Sunday, 10 May 2026

Terima Kasih Ya Allah atas Jemputan ini

 Sambungan yg semalam. Ngantuk sgt mlm td. Pagi ni sambung balik. En suami kata, kita jumpa kat Klinik MZ terus lah lepas maghrib. So, mlm tu terpaksa tinggalkan Aqlan dan Arissa study sendiri utk exam esoknya. Tawakkal jela.. Aku pun bergegas ke Klinik MZ. Alhamdulillah semuanya selesai. Surat tawaran haji dah keluar. Klinik boleh key in result terus ke link TH tu, vaksin aku pun dah amik, my sejahtera dah update. Cuma bacaan kolestrol kitorang tinggi sikit dr aras normal. Tapi lepas utk pegi haji. Skg ni makan kena berpada-padalah. Umur pun dah 40lebih. Mungkin faktor tu juga kot. 

Berbaki beberapa hari je lagi sebelum tarikh berangkat. Sebenarnya aku plan hujung tahun ni baru nak join Kursus Asas Haji kt masjid berdekatan rumah. Dari tahun lepas lagi aku dh tgk2 youtube pasal kursus haji, baca buku travelog haji oleh Prof Kamil. Baca blog catatan haji. Cuma mmg tak sangka secepat ini Allah menjemput kami. Ya Allah terharu sangat. Semoga kami benar2 bersedia mental, fizikal dan hati untuk menyahut seruan haji. 

Jumaat lepas, aku dah en suami settlekan document. Install aps Saudi Visa Bio&MyNIISe. Saudi Visa Bio tu mencabar kesabaran untuk membuatnya. Kena scan jari, ibu jari kiri, 4 jari selebihnya. Pastu ibu jari kanan pula & 4 jari kanan yg selebihnya. En suami buat sekejap je. Part aku, lama naw nk settle sebab mungkin kulit jari perempuan kan nipis, selalu guna sabun2 tu yg dia lama nk scan. Dah scan, dia suruh ulang lagi.. ulang lagi.. mmg byk kali la buat tak lepas2. Lps tu, tangkap gambar visa haji, then bergegas ke Menara TH di KL untuk serahkan passport dan document tersebut. Sepanjang hari Jumaat tu hujan je, econ dlm pej TH tu rasa sejuk betul. Badan aku pulak mcm dedar2 sebab smlm tu baru lps cucuk vaksin. Dah mcm baby pulak..asal cucuk je demam..haha. Kaunter TH tutup pukul 12.15pm. Nombor kami belum dipanggil lagi, so nombor kami akan dipanggil slps solat jumaat. 

En suami solat jumaat di Menara TH je then sambung menunggu nombor giliran. Dalam pukul 2.40pm mcmtu baru settle. Terus gerak ke Menara Selborn untuk ambil brg haji dari TH Travel dan sedikit briefing mengenai perjalanan haji nanti. Dapat luggage beg, saiz besar dan saiz hand luggage, sling beg, kain ihram, telekung mini, tudung tuala, al quran tafsir, payung dan buku doa2. Nanti waktu daftar masuk baru dia bagi tudung, t shirt utk lelaki, begpack dan apa ntah lagi. 

Settle semua tu terus bergegas ke sekolah Aqlan dan Arissa.. minta maaf la anak2 lambat ambil hari ni.. sampai sekolah diorg dh pukul 5.30pm.. Arissa ckp igtkan ibu tertidur sampai terlupa nk amik diorg. Haha.. 

Kesimpulannya kan. Walaupun kita dah rancang nak buat itu ini. Tapi rupanya Allah ada perancangan yg lebih baik lagi. Semalamnya ms en suami nk gerak ke airport dia tanya, kalau dpt panggilan haji ni nak pegi ke tak? Aku cakap, kalau dpt tawaran haji, kita pegi lah haji. Nak travel pun sbnrnya rasa serba salah sebab tak settlekan haji lagi. At least kalau dah settle haji, nk travel tu xla rasa bersalah sangat. Peluang dtg sekali sahaja ni, akan dtg kita tak tau macammana. Kesihatan kita pun kita tak dpt jangka. Mak aku cakap, xpe lah jgn risau. Allah akan ganti yg lebih baik lagi. 

