut suka masa kita lah. Tapi at least dalam 3 minit juga. Kalau taknak perang sangat lah. Kalau suka perang sikit maybe dalam 6 minit ke atas lah (kalau sanggup tunggu hihi).

Setakat hari ini dah 4 kali dah la buat waffle 😁

Ok tu je lah haha.. silalah beli satu 😂

Tuesday, 13 March 2018

Resipi Airfryer : Ikan Bakar Tomyam -2 bahan aje

Assalamualaikum dan hello :)

Hehe over dak tajuk?
Tengah bajet-bajet belum busy ni,meh kita update blog sikit-sikit hihi :D.

Ni menu time tak de benda sangat kat rumah. Simple je 2 bahan.
Ok ok 3 bahan kalau termasuk ikan nya lah..

 AirFryer : Ikan Bakar Tomyam 2 Bahan Je

Bahan:
Ikan
Perencah tomyam Adabi
Daun limau purut
2 bahan aje ni
Cara:
1. Lumurkan perencah tomyam kat ikan
2. Koyak-koyak sikit daun limau purut dan susun sekali dengan ikan dalam aluminium foil. Tak ada aluminium foil boleh guna daun pisang atau apa-apalah. Tujuan nak 'tadah' kuahnya sikit je hehe..
3. Air fryer suhu 200darjah 15 minit. Check dah masak belum, kalau belum boleh tambah sikit lagi masa.
guna ekor ikan siakap je
ikan siakap kami tu saiz besau punya :)
guna airfryer je
Simple dan instant sungguh kan.. Dan rasanya sedap. Sesuai la untuk mak-mak berkerjaya yang tak menang tangan nak buat segala benda. 

Sebelum ni saya tak rajin sangat beli pes-pes segera ni. Selalu bajet buat dari scratch konon-kononnya.. Tapi dah anak berderet ni kena minimumkan masa kat dapur. Sebab banyak lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan dan lebih priority.

Hidup ini bukan setakat untuk makan hehe...

Monday, 11 December 2017

Resipi : Nasi Goreng Kimchi/ Kimchi Bokkeumbap

Assalamualaikum dan hello :)

Asyik cerita makanan aje kan haha.. terapi weh :D

Kadang-kadang tekak ni terasa nak makan ala-ala korea lak kat rumah. No hal. Selalu save resipi dari Maangchi.com. Resipinya mudah dan guna bahan-bahan basic yang kita kenal dan senang cari.

Malam tadi malas nak masak lauk bagai sebab anak-anak dah perabihkan kokocrunch sekotak. Tinggal maknya, sikecik Ali yang tak kenyang-kenyang dan ayah. Ada lebihan nasi semalam, kita goreng aje lah.. Buat Nasi Goreng Kimchi..


NASI GORENG KIMCHI/ KIMCHI BOKKEUMBAP/ 김치볶음밥
Resipi asal : Maangchi

Bahan:
3 cawan nasi
1 cawan kimchi - cincang

1/4 cawan air/jus kimchi
1/4 cawan air
1/2 cawan isi ayam/ daging - potong kecil - optional
3 tsp minyak bijan
1 tbsp minyak masak

tabur atas :
1 batang daun bawang - hiris
1 keping seaweed - layurkan atas api, renyuk/ hancurkan/ gunting halus
bijan

Cara:
1. Panaskan minyak masak
2. Goreng isi ayam/daging sehingga masak
3. Masukkan kimchi, goreng sebentar.
4. Masukkan jus kimchi, air, nasi. Goreng rata
5. Tambahkan minyak bijan. Kacau rata.
6. Hidang, taburkan daun bawang dan seaweed. Tabur bijan.



Monday, 4 December 2017

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Terung Korea Chef Baek Jong Won (Gajibap)

Assalamualaikum dan hello :)

Kali ni just nak share resipi Nasi Terung 'adaptasi' resipi dari Chef Baek Jong Won dari slot Home Food Rescue. Nasi Terung a.k.a Eggplant Rice atau dalam bahasa korea Gajibap 가지밥 .