Dulu2 aku selalu doa supaya dpt tunaikan haji sblm umur 40tahun. Tapi sampai umur 40tahun, masih belum dpt lg panggilan haji. Lpstu aku tukar doa supaya Allah beri peluang untuk aku tunaikan haji pada tahun yg terbaik buat aku. Alhamdulillah.. Allah dah perkenankan pd tahun ini dengan pelbagai ujian sblmnya. Aku tau ini merupakan ujian buat aku dan suami sblm kami benar2 melalui fasa2 dalam pelaksanaan kerja haji nanti. Semoga Allah permudahkan jalan ini, kurniakan kpd kami kesabaran, kesihatan yg baik sepanjang berada di sana, dpt melakukan ibadah dgn sebaik-baiknya di sana, semoga kami dpt menjadi tetamuNya yang teristimewa dan Ya Allah semoga Engkau terimalah ibadah kami dan semoga kami mendapat haji yg mabrur. Aminn. 

Manusia merancang, Allah juga merancang

 Assalamualaikum…

Khamis lepas sebenarnya en suami ada business trip ke Tukmenistan, flight direct dr KLIA ke Tukmen menaiki Tukmen Airlines. Baliknya dia naik Emirates transit di Istanbul. Disebabkan transit di Istanbul, en suami berhasrat nak bawa aku jalan-jalan di Istanbul dan lajak sikit ke Cappadocia. Kiranya selepas habis kerja dia di Tukmen, aku fly dr KLIA ke Istanbul, then kami jumpa di Istanbul. Tiket flight, hotel dan ground travel agent di Cappadocia semua dah booking. Nak dijadikan cerita, Rabu sehari sebelum berlepas, kwn en suami ada forward nombor seorang pegawai Tabung Haji ni. Dia ckp kalau nak buat rayuan haji try la contact dia. Sambil2 meeting En suami pun try la wassap dia, bgtau yg kami suami isteri dah buat rayuan 2 kali tapi tahun ni tak dapat, boleh tak kalau dia masukkan nama kami untuk tahun depan. 

Tak lama lps tu, pegawai tu terus call semula en suami katanya ada 2 tempat kosong ni, urgent. Bakal haji tu tak fit utk teruskan haji. Rupanya dia eksiden, agak teruk juga keadaannya. Jadi, diorang tolak tawaran. Pegawai TH tu tanya en suami kalau encik dah bersedia kewangan dan menepati syarat2 yang ditetapkan, boleh dia forwardkan nama dan butir2 diri kami suami isteri untuk isi kekosongan itu. MasyaAllah.. sungguh tak terduga dengan jemputan ini. Aku doakan semoga org tadi diberi kesembuhan dan beliau dapat mengerjakan haji pada tahun depan. Syarat2 yg dimaksudkan ialah mestilah sudah mendaftar haji, dia tengok juga tahun berapa daftar, kalau baru sangat daftar xboleh juga, mesti dah pernah apply rayuan haji melalui THijari dan mestilah bersedia dengan kewangan yg mencukupi. 

Malam rabu tu, kami tunggu juga ada feedback samaada betul2 ke kami boleh dapat atau tidak, sebab surat tawaran belum keluar lagi. Haji tu pesan, esok buat dulu medical check up. Sementara nak tunggu result medical check up tu, mungkin surat tawaran sudah keluar. Dalam masa yg sama sebenarnya trip tu hampir2 cancel sebab ada prob apa ntah kat sana. En suami dh sedih memikirkan byk cost yg akan burn sekiranya trip dia tu xjadi. Yela, kami dah booking mcm2 kot. Dah plan itu ini. En suami bgtau la org kat Tukmen tu skg ni tiba2 dpt panggilan dr Tabung Haji. Kalau betul2 dapat baru dia tak pegi trip tu. Kalau xdapat, dia teruskan je la. 

Jadinya, pagi khamis tu kami pergila buat medical check up. Mulanya kami nk buat kat Klinik S ni tapi doktor kat situ cakap, kami tak boleh proceed sekiranya tiada surat tawaran haji. Ok, xpe.. Pegawai TH tu ada ckp, mmg ada klinik xboleh buat, tapi ada juga klinik yg boleh buat. Bergantung kpd budi bicara msg2. Last2 kami buat kat Klinik MZ, doktor situ kata boleh. Lepas settle medical up, kami sarapan kt kedai makan yg berhampiran. Then, pegi sekolah Adam kejap hantar baju melayu sekolah dia, bertuah punya bdk, esok nak pakai, boleh dia tinggal baju kt rumah. Lps tu kitorang pun balik rumah utk kemas2 baju en suami nk pegi trip tu. Flight dia pukul 7.15 tapi by pukul 3 dah kena gerak ke airport. Tengah kalut2 kemas kain baju, klinik tadi call cakap result medical check up dh keluar. Tapi kitorang xsempat nk pegi petang, bgtau result tu ambil esok je. 

Lebih kurang pukul 6.30ptg, masa tu en suami tengah santai2 di lounge KLIA nak tunggu boarding je tiba2 dpt panggilan dr pegawai TH, katanya surat tawaran dah keluar. Apalagi, kelam kabut la pakcik tu call sana sini, cancelkan trip dia. Alhamdulillah. Bersyukur sgt sebab bos dia sgt memahami dan benarkan dia untuk menerima panggilan haji. Luggage dia dah masuk perut kapal dan terpaksa ambil balik. Mujur semuanya lancar. Panjang pulak cerita hari ni. Sambungannya nanti aku cerita eh. 

Monday, 4 May 2026

Anak-anak Exam Minggu ni

Assalamualaikum

Selamat Hari Isnin semua..Minggu ni 3 anak exam. Adam dah mula dari minggu lepas lagi. Aqlan dan Arissa pula hari ni baru mula. Semoga mereka dapat jawab soalan dengan betul, tepat dan tenang. Aminn. Aqil dah selamat dah minggu lepas dah settle exam. Sekolah dia tukar plan, exam dulu baru sukan. Sekolah Adam pula sukan dulu baru exam. Risau betul la dgn Adam ni. Dah la minggu lepas dia busy dgn taekwando. Tak tau la sempat ke dia study tu. Hujung minggu baru ni, mengadap dia la nak pastikan dia study, kalau tak, dia main game atau tidur. Kitorang mmg dah simpan phone dia. Tapi rupanya Jumaat mlm tu dia ada kelas tambahan Bahasa Arab, dah terlepas pulak. Info tu share dari kwn2 sekelas dia. Bukan dari group parent. Cara kita dulu tak sama macam budak sekarang, phone hari ni dah macam satu keperluan. Cumanya, memang kita kena pantau. Kalau guna untuk kebaikan, kebaikanlah yg dapat. Begitu juga sebaliknya. 

Aqlan, at least dia ada join tuisyen. Jadi kurang sikit risaunya. Arissa pula ikut mood dia, kdg ok.. kdg tak ok. Bila suruh buat latihan dlm buku, ada je alasan nak mengelak.. mcm2 kan. Malam tadi tanya dia, ada tak topik yg Arissa rasa susah nak faham? Bila dia bagitau topik pecahan tak wajar, aku pun ajar dia. Bila dia dh faham baru dia seronok nak jawab soalan. Itulah, kdg2 aku terlepas pandang perkara ni. Sebenarnya yang dia tak nak buat soalan tu bila dia tak faham dan dia rasa susah nak jawab. Aku cakap kat dia, nanti Arissa join la tuisyen mcm Aqlan. Sebelum ni pernah juga tanya dia, dia cakap tak nak. Tapi tengokla result dia exam ni, kalau tak berapa ok, kena juga tuisyenkan dia. Kalau tak...tuisyen dengan ibu jelah, bukan ibu tak boleh ajar, cuma ibu nak jaga emosi ibu dan emosi Arissa.. hehe.. Budak2 ni kalau aku cakap, kalau tak nak belajar dgn ibu, belajar dengan ayahlah.. Semua lari..tak nakk.. sebab diorang tau guru besar rumah ni lagi garang.. hahaha.. nasib la nak..




Sunday, 3 May 2026

Pokok Ros pun Stress, ingat manusia dan kucing je..

 Lebih kurang dua minggu lepas, aku kan ada cerita yang aku ada tanam pokok ros. Silap aku mungkin sebab dah lama tak menanam, jadinya terlupa step yang betul. Sebenarnya sebelum ni pun pernah jadi tapi cuma tak ingat kejadian tu. Selepas beberapa hari tukar pokok ros dari polibag ke dalam pasu, daun-daun pokok mulai kekuningan. Yang aku ingat pokok pertama hingga ke lima kot aku terlebih letak baja. Yang pokok-pokok kemudiannya tu aku dah kurangkan kuantitinya. Ada 1-2 pokok je yang ok daunnya, masih hijau. Yang lain semua tak ok. Last2 aku buangkan hampir kesemua daun pokok ros. Togel je la dia. Alhamdulillah sekarang kat tempat daun yang telah dibuang tu, macam dah kelihatan tunas-tunas baru nak keluar. Syukur sangat. Setelah tanya chatgpt dan baca-baca balik tips menanam ros ni, rupanya pokok ros ni tengah stress sebab baru tukar pasu. Sepatutnya tak perlu letak baja byk2 sangat. Baja tu akan menyebabkan akar pokok terkejut. 