Guna Philips Pressure Cooker. Kemain dah sekarang rice cooker dok dalam stor dah haha.. Semua balun masak pakai Philips Pressure Cooker. Kerja keras 'beliau' sekarang ;)


Pelajaran bahasa korea sikit,
Gaji 가지 = Terung
Bap 밥 = Nasi



NASI TERUNG KOREA (EGGPLANT RICE) 가지밥 GAJIBAP
Inspired dari rancangan Home Food Rescue (Chef Baek Jong Won)

Bahan:
2 cawan beras - basuh dan tos
2 1/2 cawan air
4 tbsp minyak zaitun
1 batang daun bawang - hiris halus
1/2 cawan daging ayam/ lembu kisar
2 biji terung panjang - potong memanjang dan hiris setebal 0.5cm
2 tbsp kicap cair

Cara:
1. Basuh beras dan tos
2. Panaskan minyak zaitun, tumis daun bawang sehingga sedikit layu(untuk jadikan minyak daun bawang)
3. Masukkan daging ayam/ lembu kisar, kacau hingga masak
4. Masukkan terung, kacau sebentar
5. Masukkan kicap cair dan kacau untuk ratakan pada terung
6. Masak sehingga sedikit layu. Tutup api dan ketepikan.
7. Masukkan beras dalam inner pot dan air
8. Masukkan terung tadi ke atas beras dan ratakan.
9. Masak dengan mode 'steam'/'congee' KPT 10 minit
10. Siap masak, release pressure, gaul rata nasi dan terung.
11. Hidang bersama sos kicap dan side dish lain.

Nota:
* Jumlah air mengikut preference. Saya suka masak nasi ratio beras: air = 1:1.5 cawan
* Mode 'steam'/'congee' buat KPT 7minit pun boleh tapi saya suka 9-10 minit hehe.
* Guna mode 'rice' 14 minit pun boleh je :)


SOS KICAP

Bahan:
1/4 cawan daun bawang - hiris halus
1/4 cawan daun kucai -hiris halus
1 cili hijau/ cili api (kalau nak extra pedas) - cincang
1 tbsp serbuk lada kasar
1/2 tbsp gula perang/ madu
1 tsp bawang putih cincang
1 tbsp minyak bijan
1/3 cawan kicap cair
1 tsp bijan-tumbuk

Cara:
Campurkan semua bahan. hidang.

Boleh makan dengan side dish lain macam kimchi ke, stew ke.. apa-apa la.. ;D
Tu je.. wassalam..

Friday, 29 September 2017

Easy Egg Muffin (Muffin telur mudah)

Mudah sangat!

Assalamualaikum dan hello :)

Saja-saja je cuba buat egg muffin ni. Egg muffin lah sangat kan hehe..

Sebab ada terlebih kobis cincang daripada buat takoyaki subuh tadi, cepat-cepat adunkan jadi egg muffin. Bajet nak bekalkan Husna dan Aliff tapi kedun benau maknya nak menyiapkan... So rezeki Zara lah bawak rumah nenek untuk breakfast ;D


Bahannya mudah aje takyah susah-susah fikir... Guna apa yang ada kat rumah sudah :D

Egg Muffin (5 biji)

2 biji telur - kacau
1 sudu tepung gandum (saya taknak telur melimpah-limpah sangat)
capsicum, kobis cincang, sosej, cheese (apa-apa bahan ikut suka)
garam
serbuk lada hitam
sos cili/tomato
mayonis


Cara:
1. Acuan sapu minyak/butter atau lapik dengan muffin cup
2. Semua bahan campur dan kacau sekali (kecuali sos cili/mayonis)
3. Masukkan dalam acuan
4. Bakar dalam air fryer/ oven 180C selama 18-20minit
5. Keluarkan sekejap, drizzle sos cili/tomato dan mayonis, masukkan semula sambung bakar 5 minit.

Siap!
Makan panas-panas sodap.. Dah sejuk tak tau la apa rasanya... kat rumah ni semuanya tak sempat sejuk dan habis licin :D

Saya guna Air Fryer Pensonic muatlah beberapa biji je, kalau nak banyak masak sekali bolehlah guna oven besau :D

ok bai :)


Tuesday, 11 October 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Bubur Nasi Ayam

Assalamualaikum dan hello :)

Kali ni cerita masak dengan PHILIPS Pressure Cooker (PPC) lagi. Jangan jemu dehh...

Actually dah baaaaanyak masak memasak guna PPC ni. Sekarang rice cooker jarang guna, dapur jarang berasap hihi.. Tapi masih memasak ye. Guna PHILIPS Pressure Cooker lah..

Kali ni nak share resipi bubur nasi ayam. Simple version ok.  Simple pun sedap ape.. ala-ala McDonald je rasanya ;D.  