Sepatutnya lepas beli tu, letakkan di tempat redup, elakkan matahari terus, tapi ada pengudaraan..biarkan 1-3 hari untuk beri masa pokok ros adapt dengan tempat baru. Lepas tu baru tukar pasu. Letak tempat redup, elakkan matahari terus dan ada pengudaraan tu dah betul, cuma.. tak bg masa untuk dia adapt di tempat baru itu mmg kesilapan aku.. dan yg paling silap besar ialah terlebih letak baja..huhuhu.. Pengajaran betul. 

Mana tak cemas bila tengok daun pokok mulai kekuningan kan..pasu ni sebenarnya aku dah letak kat luar, ni bawa masuk balik sebab nak bagi dia rehat sini dulu. Kang nanti letak luar balik. 

Sebenarnya bagi penanam pokok kan.. kalau tengok tunas baru keluar pun dah rasa seronok. Belum lagi bila pokok ni belanja bunga.. Kat luar tu ada pokok yg survive,olog namanya dah keluarkan 2 kudup bunga.. lupa pulak nk snap.. tak sabarnya nak tunggu..heheh..


Sunday, 26 April 2026

Aktiviti Hujung Minggu

 Sabtu 25 April 2026

Hari ni sebenarnya ada mesyuarat PIBG sekolah Aqlan dan Arissa, mulanya memang nak pergi, tapi husband sakit kaki, kena gout pula.. Last2 kitorang tak jadi pergi.. Sepanjang hari memerap je la kat rumah. Minggu ni Adam tak balik. Sepanjang Ramadhan dan Syawal yang lalu, setiap minggu dia balik bermalam. Untungla. Dapat join open house rumah saudara-mara dan kawan-kawan. 

Ahad 26 April 2026

Hari ni pula kami melawat dan bawa Aqil outing. Walaupun minggu depan dah nak balik, tapi sebab minggu lepas kami tak datang melawat, jadi kami mengambil keputusan untuk melawat dia juga. At least boleh la belikan barang2 keperluan dia di asrama, tak lah dia bawa berat-berat bila dia pulang semula ke asrama next week nanti. Aqil selalunya kami hantar dia naik bas kat TBS je. Bas tu pula sekolah dah sediakan, jadi..mudahla sikit bagi kami, tak perlu nak hantar dia ke Bentong. Selepas Aqlan habis tuisyen, terus hantar dia dan Arissa ke rumah masi dia. Sepupu dia dah seronok2 dah nak jumpa diorang. Jadi, saya dengan husband berdua jelah yg akan datang melawat Aqil. Adam pula minggu ni dia ada tournament taekwando kat Putrajaya.  

Makan tengahari kat Lemang Tokki..ramai betul orang, geng-geng rider memang suka datang sini.
Lepas lunch dan solat, minum2 petang dan lepak sini sekejap
Share-share je kalori
Sebelum balik selpie dulu..Next week tinggal 1 paper je Aqil, paper muzik. 
Takde rezeki untuk dapat pingat bagi Adam.. kawan dia ada yang dapat. Adam dah lama sangat tinggalkan taekwando, last masa darjah 5..bila pindah Sabah dah tak join.. pindah semenanjung baru sambung semula.. xpe, ambil pengalaman dulu.

Last sekali sampai rumah masi nk dekat isyak.. sblm tu byk juga tempat persinggahan..Tom yang bambam..Arissa masih lagi takut nak pegang kucing..

Thursday, 23 April 2026

Menanam ros semula

Sebelum berpindah ke Sabah tahun 2022 yang lalu, kesemua koleksi pokok ros dan pokok bunga berpasu, saya hantar ke rumah kakak sulung iaitu Kak Yan di PJ, siap order lalamove untuk angkut pokok-pokok tersebut. Banyak dan pasu berat pulak tu.

Sekarang ni dah pindah semula ke semenanjung, jadinya planter tepi rumah tu dah tak terjaga, kucing liar suka berak kat situ. Kat area luar pagar depan pula, ayah mertua dah tanam pokok kelapa pandan dan serai. Tapi serai tu, mula saya ingatkan lalang, dok bising2 kat husband kenapalah pekerja pemotong rumput tu tak potong sekali lalang tepi pokok kelapa tu. Last-last saya potong dan clearkan sendiri lalang tu, sekali tengok lahhh rupanya serai. Tapi dah tak berapa sihat..banyak yg dah kering-kering, dalam rumpun dia ada banyak siput babi. Saya terus bungkus siput tu masuk dalam plastik sampah. Minta maaf ye siput, saya terpaksa buang awak sebab takut awak rosakkan pokok lain yang bakal ditanam pula.

Jadinya beberapa hari sebelum beli pokok ros baru, duk scroll2 tiktok, youtube, ig dll semata-mata nak tengok pokok ros org lain. Macammana diorang boleh jaga dengan sangat baik, merimbum daunnya dengan bunganya lagi yang sangat cantik dan banyak. Teringin juga nak tanam semula ros berId ni. Kebetulan pula, kawan setaman kat sini, Kak Eiza upload gambar pokok ros yang anak bujang dia tanam, dia tukang siram je katanya. Anak dia sekarang tgh sambung degree, cuti hujung minggu je balik. So, anak dia selalu minta mak dia update perkembangan bunga2 ros tu. Dah keluar bunga ke belum. Hehe. Macam tu la pencinta pokok ros, kalau boleh hari2 nak belek2 bunga bunga, setiap jam nak tangkap gambar bunga. Bunga ros ni ada fasa2 berkembang dia. Kalau awal pagi bentuknya cuppy2, bila dah tengahari sikit dia dah kembang semangkuk..kang nanti esoknya dah gugur pula.. Tengok juga ros jenis yg mana, kadang ada yang tahan lama.. kadang ada yang cepat je luruh. 

Saya plan nak pegi sendiri kat Taman Serungkai Mawar, Sendayan untuk beli pokok ros. Boleh pilih2 sendiri nak yang mana. Tapi sebelum tu, singgah dulu rumah Kak Eiza nak melawat garden dia. Saya ni memang suka sangat tengok garden, rasa tenang je. 

Bestnya ada halaman rumah yang boleh bercucuk tanam.


Koleksi keladi yang ada di rumah Kak Eiza.






Rose id Princess Sakura, cantik la bunga ni. Ingat nak beli id ni, tapi dah terlebih list pulak. Ingat nak beli 6 free 1 pokok. Jadi hanya 7 pokok rose je yg boleh dibeli buat masa ini.

Koleksi pokok ros yang ada kat rumah Kak Eiza. 

Lepas melawat garden Kak Eiza, saya terus bergerak ke Sendayan untuk beli pokok ros kat sana. Sebelum ni pernah beli di Bandar Baru Salak Tinggi, tapi nombor contact dia saya dah takde. Masa pindah ke Sabah tu terus left group2 yang tak berkenaan. Termasukla group ros Qistina Garden. 
Di luar Taman Serungkai Mawar, terdapat pokok yang sangat cantiknya bunganya. Nama pokok ni Sandpaper vine purple. Lawa kan. 

Saya plan nak beli 6 pokok ros, free 1 pokok + 7 pasu + 6 paket free 1 tanah khas ros dan baja zety rose 3 paket free 1 paket sekiranya jumlah pembelian ni lebih dari RM500. So, saya nak fokus dulu jaga pokok ni, kalau dah rimbun dan menjadi, baru plan nak try beli ros tree pulak. Kalau ros tree ni pokok dia tinggi lagi. Kena tanam dalam pasu seramik atau tanah liat yang lebih besar, baru dia stabil. Saya tak boleh nak beli banyak-banyak sebab kekangan ruang. 

Hasil tangkapan dari Taman Serungkai Mawar. Park sini dulu, esoknya baru tanam. 

Antara id yang saya dah beli ialah:

1) London Eye

  2) olog - menurut seller tu, id ni suka berbunga banyak2 tapi dia tak suka hard prunning, nanti dia merajuk. So, kalau dia nak berbunga tu, biarkan dia berbunga.


3) Strawberry moon

4) Anne Sophie Pic

5) Madamoiselle Meiland

6) Cyrano de bergarac

7) Candy Avalance


Hasilnya selepas dipindahkan ke dalam pasu. Harap-harap mereka hidup dengan subur dan rajin berbunga ya. Pokok kelapa pandan tu dah besar dah dalam 4 tahun la kot umurnya kira sepanjang saya berada di Sabah. Next time, saya akan update lagi pasal ros ni bila dah berbunga. Banyak juga entri yang tertangguh. Saya nak juga cerita pasal pokok indoor yang saya dah beli. Tunggu nanti ye. 