Masak bubur ni pun sebab Aliff tak sihat dok muntah-muntah tak tahu apa silap makan. So ingat nak masak benda yang mudah hadam. Aliff request belikan bubur McD tapi fikir baik buat sendiri aje lah. nak siap-siap tukar baju lagi, start kereta drive gi McD pun dah kot lebih setengah jam. Dah sampai takkan la nak beli bubur aje kan.. mau anak-anak lain nak juga order itu ini huhu.. Baik masak sendiri aje lah :D

Ikut pengalaman sebelum ni masak bubur guna pressure cooker stove-top Trio tu, masak 1 cawan tak cukup masa tu. Siap kena masak 2 kali untuk anak-anak pulak. So kali ni decide masak 2 cawan beras terus. Tapi end up jadi banyak la pulak hehe... 

Si lepas-lepas ni rasanya akan stick pada 1 cawan beras sahaja. Or paling banyak 1.5 cawan beras. For the whole family of 6 :D

Ok saya share kan resipinya ok :)

Bubur Nasi Ayam PHILIPS Presssure Cooker
oleh : Norliza Othman

Bahan :
2 cawan beras
12 cawan air
1 inci halia - hiris kasar (mudah nak asingkan selepas masak)
dada ayam - beberapa ketulan besar (akan dicarik-carik selepas masak)
1/2 batang lobak merah - hiris mancis (*optional)
1 1/2 tsp stok ayam
2 tsp garam
1/2 - 1 tsp serbuk lada hitam kasar

Cara :
  1. Masuk semua bahan ke dalam inner pot PHILIPS Pressure Cooker
  2. On Mode 'Congee' default 13 minit (*baca Nota)
  3. Tunggu siap masak. Off suis/plug PPC
  4. Biarkan pressure natural release (jangan pusing knob ke vent)
  5. Bila floating valve dah drop, buka penutup, keluarkan isi ayam dan carik-carikkan
  6. Hidangkan bubur nasi bersama isi ayam, daun bawang, minyak bijan dan bawang goreng.


Nota:
  1. Nisbah beras : air adalah 1 cawan beras : 6 cawan air (tak kisahlah cawan apa pun ;))
  2. Saya set kan masa memasak KPT 20 minit. Tekstur bubur sangat hancur dan air diserap sepenuhnya (tak berkuah). Saya rasa default timer 13 minit memadai kot :D
  3. Lepas masak, tak boleh pusing knob terus dari 'sealed' ke 'vent' sebab bubur akan tersembur keluar dari knob tu. Kalau masak sup/ berkuah yang banyak/ bubur disaran untuk biar pressure natural-release.
  4. Kalau nak percepatkan sikit pressure keluar, lepas off PPC, boleh cuba perlahan-lahan tolak sikiiiiiiiittttt aje knob tu bagi wap keluar sikit, bunyi berdesing sikit gitu. Sikiiiiiittttt aje tau.
  5. Pastikan paras maksimum inner pot PPC ditepati. Ada level maximum kan yang ditanda. Jangan melebih tanda maksimum tu, takut akan overflow.

Itu aje.. selamat mencuba :D


PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..

Friday, 23 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Pulut Durian

Assalamualaikum dan hello :)

Busy minggu ni. Dah selesai kerja berkaitan audit dalaman, sekarang kena concentrate untuk anugerah pejabat pula.  Mula-mula nak marah juga bila dapat task yang sama ni, bertahun. Sebab dah bagitahu bos awal-awal bagi pada staf lain sebab asyik-asyik liza, asyik-asyik liza. Kerja pecah kepala je bagi kat liza emmm.. Lagipun idea sama, tak fresh. Kalau bagi pada staf lain, idea berbeza, nampak lah kelainannya, inovasinya, kreativitinya yang lain dari biasa. Tapi dah SYMP, terpaksa terima juga. Nak buat macam mana? kulikutif je :).


Ok, kali ni just nak share percubaan masak pulut durian. Honestly, saya tak pernah makan pulut durian. Dan actually, pulut sendiri pun saya kurang gemar sebenarnya. Tapi anak-anak saya memang suka makan pulut. Maybe ikut selera ayah mereka kot. Durian, saya suka. Tapi anything yang masak bersama durian, saya tak suka hehe... 