Wednesday, 22 April 2026

Menerima berita kematian

 Awal pagi mendapat perkhabaran suami kepada sepupu encik suami telah meninggal dunia di rumah. Sebenarnya aku plan nak beli pokok ros kat Sendayan. Tapi tak jadilah. Bila mendengar pasal kematian ni, serta merta terfikir sendiri sudahkah aku bersedia untuk menghadapi kematian? Apakah amalan yang aku akan bawa sebagai bekalan untuk ke sana nanti? Tiba-tiba teringat perbualan aku dengan arwah Kak Lin bulan 1 hari tu masa aku lawat dia masa di IKN. Masa tu ada sekumpulan Ahli Lembaga Pelawat Hospital IKN datang melawat ke wad Kak Lin. Waktu tu diorang datang bawa sedikit cenderahati seperti buku agama dan tasbih digital. Ahli lembaga tu datang bertanya khabar dan berborak sedikit sebanyak tentang keadaan Kak Lin. Selepas diorang balik, aku belek2 juga sikit buku tu, pasal kerohanian lah secara amnya.. dengan spontan aku ada tanya Kak Lin, Kak Lin ko dah bersedia ke? Kitorang sebenarnya memang selalu bercerita, menyembang macam-macam perkara bersama. Dia selalu cakap, apa yang Allah dah takdirkan kita terima sahajalah.. kena redha..jalan terus.. Apa2 sahaja yg berlalu semua bersandarkan kepada Allah. Kalau ikutkan semua org akan takut bila nak menghadapi kematian. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan yang amalan kita nk bawa ni.. cukup ke.. 

Semasa pengkebumian dia hari tu pun, ramai sahabat-sahabat kami yang datang. Kawan dia cakap, Kak Nurin selalu cakap.. apa yang kita ada ni semua Allah punya. Semua nikmat yang Allah kurniakan adalah pinjaman dariNya.. Allah dah beri rezeki anak lelaki, Allah dah beri rezeki anak perempuan..sampai masa Allah ambil balik rahim/uterus dia.. Allah dah beri kesihatan sebelum ni, sampai masa, Allah ambil balik. Sampaikan anak-anak Kak Lin semua dah recognize lagu Mana Milik Kita by Rabbani tu adalah lagu tema ummi mereka. Mereka selalu dengar lagu tu. Selepas kematian dia, bila dengar lagu ni pasti sedih..

Sekarang ni aku dah kurang tempat mengadu, selama ni dialah yg menjadi tempat luahan hati sejak dari zaman belajar sampailah ke zaman dah berkahwin ni. Dia selalu cakap kat anak-anak dia, xpe. Allah kan ada. Terngiang-ngiang lagi..anak sulung dia cakap.. ummi selalu cakap, kalau kakak nak apa-apa, minta lah pada Allah..Allah kan ada. Ya, kata-kata tu sebenarnya tepat untuk aku juga.. 😭Dulu masa aku kerja, kalau stress pasal kerja...balik dari kerja selalu singgah klinik dia sebab klinik dia kira otw juga nak balik rumah aku.. 

Waktu zaman belajar dulu, kalau dia berselisih faham dengan kawan baik dia pun, dia selalu lepak bilik aku.. makan makanan aku sampai licin.. 😂 Masa dia nk masukkan makanan ke dalam mulut tu dia tanya dulu.. Jiha, ko tak nak dah kan... haha.. mmg lawak kalau nk diingatkan sebab dia mmg kuat makan masa tu.. makanlah Kak Lin.. 

Banyaknya kenangan kami bersama, tak dpt nak diceritakan lagi.. Pengajaran yg dapat aku ambil ialah apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini sentiasa niatkan semuanya kerana Allah, supaya dapatlah dijadikan bekalan kita untuk akhirat nanti. 



Tuesday, 14 April 2026

Pemergian kakak yang tersayang pada 6 Mac 2026



 Assalamualaikum..

Lama sangat saya tak update blog. Hari tu mcm bersemangat nak sentiasa menulis, tapi itulah kdg2 xde mood lah. Apa-apa pun saya still nak menulis di sini sebagai kenangan. 6 Mac yang lalu, dah lebih sebulan masa berlalu, kakak saya yang kedua telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Kehilangan ini benar2 terasa pada saya kerana kami agak rapat, lagi2 sejak kami berdua belajar tempat yang sama, sempat 2 tahun, saya tahun pertama dan kedua di universiti, dia pula tahun keempat dan kelima, selepas masing-masing berkahwin kami sama-sama menetap di Kajang, rumah pula tidak begitu jauh adalah 10 minit lebih kurang, berbanding dengan adik-beradik yg lain yg lebih jauh rumah mereka. 

Kakak saya telah didiagnos breast cancer sejak tahun 2022, iaitu tahun saya berpindah ke Sabah. Jadinya, dalam waktu 4 tahun ni kami berhubung melalui telefon atau berjumpa waktu cuti hari raya Aidilfitri atau cuti hujung tahun sahaja. Hujung tahun lepas, sy dah berpindah semula ke semenanjung. Bulan 1 hari tu dia ada warded sebab paru-paru dia ada air, doc nak keluarkan air yg berlebihan dari paru2 dia. Jadi, dapatlah saya temankan dia di wad setelah selesai hantar anak-anak ke sekolah dan settlekan urusan rumah sikit. Sebenarnya cancer dia sangat cepat merebak, tahun 2022 tu dah buat operation untuk buang sebelah breast. Saya tak ingat sangat kronologinya tapi yg pasti dia dah buang ovari, rahim dan 15 lymph nodes. Cuma akhir tahun lps ada ketulan baru dpt dikesan dibwh ketiak dia yg mana ia menyebabkan tangan belah kiri dia bengkak. Ketulan itu agak besar sehingga menekan paru-paru dan hampir ke jantungnya. 

Sehari sebelum dia meninggal, saya ada melawat dia, suap dia makan tengahari, masa tu keadaan dia mmg dah sangat lemah berbanding masa bulan 1 tu. Dia pun tak banyak cakap macam selalu. Dia lebih banyak tidur. Masa saya datang tu dia tengah tidur, saya risau saya ganggu dia je, saya ingatkan mungkin itu sebab kesan ubat (morfin) yg dia ambil. Petang tu, nurse dtg cek oksigen di jari, nurse ckp bacaan oksigen dia makin rendah, lps tu nurse pasangkan tiub oksigen dihidung kakak sy. Petang tu sebelum sy balik, timbalan pengarah IKN dtg lawat kakak sy sekejap sebab diorg saling mengenali sebab sama tmpt belajar dulu. Lps tu saya pun minta diri kat kakak saya nak balik sebab nak ambil anak-anak kami balik sekolah. Mula-mula ambil anak saya kemudian amik anak-anak dia pulak, selalunya kalau kakak saya warded, anak-anak dia stay kat rumah saya sebab nak mudahkan urusan abg ipar, biar dia uruskan kakak saya. Anak-anak dia biar kami yang uruskan.

Tak sangka rupanya petang itu, itulah lambaian, senyuman dan pandangan terakhir dia pada saya. Lewat petang dan awal malam tu pula, abg ipar datang dan jaga dia. Tapi agak terbatas sebab wad yg dia masuk tu 4 katil, xboleh lelaki yg jaga sepanjang mlm. Abg ipar tidur di parking ikn je supaya apa2 berlaku boleh terus je ke wad. Mlm itu plan doc sbnrnya nak buat prosedur buang air dari paru2 keesokan harinya. Tapi tak sempat. Sebelum subuh hari Jumaat 6/3/26, abg ipar call saya cakap dia xdpt nak ambil anak-anak dia dan hantar ke sekolah pagi tu sebab doc nak jumpa dia urgent pagi tu. Saya cakap kat dia xpe, nanti sy uruskan. Sebenarnya sekolah anak-anak kami arah yg bertentangan, kalau saya hantar mereka pasti ada salah satu sekolah yg akan lambat masuk sebab dengan jemnya lagi, terutama jem pagi ramadhan, mmg lain mcm jemnya. Kalau balik sekolah xpe, lambat pun kira selamat lagi diorang masih di sekolah. Masa abg ipar call tu, kami tengah bersahur. Lebih kurang 8-10 minit lps tu abg ipar call lagi, masa tu saya tgh basuh pinggan kat dapur, husband sy yang angkat call. Sy dengar dari jauh diorg dh menangis2 dan husband sedaya upaya menenangkan emosi abg ipar. 

Memang betul berita sedih yang dtg menyusul. Sedih sangat. Abg ipar ckp, sebelum doc call abg ipar, rupanya doc dh buat cpr pada kakak sy, tapi tak dpt diselamatkan. Kami rasa oksigen yg drop sikit2 dari petang hingga ke malam seterusnya hingga ke sebelum subuh tu merupakan petanda bahawa Allah sedikit2 sedang mengambil nyawanya. Kami redha dengan ketentuan ini, semoga dengan sakit yang dia tanggung, mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan tempatkannya bersama org2 yg soleh. Aminn.. 

Kami suami isteri serba salah macammana nak sampaikan berita ini pada anak-anak kakak saya yg ketika itu berada bersama kami, anak-anak dia Ammar darjah 6, Fateh darjah 4 dan Ali 6 tahun.  Aisyah, Aiman dan Asmaa' berada di asrama. Lepas dpt berita itu, kami terus call ahli keluarga yg lain. Sebelum keluar rumah hari tu untuk ke IKN, kami buat bulatan kt ruang tamu untuk beritahu anak-anak kakak saya pasal berita kematian ummi mereka, Ammar dan Fateh terus menangis mendengar berita itu, Ali lambat sikit responnya sebab dia kecik lagi tak berapa faham, tapi lepas tengok abg2 dia nangis terus dia nangis juga. Kami semua menangis termasuk Aqlan dan Arissa.. 