Husband request masakkan pulut durian masa cuti Aidiladha haritu. Pening juga nak layan permintaan masakan yang saya tak pernah masak/ makan ni. Tapi jarang sangat (or tak pernah) saya kata 'no' bila husband/ anak request nak makan itu ini. Kalau boleh diusahakan, saya usahakan juga lah. So lepas google sana sini, husband pun guide sikit-sikit... Taraaaa.... inilah hasilnya. 


Dah siap tu saya cuba juga makan, tapi emmmm tak lalu tekak lah. Maaf huhu... Saya cakap dengan husband, tak makan tak apa kan.. janji apa yang dia nak makan, saya boleh buatkan...hehe... 

Pulut Durian ni saya masak guna PHILIPS Pressure Cooker sahaja. Memang mudah sangat dan cepat. Pulut jadi lembut dan gebu sampai ke malam pun masih lembut lagi. Saya makan dengan sambal ikan bilis baru lalu hehe...


Mudah je..

Pulut Durian PPC
oleh : Norliza Othman

Bahan :
4 cawan pulut
4 cawan air
(nisbah pulut : air = 1 : 1, jadi boleh kurangkan ikut suka)

Cara :
Pulut dibasuh, tos dan masukkan dalam inner pot (tak perlu rendam)
Masukkan air ikut sukatan
On mode 'steam/stew'
Ubah KPT (Keep Pressure Time) kepada 7 minit
Knob di 'sealed'
Lepas siap masak, boleh gembur dan hidangkan.

Bahan lain:
Gula melaka/ gula kabung/nisse yang diparut
Santan segar dimasak sebentar dengan sedikit garam
Isi durian




Pulut 4 cawan sebenarnya terlalu  banyak untuk kami sekeluarga. Biasanya kalau masak nasi pun maksimum 2 cawan beras dah memadai. Ni sebab nak habiskan stok pulut yang ada :)
Jadi sukatan pulut tu ikutlah biasa makan banyak mana hehe....

Ada kawan yang bagitahu, pulut yang dia masak ada yang jadi kurang masak. Saya tak pasti jenis-jenis pulut yang ada kot berbeza-beza. Pulut ni saya beli dah siap timbang (pre-pack) di Hero Market je. Belum cuba lagi pulut jenama lain. :D

Apapun saya bersyukur sebab berbaloi adanya PHILIPS Pressure Cooker di rumah sekarang. Even husband  pun puas hati gadjet ni digunakan sepenuhnya hehe... Terima kasih abang sebab sponsor :).. Lepas ni boleh sponsor Air Fryer pulak hihihiii....

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik.. 

Friday, 9 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam dan Tips

Assalamualaikum dan hello :D

Baru dapat bersiaran. Minggu ini kesibukan dengan urusan audit dalaman di CSFJ. Selaku urusetia, kena jadi auditee juga. Banyak yang perlu diuruskan. Tapi itu hal di pejabat lah. Sampai rumah, dah perlu tukar 'topi' dan 'uniform' juga. Jadi mak, chef dan lain-lain :).

Nak buat pengakuan, sejak dapat dan guna Philips Pressure Cooker (PPC), rasa macam malas pula nak masak dengan dapur gas. Pulak dah hehe... Senang kerja sangat bila guna PPC ni. Even, masa penyediaan lagi lama dari masa masak. 

Ok kali ini nak share resipi masak Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam guna PPC. Dua menu ni masak sekali jalan tau. Siap 2 menu dalam 7 minit sahaja. Amacam? :). Nasi goreng fishcake ni dilihamkan dari menu Nasi Goreng Yong Chow kat Orchid Bistro. Actually macam nasi goreng cina aje pun.

 

Macam mana masak sekali jalan? 

Senang aje. Masak 2 layer. Bahagian bawah (dalam periuk PPC) masa nasi goreng, atas masak sosej lada hitam ala-ala teknik kukus. Untuk masak macam tu kena ada peralatan tambahan iaitu mangkuk tahan panas macam stainless steel, pyrex, seramik dan lain-lain. Dan satu lagi alatnya adalah pelapik periuk, lapik pengukus atau 'trivet'.

Saya guna lapik periuk yang dibeli di Aeon Big bahagian alat memasak. Kena ukur dulu diameter dalam periuk takut nanti tak muat. Dan kakinya kena cari yang 'bulat' atau tak tajam so tak akan mencalarkan dasar periuk PPC.



Ok jom kita tengok resipi sempoi ni. Jangan lupa baca Nota/Tips yang ada ye.