Setibanya di Jab Forensik IKN, pertama kali dalam hidup saya melihat sekujur tubuh arwah kakak saya yang tidak lagi bernyawa di situ. Terus kami menangis lagi. Kakak sulung dah sampai dulu dari kami rupanya. Abg ipar minta saya kemas brg arwah di wad. Jadi, saya pun terus nak naik ke atas, dlm perjalanan tu terserempak dgn Aiman yang diiringi ustaz halaqah, pengetua ke atau ustaz lagi seorang tu, xpasti pula saya dan beberapa kwn rapat Aiman. Pandangan Aiman masa tu terasa kosong tapi nampak tenang. Masa saya kemas2 barang arwah, memang mengalir je air mata ni. Baru je semalam jumpa dia. Memang tak sangka betul. Semalam tu saya sempat borak2 dengan ketiga-tiga pesakit sebelah katil dan katil depan arwah. Makcik sebelah tu cakap, kakak saya memang kat katil tu sahaja. 

Alhamdulillah semua urusan sangat mudah, pagi tu jenazah di bawa ke Masjid Prima Saujana untuk urusan memandikan, mengkafankan dan solat jenazah. 1 bas dari sekolah Aiman datang untuk turut sama solatkan jenazah ummi mereka. Solat jenazah pertama, Aiman yg jadi imamnya. Manakala solat jenazah kedua dibuat setelah selesai solat Jumaat. Mak, abah, Jannah dan family, Nasrun dan family serta Izzat dan family bergerak dari Pahang. Jadinya mereka sampai lambat sikit, waktu tu dah selesai memandikan jenazah Kak Lin. Rezeki Aisyah, Asmaa', saya, kakak sulung (Kak Yan) dan 4 org muslimat kariah Masjid Prima Saujana yg memandikan jenazah. Sedih.. waktu tu air mata mengalir, air hidung pun mengalir sama.. Rasanya baru je tahun lps sy join kurus pengurusan jenazah, tak sangka inilah amali yg sebenar-benarnya yang saya praktikkan. 

Ramai sahabat-sahabat kami terutamanya dari universiti (Ukm Bangi dan UkmKL) datang, saudara-mara, guru-guru dari Smakl, Permata Insan Usim, Tamhidi Usim, Al Amin Bangi, rakan-rakan abg ipar dr Ipg Bangi dan staf2 klinik kak Lin (klinik Pergigian Smile and Syifa') serta jiran-jiran. Sementara menunggu jemaah lelaki selesai solat jumaat, kami yg muslimat ni tunggu di satu bilik mesyuarat/bilik seminar masjid untuk membaca surah yasin, tahlil dan doa yang diketuai oleh Aisyah. Alhamdulillah rezeki arwah Kak Lin dapat anak-anak yg soleh dan solehah dpt mengetuai bacaan yasin dan menjadi imam. Pemergian Kak Lin, banyak meyentuh hati kami semua. Bukan sahaja buat kami sebagai ahli keluarga, bahkan juga buat sahabat-sahabat kami di universiti. Dia sangat positif, terlalu banyak kata-kata motivasi, kata-kata semangat dan nasihat yg dia berikan. Sepatutnya kita yang bagi semangat kat dia, tapi terbalik pula. Tapi itulah dia, dia sangat baik, percakapannya sangat lemah lembut, tak pernah mengadu sakit pada orang lain termasuk adik-beradik dia sendiri. Cuma kita yang jaga dia, kita tahu dia sebenarnya sedang menanggung sakit yang tak tertanggung rasanya. Sebelum pemergiannya, banyak amanat yang telah disampaikan buat anak-anaknya. Akhir-akhir hayatnya sempat dia memohon maaf buat semua yang melawat dan berhubung melalui wasap. Masa tu kami tak terfikir langsung yg dia akan pergi meninggalkan kami dalam masa yang terdekat ini. 

Bertuahnya dia kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Jumaat, bulan Ramadhan yang mulia. 16 Ramadhan 1447H. Semoga kita bertemu semula di syurga nanti, InsyaAllah. 


Terima Kasih Ya Allah atas Jemputan ini

  Sambungan yg semalam. Ngantuk sgt mlm td. Pagi ni sambung balik. En suami kata, kita jumpa kat Klinik MZ terus lah lepas maghrib. So, mlm ...