Sosej Lada Hitam PPC
oleh : Norliza Othman


4 batang sosej ayam (hiris) - kalau beku pun tak apa. Tak perlu thaw :)
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 labu bawang besar (potong baji)
3 biji cendawan shitake kering (basuh dan potong)
1/2 biji tomato (potong baji)
daun bawang (potong 1inci)

Cara :
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk tahan panas (kecuali tomato & daun bawang).
2. (Lihat langkah no.5 - 9 dalam resipi Nasi Goreng Fishcake)


3. Dah siap masak, masukkan hirisan tomato dan daun bawang, gaul-gaul. Boleh biarkan sekejap untuk bagi haba yang tinggal memasakkan tomato & daun bawang.

Nasi Goreng Fishcake PPC
oleh : Norliza Othman


Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air (bergantung pada beras yang digunakan)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 cawan hirisan kobis
1/2 batang lobak merah (hiris batang mancis)
Fishcake (yang bergoreng) hiris - kalau guna yang panjang boleh guna 2 batang
Garam
Serbuk Lada hitam

Cara-cara:
1. On PPC, tekan mode 'steam/stew', set 'keep pressure time (KPT)' sehingga 7 minit. Tekan 'start'. PPC akan mula pemanasan/ 'heating'. Masa ni kita boleh tumis-tumis apa yang patut.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih sekejap.
3. Masukkan hirisan fishcake dan kacau sebentar.


4. Masukkan beras, air, lobak merah & kobis. Rasakan garam, lada hitam.
5. Letakkan pelapik periuk/ 'trivet'

6. Letakkan mangkuk tahan panas (berisi sosej) ke atas pelapik tadi.
7. Tutup PPC, pastikan valve di 'sealed/pressure'.
8. Tunggu... sampai masak :)

9. PPC bunyi (tanda masa memasak tamat) dan akan automatik ke fasa 'keep warm'. Pusing valve ke 'vent' perlahan-lahan untuk keluarkan wap/tekanan. Berhati-hati dengan tangan anda ya, wap panassss :D


10. Gaul-gaulkan nasi. Boleh dihidangkan.

NOTA / TIPS MEMASAK DENGAN PHILIPS PRESSURE COOKER (PPC)
  1. Sekiranya PPC dah mula tunjukkan masa memasak walaupun penutup PPC belum dipasang, off semula PPC dan set semua 'steam/stew', KPT 7 minit dan tekan 'start'.
  2. Semasa proses pemanasan/'heating', panel PPC akan tunjuk 'pusing-pusing' je. Belum tunjuk masa lagi. 
  3. Proses 'heating' dan 'build up pressure' akan mengambil masa bergantung kepada jumlah bahan/cecair di dalam PPC. Harap bersabar ye sebelum anda melihat masa memasak 7 minit terpapar di panel PPC :D
  4. Sukatan untuk masak nasi dalam PPC biasa dicadangkan nisbah 1 beras : 1 air.  Tapi pastikan juga paras air dapat menutupi/sama paras dengan beras. Rata-ratakan beras dalam periuk. Sekiranya dengan nisbah 1:1, beras lebih tinggi dari air, cuba tambahkan air sekadar beras dapat tenggelam. Sebabnya kadang-kadang bahagian atas nasi tak cukup masak.
  5. Sekiranya nak letak sayur yang cepat masak/lodoh cth: sayuran berdaun, elak dari masukkan terlalu awal. Disarankan selepas masa memasak tamat dan wap telah dikeluarkan, masukkan sayuran tersebut, gaul-gaul dan tutup semula penutup PPC sebentar. Haba yang masih ada akan memasakkan sayuran tersebut.
  6. Masa nak pusing valve ke 'vent', pastikan tangan anda tak berada di atas lubang yang akan mengeluarkan wap panas itu. Boleh tolak perlahan-lahan guna senduk. Elak dari pusing valve sepenuhnya. Terkejut nanti dengan wap tu. Biar keluar perlahan-lahan. Boleh juga letakkan kain lembap atas lubang wap untuk elak air terpercik merata-rata (terutamanya kalau masak berkuah).
  7. Bila nasi dah masak, boleh segera hidangkan dalam bekas lain atau keluarkan dari periuk PPC. Sebab haba yang ada masih boleh memanaskan nasi dan seterusnya menjadi berkerak.
Ok selamat berPPC :D

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..